Archive for the “Review” Category

February 23, 2009 Categorized under Review

Leica – Kamera 37 Megapixel

Bagi kebanyakan orang, jenama kamera Leica mungkin tidak sepopular jenama seperti Nikon atau Canon. Tetapi, Leica merupakan pembuat kamera yang berkualiti tinggi dari negara German sejak lama dahulu.

Selari dengan perkembangan teknologi digital, Leica kini menggemparkan dunia fotografi dengan penghasilan kamera Leica S2 dengan kemampuan 37 Megapixel! Saiz sensornya pula adalah 56% lebih besar dari saiz sensor full frame sensor.

Kamera ini direka khas untuk jurugambar profesional yang inginkan kawalan DSLR dengan kualiti ‘Medium Format Camera’ untuk kegunaan di dalam dan di luar studio. Ketika artikel ini ditulis, harga kamera ini belum diumumkan lagi. Tapi, yang pasti, harganya tidak akan kurang dari RM40,ooo!

Oleh: Hasnuddin untuk fototeacher.com

leica-s2-front

leica-s2-back1

leica-s2-grip

January 2, 2009 Categorized under Review

Ibnu Haytam & Fotografi

7a.jpg

Ibnu Haytam & Fotografi
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Beliau adalah seorang keturunan Iraq yang lahir di Basra pada tahun 965 masihi. Beliau dikenali di zamannya sebagai cendikiawan Islam tersohor dan oleh saintis sedunia sebagai bapa optik moden.

Apa yang menarik tentang beliau ialah sumbangannya terhadap kajian optik yang mana ratusan tahun selepas itu menjadi asas kepada fotografi. Dalam kitabnya berkenaan kajian optik, Ibnu Haytam telah menggariskan beberapa teori dan eksperimen tentang sifat cahaya seperti kesan biasan dan pantulan. Ratusan tahun sebelum kelahiran saintis terkemuka Sir Isaac Newton, Ibnu Haytam telah menulis tentang sifat cahaya yang hanya bergerak dalam garis lurus dan mempunyai ciri-ciri zarah. Bahkan Kitab Optik (Al-Manazir) tulisan beliau telah diletakkan sama taraf dengan karya agung Sir Isaac Newton, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, kerana sumbangannya yang sangat besar kepada asas fizik sedunia.

Fotografi terbit daripada ciptaan kamera lubang jarum. Sesiapa yang pernah mempelajari teori berkenaan kamera lubang jarum tentu jelas tentang sifat imej yang terbentuk- lebih kecil dan terbalik secara vertikal. Ciri-ciri ini telah dijelaskan dengan kaedah saintifik  oleh Ibnu Haytam yang mana membolehkan pengiraan jitu dilakukan untuk membuat lensa yang sesuai. Walaupun kemungkinan besar beliau tidak pernah terfikir bahawa imej tersebut satu hari nanti dapat diabadikan sebagai foto, kerja asas untuk mencipta kamera telah dihuraikan dalam tulisan beliau.

Sepanjang hayat beliau dipercayai telah menulis lebih 200 buku namun kebanyakannya telah musnah. Sebahagian besar buku yang selamat hanyalah salinan yang telah dialih bahasa ke Latin dan Hebrew (Yahudi) ketika Perang Salib. Jika orang German pandai cipta lensa dan orang Jepun pandai cipta kamera, sekurang-kurangnya mereka belajar daripada kajian orang Islam juga.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

December 30, 2008 Categorized under Review

Kamera DSLR Di Bawah RM3,000

Artikel oleh: Kirosaki

Ini adalah ‘verdict’ yang dipetik daripada “Digital Camera Megazine” isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999.

Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.

Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media (www.my-dcm.com), FotoTakLaku (www.fototaklaku.blogspot.com) dan photozone (www.photozone.de).

Artikel oleh: Kirosaki

December 23, 2008 Categorized under Review

Alternatif kepada Adobe Photoshop

 Oleh: Chot untuk fototeacher.com

Anda bermasalah untuk mendapatkan perisian Adobe Photoshop? Kini anda jangan bimbang kerana satu laman website yg dikenali Sumo telah membangunkan perisian ‘clone photoshop’ secara online! kini anda boleh meng ‘edit’ gambar anda dimana-mana seperti di Kafe ber internet (cyber cafe), pejabat dan dimana sahaja.

Laman web SUMO – http://www.sumo.fi/products/sumopaint/index.php?id=0

sumo1.jpg

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

December 17, 2008 Categorized under Review

Lens Bag

blag-boda-bags.jpg
http://www.goboda.com/

shootsac-closeup.jpg
http://www.shootsac.com/

Apa itu lens bag? Lens bag dicipta khas untuk membawa lens ketika anda merakam gambar. Kamera tidak sesuai dimasukkan dan dibawa dalam beg jenis ini. Beg jenis ini bersaiz kompak, ringan dan memudahkan pergerakan anda.

