Archive for the “Review” Category

June 4, 2008 Categorized under Review

Membeli kamera secara online

Sejak kebelakangan ini, orang ramai dah makin yakin untuk membeli barang secara online. Bukan setakat barang berharga puluhan ringgit, malah orang dah makin yakin untuk beli barang berharga ratusan malah ribuan ringgit dari internet.

Saya sendiri pernah beberapa kali membeli barang secara online. Setakat ni belum ada insiden kena tipu, barang rosak, barang lambat tiba dan sebagainya. Kalau untuk beli barang kamera, saya cadangkan anda membeli dari ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop! . Saya pernah beli barang kamera dari mereka dan mendapat khidmat yang saya harapkan. Barang yang dibeli dikirim kepada saya on time dan diterima dalam keadaan yang baik.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Saya rasa, apa yang penting ialah, kita harus bijak menilai tempat kita nak beli barang tu adalah tempat yang BOLEH DIPERCAYAI. Lebih baik lagi kalau ada orang yang recommed kepada kita untuk membeli di situ. Pada pendapat saya, peniaga online biasanya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana KEPERCAYAAN orang ramai adalah sangat penting. Pelanggan yang berpuas hati akan recommend khidmat mereka kepada rakan lain pula.

Hasnuddin

April 28, 2008 Categorized under Review

Album Berkualiti Dari IMPRESSIVE ALBUMS

box.jpg
hardbox.jpg

Impressive Albums adalah penjual album gambar berkualiti tinggi khas untuk jurugambar. Apa yang menarik mengenai Impressive Albums ialah:

  1. Rekaan album yang menarik dan berkualiti tinggi sesuai dengan citarasa jurugambar profesional
  2. Mempunyai pelbagai pilihan saiz album, format, rekaan dan jenis mukasurat dengan banyak stok tersedia
  3. Perkhidmatan penghantaran terus kepada anda turut disediakan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nieza di 03-91017144 atau e-mel impressivealbums@gmail.com
Anda juga boleh terus membeli album dari mereka secara online di laman web – http://www.impressivealbums.com

Hasnuddin

Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com

April 24, 2008 Categorized under Review

Laman Web Ikram Ismail

ikramwebsite.jpg

Rakan saya, saudara Ikram Ismail adalah salah seorang jurugambar yang amat saya kagumi. Beliau berpengalaman luas dalam bidang fotografi dan mempunyai gaya tersendiri dalam setiap gambar yang dihasilkan. Saya rasa, anda tentu setuju dengan saya jika anda melihat sendiri portfolio beliau dalam laman web – http://ikramismail.net/

Hasnuddin

Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com

April 7, 2008 Categorized under Review

SOFTWARE PERCUMA – FastStone

fastoneft.jpg

Software FastStone ni diperkenalkan kepada saya oleh saudara Jaggat – http://www.jaggat.com
Macam-macam perkara yang boleh dibuat oleh software ni seperti – image viewing, management, comparison, red-eye removal, resizing, cropping, slide show dan banyak lagi.

Fungsi yang paling saya suka dan selalu pakai pada FastStone ni ialah untuk masukkan copyright text dan resize gambar dengan banyak sekaligus. Prosesnya mudah dan cepat.

Anda boleh cuba sendiri software ini untuk menilai keberkesanannya. Download secara percuma di – http://www.faststone.org/

Hasnuddin

Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com

February 6, 2008 Categorized under Review

Chap Ayam Photographers

chapayam.png

Ini satu blog baru yang menarik – Chap Ayam Photographers. Blog ini didukungi oleh beberapa orang jurugambar yang hebat dan berbakat. Visi utama blog ini adalah untuk berkongsi gambar-gambar berkualiti yang dirakam oleh jurugambar di seluruh Malaysia dalam semua subjek seperti photojournalism, fine art, landscape, portrait dan lain-lain lagi.

