Archive for the “Report AVD” Category

July 27, 2011 Categorized under Report AVD

Report – Kursus Asas Videografi Digital (AVD)

Gambar peserta Kursus Asas Videografi Digital (AVD) untuk Universiti Malaysia Kelantan oleh FOTOTEACHER.COM telah diadakan pada 25-26 Julai 2011

Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAVDUMKLarge.jpg

Berikut ini adalah diantara beberapa testimoni dari peserta kursus ini:

“Berpuas hati mengikuti kursus ini. Perkongsian ilmu dan pengalaman cukup memberi kesan kepada peserta. Program ini perlu diteruskan di masa hadapan”
- TUAN ROSTAN TUAN HASAN

“Saya amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan kerana ianya disampaikan dengan mudah, praktikal dan efektif”
- AMIRUL FIRDAUS

“Kursus Asas Videografi ini amat memuaskan hati saya kerana penceramah telah memberi teknik-teknik yang berkesan untuk menggunakan video”
- WAN FAKRUZEE IKMAL BIN WAN ABDULLAH

“Saya sangat berpuas hati dengan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kursus ini”
- TUKIMAN BAHARI BIN MOHAMED NOOR

“Banyak pengalamn dan ilmu yang dikongsikan di sepanjang kursus dan memberikan saya pemahaman yang sewajarnya berkenaan videografi”
- MOHD KHAIRUL ANUAR

Kepada anda yang berminat untuk menyertai berbagai kursus fotografi yang dianjurkan oleh FOTOTEACHER.COM, sila layari – http://fototeacher.com/

April 18, 2011 Categorized under Report AVD

Report – Kursus Asas Videografi Digital (AVD)

Gambar peserta Kursus Asas Videografi Digital (AVD) yang telah diadakan pada 16-17 April 2011. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Diharap anda mendapat manfaat dari kursus ini. Jangan lupa teruskan latihan untuk memantapkan lagi ilmu yang telah dipelajari. Harap dapat berjumpa anda di kursus lain nanti.

Jika anda ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz yang lebih besar, sila ke -
http://fototeacher.com/Group%20Photo%20AVD%2016to17%20April%202011%20Large.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus ini pada masa yang akan datang, sila ke – http://www.fototeacher.com/videography.htm

May 24, 2010 Categorized under Report AVD

Report – Kursus Asas Videografi Digital (AVD)


Gambar peserta Kursus Asas Videografi Digital (AVD) anjuran FOTOTEACHER yang telah diadakan pada 22-23 Mei 2010.

Untuk mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoAVD22to23Mei2010Large.jpg

Untuk menyertai kursus ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/videography.htm

January 13, 2009 Categorized under Report AVD

Report – Kursus Asas Videografi Digital (20-21 Disember 2008)

Kursus Asas Videografi Digital anjuran fototeacher ini telah diadakan pada 20-21 Disember 2008. Encik Shahirman Sahalan telah menjadi jurulatih utama untuk kursus ini. Kursus ini turut dihadiri oleh peserta dari Indonesia dan Singapura. Saya ucapkan terima kasih kepada kesemua peserta dan krew yang terlibat menjayakan program ini.

Antara testimoni dari para peserta:

"Penceramah yang berpengalaman telah memberi tunjuk ajar yang berguna dan berkesan di dalam bidang ini"
- Mohamad Amran bin Othman

"Setelah mengikuti program ini, saya baru faham bagaimana hendak membuat sebuah video dengan running order yang terancang. Saya dapat belajar teknik rakaman video secara profesional"
- Maswardi

"Sungguh berpuas hati dengan kursus ini walaupun saya terpaksa datang dari jauh. Terima kasih kepada fototeacher kerana menganjurkan program ini"
- Md. Noor B. Haji Shahri

Kursus Asas Videografi ini akan diadakan semula tidak lama lagi. Jika anda berminat untuk menyertainya, sila buat pra pendaftaran di - http://fototeacher.com/videography.htm

- Hasnuddin