rulururu

post Report - Bengkel Asas Potret Perkahwinan (APP)

April 15th, 2009

Filed under: Report APP — hasnuddin @ 9:08 am

app001
Pendaftaran peserta

app002
Penerangan tentang asas potret perkahwinan oleh Hasnuddin

app003
Hasnuddin menerangkan mengenai peralatan kamera dan teknik fotografi potret

app004
Demonstrasi asas pencahayaan potret perkahwinan. Hasnuddin dibantu oleh Affandi dan Noorizam Sabran.

app005
Hasnuddin memberikan beberapa tips mengenai potret perkahwinan

app006
Sesi soal jawab

app007
Hasnuddin dan Affandi ketika mengendalikan sesi soal jawab

app008
Sesi praktikal di sekitar kawasan Putrajaya International Convention Centre

app009
Sesi kritik gambar hasil dari rakaman ketika sesi praktikal

app010
Kesemua peserta program bergambar ramai dengan jurulatih dan krew fototeacher.com.
Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke - http://www.fototeacher.com/APPGroupPhotoLarge.jpg

Report - Bengkel Asas Potret Perkahwinan (APP)

Pada 28-29 Mac lalu, fototeacher.com telah dilantik sebagai pengendali seminar dan bengkel fotografi sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya (MTPP). Sebuah bengkel fotografi bertajuk Asas Potret Perkahwinan telah diadakan pada 29 Mac 2009 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Putrajaya International Convention Centre. Seramai 80 orang peserta telah menghadiri program ini.

Jurulatih utama - Hasnuddin telah dibantu oleh jurulatih jemputan iaitu Affandi. Para peserta telah didedahkan dengan beberapa teknik asas tentang rakaman gambar potret perkahwinan. Selain dari sesi ceramah, kami turut mengadakan sesi praktikal, sesi kritik dan sesi soal jawab.

Diharap, para peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam bengkel ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir. Terima kasih juga kepada pihak MTPP kerana sudi menjemput FOTOTEACHER.COM untuk bekerjasama mengendalikan program ini.

Gambar-gambar dan laporan mengenai program FOTOINSPIRASI akan disiarkan dalam blog ini tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya!

PELAJARI ASAS FOTOGRAFI SECARA SISTEMATIK
Hadiri Kursus Asas Fotografi Digital (AFD). Sila klik di sini.

DAPATKAN ARTIKEL PERCUMA DARI FOTOTEACHER.COM
Artikel akan dihantar ke e-mel anda secara percuma. Sila klik di sini

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI FOTOTEACHER.COM DI:
Telefon: 03-91017155 E-mel:fototeacher@gmail.com

ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)