Selalulah kunjungi blog ini untuk belajar dengan cara melihat gambar-gambar yang berkualiti. Jika anda ada gambar yang anda rasa bagus, anda juga boleh cuba menghantar gambar anda kepada mereka untuk disiarkan.
Sila layari – http://chapayam.blogspot.com/

Hasnuddin

June 1, 2007 Categorized under Berita & Pengumuman, Review, Tips

TANGGA UNTUK JURUGAMBAR

adstangga.jpg

Ya, selain dari kamera, tangga juga adakalanya penting untuk jurugambar. Tangga ni gunanya untuk:

1) Merakam gambar dari pandangan atas. Anda bernasib baik kalau ada kerusi untuk dipanjat. Tapi, kalau tak ada kerusi berhampiran, macamana?
2) Dalam keadaan dimana ada ramai jurugambar berebut nak rakam gambar satu subjek yang sama, adakalanya kita tidak dapat pandangan yang baik kerana terhalang oleh kepala jurugambar lain. Dengan adanya tangga ni, masalah itu semua akan selesai.
3) Selain dari itu, tangga ini juga boleh dijadikan kerusi sekiranya anda ingin merakam gambar sambil duduk dalam tempoh yang agak lama.

Tangga ni ringan dan saiznya kecil. Memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Saya pun dapat idea nak shooting guna tangga ni bila lihat rakan saya – Ikram Ismail, tak pernah tinggal tangganya kalau pergi shooting. Dah lama saya cari tangga yang sesuai di merata-rata tempat. Begitu juga dengan beberapa rakan jurugambar saya yang lain pun tercari-cari jugak dimana nak beli tangga yang mudah alih seperti ini.

Kini, setelah sekian lama mencari, saya jumpa juga tangga idaman saya. Jadi, kalau ada yang berhajat, bolehlah dapatkan di fototeacher.com.

Untuk membeli tangga ini atau melihat maklumat lanjut, sila klik di sini

Hasnuddin

April 17, 2007 Categorized under Review

Kamera Canon G7 saya


Kamera Canon G7 bersama underwater housing WP-DC11 (Photo by Hasnuddin)

Walaupun saya adalah pengguna setia kamera jenama Nikon, tapi saya juga ada sebuah kamera Canon G7. Saya beli kamera ni sebab tak ada kamera brand Nikon yang dapat menyaingi kamera Canon G7 ni (dalam kelas yang sama) pada waktu itu.

Saya beli kamera ni untuk digunakan bagi merakam gambar personal saya. Saya jarang bawak kamera DSLR saya kalau pergi berjalan-jalan sebab saya akan rasa macam sedang bekerja kalau bawak kamera DSLR yang besar dan berat tu. Maklumlah, fotografi ni dah jadi kerjaya saya sejak satu dekad yang lalu. Sekarang ni, saya dah sampai tahap malas nak bawak kamera kalau tidak dibayar.

Kamera Canon G7 ni jugak saya beli bertujuan untuk rakam gambar bawah air semasa scuba diving. Kamera ni ada underwater (UW) housing yang juga dari brand Canon iaitu model WP-DC11. Tapi, setup ni, untuk level beginners saja, sesuai untuk saya yang masih baru dalam scuba diving.

Apa yang saya suka mengenai kamera Canon G7 ni ialah bentuk rekaannya yang cantik. Saya bayangkan kamera ni macam kamera rangefinder Leica M6 (kononnya) yang saya tak mampu nak beli. Lagi satu, kamera ni ada banyak kawalan manual macam kamera DSLR seperti MANUAL EXPOSURE MODE, EXPOSURE COMPENSATION, FLASH COMPENSATION dan MANUAL FOCUS. Dari segi control pulak, memang user friendly sebab button yang penting senang dikendalikan. Kalau ada yang berminat nak beli kamera Canon G7 ni, boleh baca review di: http://www.dpreview.com/review/canong7

Hasnuddin

Dirakam dengan Canon G7 dan underwater housing WP-DC11
Dirakam dengan Canon G7 dan underwater housing WP-DC11 (Photo by Hasnuddin)