Archive for the “Report AFD” Category

November 6, 2008 Categorized under Report AFD

Report – Kursus Asas Fotografi Digital 2-3 Ogos 2008

 1.jpg

2.jpg

3.jpg

Kursus hot seller dari fototeacher ini telah dikendalikan oleh Cikgu Kaharuddin Samad (Ketua Jurugambar, Berita Publishing). Baca biodata beliau di sini. Saya tidak dapat bersama-sama pada kursus tersebut disebabkan ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

Kursus ini akan diadakan lagi pada hujung minggu ini. Jika anda tidak dapat hadir pada kursus pada kali ini, sila langgan newsletter dari kami. Kami akan beritahu kepada anda secara otomatik tarikh kursus seterusnya sebaik sahaja ianya dilancarkan. Untuk langgan newsletter, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut seperti syllabus kursus, yuran kursus dan sebagainya, sila ke – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

- Hasnuddin

June 25, 2008 Categorized under Report AFD

Report – Kursus Asas Fotografi Digital 14-15 Jun 2008

 

afd14-15jungroupphotoresized.jpg
Para peserta bergambar bersama penceramah – Encik Kaharuddin Bin Samad. Untuk download gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoAFD14-15Jun08Large.jpg

Kursus Asas Fotografi yang lepas telah disampaikan oleh Encik Kaharuddin Samad, Ketua Jurugambar Berita Publishing. Beliau telah dibantu oleh Saudara Azminorazmi. Saya cuma sempat hadir beberapa jam sekadar melihat-lihat. Saya tidak dapat mengajar pada kursus kali ini kerana ada tugasan lain yang tidak dapat dielakkan. Secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati dengan kursus kali ini. Berikut adalah antara beberapa testimoni dari para peserta:

“Walaupun saya telah kenal DSLR hampir 2 tahun, namun dengan hadir kursus ini, banyak lagi yang saya dapat ‘improve’. Pencermah dan pembantunya tidak lokek ilmu.”
Hasirol Azuan Hamid

“Proses pembelajaran secara umumnya untuk asas fotografi adalah sangat baik. Penyampaian penceramah tepat pada maksud dan memberi banyak pendedahan.”
Ewan T.S.

“Penjelasan yang terang dan jelas di samping pengetahuan dan pengalaman penceramah yang meluas menyumbang kepada kejayaan program ini.”
Lam Chee Siong

“Saya amat berpuas hati dengan program ini. Boleh faham dalam 100% asas fotografi.”
Kamal Redzwan Rasyid

“Kursus yang amat menarik dan ia juga satu pelaburan yang berbaloi.”
Hashem

“Puas hati sangat…”
Suffian Mohd. Yusoff

“Ilmu dan pengetahuan yang sangat penting dan berguna untuk kami pencinta bidang fotografi”
Syed Mohd. Razal B. Syed Othman

“Kursus yang diadakan begitu menarik dan dapat meningkatkan kualiti gambar.”
Mohammad Sazmi B. Selamat

“Persediaan untuk kursus ini baik, khususnya untuk mempertajamkan lagi kemahiran yang sedia ada.”
Mahsen B. Jam

“Satu kursus yang banyak membantu kepada pelajar-pelajar baru seperti saya mahupun pelajar pertengahan dalam bidang ini.”
Mohamad Rahfidi B. Yusoff Azardin

“Skop pembelajaran untuk program ini adalah sangat baik. Sangat sesuai untuk ‘beginner’ dalam fotografi digital.”
Ezuan Ibrahim

“Kursus AFD banyak memberikan maklumat untuk saya meningkatkan tahap kawalan kamera dan memaksimumkan penggunaannya.”
Fadluden Ahmad

“Sepanjang saya mengikuti kursus ini banyak perkara yang saya dapat pelajari. Ini membantu saya dalam penghasilan gambar yang lebih berkualiti. Saya amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan ini.”
Abd. Rahim Bin Thamrin

Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang telah hadir. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Hasnuddin

April 23, 2008 Categorized under Report AFD

Gambar Peserta Kursus AFD 5 & 6 April 2008

afd56april2008groupphotosmall.jpg

Inilah dia gambar para peserta Kursus AFD 5 & 6 April yang lepas. Untuk download gambar bersaiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/afd5&6april2008groupphotolarge.jpg

February 25, 2008 Categorized under Report AFD

REPORT – Kursus AFD 23-24 Februari 2008

afd23-24feb08resized.jpg
Inilah dia wajah2 happy peserta AFD baru-baru ini. Terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir. Anda semua memang hebat!