Lens bag ini amat sesuai digunakan oleh jurugambar perkahwinan dan jurugambar acara rasmi dimana jurugambar sentiasa bergerak cepat. Dengan menyandang beg yang kompak ini, anda boleh menyelit dan mencelah melalui orang ramai dengan lebih mudah. Beg ini juga direka sedemikian rupa bagi membolehkan anda untuk menukar lensa pada bila-bila masa dengan pantas.

Rekaan beg ini juga nampak sesuai dengan sebarang pakaian, walaupun dikenakan dengan pakaian formal seperti baju melayu atau kot.

Ketika artikel ini ditulis, beg jenis ini masih belum boleh didapati di Malaysia. Jika anda berminat, anda perlu membelinya melalui internet dari penjual antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web http://www.goboda.com/  dan http://www.shootsac.com/

- Hasnuddin

December 12, 2008 Categorized under Review

Foto Segar dan Kreatif dari Vincent Dixon

vincent_dixon011.jpg

vincent_dixon02.jpg

vincent_dixon03.jpg

vincent_dixon04.jpg
vincent_dixon051.jpg

vincent_dixon06.jpg

Hasil Vincent Dixon sungguh fantastik, kreatif dan kadangkala mencuit hati. Sudah 15 tahun dalam dunia fotografi pengiklanan dan sudah kerap kali menerima anugerah peringkat global. Beliau berasal dari Kilkenny, Ireland dan siapa sangka beliau yang berkelulusan PHD dalam biologi molekul kini menjadi fotografer yang disegani kini.

sumber vincentdixon.com

Oleh: Chot untuk fototeacher.com
Dapatkan pelbagai jenis album bermutu untuk jurugambar di – http://www.impressivealbums.com

November 26, 2008 Categorized under Review

The Big Picture

 the_big_picture_1.jpg

the_big_picture_2.jpg

The Big Pictures adalah sebuah website yg memaparkan kualiti gambar bersaiz besar. Website yang dipunyai oleh Alan Taylor ini dinobatkan sebagai blog terbaik tahun ini. Foto-foto yang ditampilkan di The Big Pictures adalah hasil dari jurugambar dari Boston.com sendiri. Boleh dikatakan entry yang dipaparkan merangkumi cerita dan peristiwa yg berlaku di sekitar pelusuk dunia. Kini Alan memberi ‘wire service’ kepada Reuters, AFP, AP dan lain-lain.

Ikuti wawancara Alan Taylor disini.

Oleh: Chot untuk fototeacher.com
Belajar Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Fotografi di – http://www.fototeacher.com

November 23, 2008 Categorized under Review

Laurent Lavender – Jurugambar Tentang Bulan

 the-moon.jpg

31.jpg

4.jpg

Lain orang lain ragamnya. Laurent Lavender adalah satu-satunya jurugambar yang menfokuskan pada objek bulan dan gambar-gambar beliau memang tidak lari dengan objek bulan. Ini mungkin kerana beliau berlatarbelakangkan aliran atsronomi dan sains. Ketika berusia 15 tahun, kawan-kawan beliau sibuk dengan bercerita tentang gadis tetapi Laurent aktif dengan kelab sains sekolahnya. Dalam tahun 1987, bermulalah minatnya terhadap fotografi setelah diperkenalkan oleh kawan baiknya, Franck Valbousquet. Mungkin di negara kita Malaysia ini belum ada jurugambar sebegini… ayuh, apa tunggu lagi?

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

Untuk sertai kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila layari laman web rasmi kami di – http://www.fototeacher.com

November 20, 2008 Categorized under Review

20 Portfolio Jurugambar Hebat

20-jurugambar-hebat.jpg

Di sini saya senaraikan 20 portfolio jurugambar hebat ajaib ketika ini. Mereka mempunyai karisma dan foto yang mempunyai identiti yang tersendiri. Lihatlah hasil mereka, manakan tahu ia akan menjadi inspirasi dan mempengaruhi dalam minat anda terhadap fotografi.