Barisan belakang (dari kiri) – Rozairie, Fitri, Hisham, Wan Zainudin, Haflie, Hazaldin, Hilmi
Barisan tengah (dari kiri) – Baizura, Mumtaz, Mazura, Zaliza, Noridah
Barisan depan (dari kiri) -Tajuddin, Zulkifli, Mat Jep, Hasnuddin

Untuk download gambar di atas dalam saiz besar, sila klik – http://fototeacher.com/afd23-24feb08.jpg

Kepada sesiapa yang ada lain2 gambar menarik semasa kursus hari tu yang nak dikongsi di sini, sila hantarkan gambar anda ke e-mel – fototeacher@gmail.com.

Hasnuddin

February 20, 2008 Categorized under Report AFD

Report – Kursus AFD 16-17 Februari 2008

Ini dia gambar peserta Kursus AFD yang diadakan pada 16-17 Februari 2008. Terima kasih kepada semua yang hadir. Harap kita dapat berjumpa lagi!

afd16-17feb08resized.jpg

Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/AFD16-17feb08Large.JPG

January 12, 2008 Categorized under Report AFD

LAPORAN – KURSUS AFD KHAS UNTUK LPB, BINTULU

groupphoto.jpg
Bergambar bersama peserta kursus. Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila klik – http://www.fototeacher.com/lpb.JPG

participant.jpg
Para peserta sedang tekun mengikuti kursus

dintraining.jpg
Saya sedang menunjukkan teknik menggunakan point and shoot camera

din_0994.JPG
Menikmati keindahan Gua Niah

group-photo-niah.jpg
Puan Azida, pembantu penceramah (paling kanan) bersama Puan Rajuna, LPB (Dua dari kanan) dan Puan Azah, LPB (tiga dari kanan) ketika lawatan ke Gua Niah.

dinatklia.jpg
Saya setelah tiba di KLIA – rasa lega setelah selesai menjalankan tanggungjawab di Bintulu.

Pada 8-9 Januari lalu, fototeacher.com telah mengadakan kursus Asas Fotografi Digital (AFD) khas untuk staf-staf Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB). Turut serta adalah staf-staf dari Bintulu Development Authority, Bintulu Port Sdn. Bhd dan Petronas. Kesemua peserta kursus seramai 26 orang. Kursus diadakan di bilik latihan LPB di Bintulu, Sarawak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Kapten Abdul Rahim selaku Pengurus Besar LPB kerana telah memberi peluang kepada kami untuk memberikan latihan di Bintulu. Terima kasih kerana menjaga makan dan minum kami semasa kami di sana. Terima kasih juga kerana mengaturkan sesi lawatan ke Gua Niah dan Miri untuk kami. Terima kasih juga kerana memperkenalkan ‘umai’ kepada kami. Memang sedap!

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada:

  • Encik Nordin kerana memjemput dan menghantar kami setiap hari
  • Encik Awang yang telah membawa kami ke Gua Niah dan Miri. Terima kasih juga sebab tolong membawa beg kamera saya yang berat tu semasa pulang trekking dari Gua Niah
  • Encik Zul yang telah menyediakan peralatan AV dan kemudahan bilik latihan

Terima kasih kepada semua – Kapten Zakhir, Encik Henry, Ir Zawawi, Cik Tini, Puan Hida, Puan Rajuna dan lain-lain di atas jasabaik anda semua. Budi anda semua tidak akan saya lupakan.

Saya harap anda mendapat manfaat dari kursus yang dihadiri dan saya berharap kita dapat berjumpa lagi.

Hasnuddin.

January 1, 2008 Categorized under Report AFD

GAMBAR PESERTA KURSUS AFD 29-30 DISEMBER 2007

afd29-30dis07resizedforweb.jpg

Para peserta kursus bergambar bersama tenaga pengajar, Hasnuddin dan Kaha. Encik Kaharuddin Samad selaku penceramah jemputan adalah ketua jurugambar untuk Berita Publishing, sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan majalah berkualiti seperti JELITA dan ANJUNG SERI. Terima kasih kepada Encik Kaharuddin Samad dan semua peserta kursus yang ada diantaranya datang dari jauh seperti Terengganu, Langkawi dan Johor.

Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/afddis07large.JPG

January 1, 2008 Categorized under Report AFD

GAMBAR PESERTA KURSUS AFD 19-20 NOVEMBER 2007

afdnov07-resized-for-web.jpg

Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/afdnov07large.JPG

December 15, 2007 Categorized under Report AFD

REPORT – KURSUS FOTOGRAFI UNTUK JURUGAMBAR CSI

003.jpg
Penerangan mengenai teori beserta demo untuk asas teknikal fotografi oleh Hasnuddin

001.jpg
Demonstrasi dan latihan praktikal mengenai teknik komposisi, pencahayaan dan penggunaan lensa menggunakan model

002.jpg
Hasnuddin (penceramah utama) dan Affandi (pembantu penceramah) bergambar bersama peserta kursus
UNTUK MUAT TURUN GAMBAR DI ATAS DALAM SAIZ BESAR, SILA KLIK – http://www.fototeacher.com/niosh.jpg


Pada 10-13 Disember baru-baru ini, fototeacher.com telah mengadakan kursus selama 4 hari mengenai asas fotografi digital. Kursus yang diadakan di PERMATA PETRONAS ini telah dihadiri oleh lebih dari 20 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Peserta kursus ini adalah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam merakam gambar kemalangan sebagai bahan bukti ala CSI.

Kepada individu yang berminat untuk menghadiri kursus Asas Fotografi Digital anjuran fototeacher, sila dapatkan maklumat lanjut di laman web – http://www.fototeacher.com

Selain dari menganjurkan kursus di tempat kami, kami juga sedia menawarkan khidmat latihan fotografi melalui tempahan khas untuk syarikat swasta, jabatan kerajaan atau individu secara eksklusif dari harga RM 8,000 sehari dengan jumlah peserta maksimum seramai 30 orang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nieza di 03-91017144 atau e-mel fototeacher@gmail.com

Sales team,
fototeacher.com

June 29, 2007 Categorized under Report AFD

Report – KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL – 9 & 10 Jun 2007

din_1788.JPG

Gambar para peserta Kursus Asas Fotografi Digital pada 9 & 10 Jun 2007

Alhamdulillah, kursus kali ini telah selesai. Berikut adalah antara kata para peserta yang telah mengikuti program ini:

Wow! Kursus ini benar-benar memberi pendedahan yang bermakna buat saya berkaitan fotografi digital. Kursus ini benar-benar bermakna dan penuh dengan nilai
- Yazit

Secara keseluruhan, kursus ini sangat bagus dan banyak memberi saya pendedahan terhadap fotografi digital
- Mohd. Fazlin

Effective and informative!
-Mat Rusdi

Help me a lot on improving my skill
-Yudhy

Meluaskan ilmu dan mendapat manfaat untuk semua peserta kursus
-Rosni

Puas hati, lebih daripada itu… Daripada zero to hero… Saya dah boleh berkarya dengan kamera saya. Harap saya tidak lagi terbang dengan masalah2 dalam mengambil gambar
-Nor Ikhsan

Bimbingan dan tunjuk ajar yang memacu ke arah penggunaan kamera digital SLR yang betul dan berguna
-Jaspirin Patoni

Kepada para peserta yang ingin mendapat gambar di atas dalam saiz besar, sila muat turun di
http://www.fototeacher.com/afdgroup12june.JPG

Kursus Asas Fotografi Digital seterusnya akan diadakan pada 1 & 2 Ogos 2007. Dapatkan diskaun early bird segera! Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm

April 17, 2007 Categorized under Report AFD

KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL – sesi kali ini telah selesai…

Alhamdulillah, saya baru saja selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai jurulatih untuk Kursus Asas Fotografi Digital pada hari Ahad lepas. Dari feedback oleh para peserta, rata2 berpuas hati dengan kualiti kursus yang diberikan. Tapi, sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki lagi dan saya berjanji akan memperbaiki kekurangan yang ada.

Saya nak ucapkan tahniah kepada semua peserta yang sanggup melaburkan masa dan wang ringgit untuk menghadiri kursus ini. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan sokongan kepada saya untuk berkongsi ilmu dengan anda semua.

Saya juga rasa terharu kerana ada yang sanggup datang dari jauh seperti dari Ipoh, Penang, Batu Pahat dan Johor Baharu semata-mata untuk belajar dari saya. Saya tabik kepada semangat anda! Saya juga ingin memberi tabik hormat saya kepada beberapa peserta yang lebih berusia dari saya yang turut hadir untuk belajar…

Seronok dapat berkenalan dengan anda semua dan diharap kita dapat berjumpa lagi!

Hasnuddin Abu Samah
www.fototeacher.com

Untuk mengikuti kursus yang akan datang, sila klik di sini

Saya dan kesemua peserta Kursus Asas Fotografi Digital anjuran fototeacher.com pada 14-15 April 2007
Bergambar dengan kesemua peserta Kursus
Untuk melihat gambar besar atau muat turun gambar di atas, sila klik di sini

Kepada peserta dalam gambar di atas, sila bagitau nama anda dan di mana posisi anda dalam gambar di atas dan sertakan sekali URL online portfolio anda. Sila tulis dalam komen di bawah ya…

December 12, 2006 Categorized under Report AFD

Report – Kursus AFD 2006

Gambar-gambar peserta semasa Kursus Asas Fotografi Digital pada tahun 2006
afd9-10disember2006.jpg