  1. Michael Muller
  2. Kris Krug
  3. Eric Ryan Anderson
  4. Patrick Hoelck
  5. Zach Gold
  6. Vincent Laforet
  7. Brook Pifer
  8. Jeremy Cowart
  9. Alberto Oviedo
  10. Eoloperfido
  11. Joey Lawrence
  12. Philip Toledano
  13. Matt Stuart
  14. Dave Hill
  15. Mareen Fishinger
  16. Jill Greenberg
  17. Branislav Kropilak
  18. James Nachtwey
  19. Andrew Zuckerman
  20. Chris Jordan

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

November 18, 2008 Categorized under Review

Software PhotoScape

 photoscape.jpg

Untuk pengemar fotografi yang tidak tahu menggunakan photoshop untuk mengedit gambar, anda jangan bimbang. Software ‘PhotoScape’ adalah jalan penyelesaiannya. Ia mudah, ringkas dan juga mesra pengguna. Selain untuk ‘editing’, PhotoScape juga didatangkan bersama image browsing/viewing, photo editing, picture page printing, photo resizing dan RAW conversion. Photoscape ini juga boleh membuat gambar anda dalam bentuk kolaj dari pelbagai ‘layout templates’. Gambar anda juga boleh diberi sentuhan GIF animations, batch editing, EXIF display, slideshow dan banyak lagi. Ini adalah software yang mesti ada untuk pengemar kamera digital.

Download Perisian Photoscape disini.

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

November 16, 2008 Categorized under Review

Beg Kamera M-Rocks

 525biginsidedivider2.jpg

lg-524_3.jpg

M-Rocks adalah satu jenama kepada beg kamera. Jenama ini tidak dikenali di Malaysia seperti jenama Crumpler, LowerPro, Kata dan Tamrac. Baru-baru ini M-Rock’s telah memperkenalkan 3 model terbarunya yaitu 524, 525 dan 526 yang kelihatan begitu cool dan memenuhi citarasa. Pada kebiasaannya kamera beg M-Rocks ini mempunyai beg mengikut acuan model/jenis kamera. Untuk maklumat lebih lanjut sila klik disini.

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

fototeacher blog division sedang mencari penulis artikel sambilan untuk blog fototeacher. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017144 atau e-mel fototeacher@gmail.com

November 14, 2008 Categorized under Review

Samsung TL9

samsung-tl9.jpg

Samsung’s TL9 dijangka keluar dalam penghujung tahun 2008 ini. Bercirikan 10.0 megapixel ultra kompak, peringatan kapasiti memori dan jangka hayat bateri akan terpapar di skrin. Selain rekabentuk yang bersifat cool, ia juga mempunyai 2.7 inci LCD, 5x optical zoom dan mempunyai “Dual Image Stabilization. Oh ya, kamera ini juga mempunyai pemain MP3, MPEG4 ‘movie recording’ dan ‘Face Detection AF dan AE. Canggih bukan?

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

August 20, 2008 Categorized under Review

Laman Web – Digital Pro Talk

 

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

protalkby-din.jpg

Digital Pro Talk

Jika anda inginkan kelainan atau mendapatkan idea untuk menghasilkan gambar yang kreatif, saya ingin cadangkan supaya anda lawati sebuah blog tulisan David Ziser. Blog yang diberi nama digital pro talk ini banyak memberi tips2 dan trick yang amat berguna kepada photographer. Selain itu, beliau juga banyak berkongsi gambar2 yang telah beliau hasilkan sama ada secara planning atau secara tidak sengaja.

Dalam blog tersebut, beliau bukan sahaja menceritakan tentang lighting dan posing, tetapi beliau juga turut menceritakan cara bagaimana untuk menjalankan bisnes fotografi perkahwinan.

Jika anda inginkan mengetahui isi kandungan blog tersebut, lawati www.digitalprotalk.com

Oleh: Mohd Firdaus Bin Abu Hassan untuk fototeacher.com

July 28, 2008 Categorized under Review

Botol dan Gambar

aleksandra-stratimirovic01.jpg

aleksandra-stratimirovic02.jpg

Aleksandra Stratimirovic adalah artist dari Stockholm. Dengan hasilnya yg diberi nama “Sunny day”, beliau telah mengunakan 4464 botol kecil dari pelbagai cecair berwarna. Kemudian lampu neon di gunakan sebagai latar belakang. Kreatif bukan? Sila klik sini – http://www.strati.se/WorkDetails.aspx?id=18

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

June 23, 2008 Categorized under Review

11 TIPS MERAKAM GAMBAR KANDID

Saya terjumpa satu artikel menarik tentang cara untuk rakam gambar kandid. Antara tips tersebut:

  1. Bawa kamera anda kemana saja anda pergi
  2. Guna lensa panjang
  3. Jangan guna flash
  4. Rakam gambar sebanyak yang boleh
  5. Dapatkan posisi yang terbaik

Untuk membaca tips seterusnya dan mendapatkan penerangan terperinci untuk setiap tips, sila layari laman web Digital Photography School di – http://digital-photography-school.com/blog/11-tips-for-better-candid-photography/

P. S. – Jika anda ada sebarang bahan menarik dari laman web lain yang ingin dikongsi di sini, sila hantarkan e-mail kepada fototeacher@gmail.com

Hasnuddin