
Gambar oleh: Hatim Salleh
http://www.flickr.com/photos/atim
KOMEN JURUGAMBAR:
“Saya cuba mempraktikan pemahaman saya tentang rules of third dan composition gambar. Maka saya mengambil KLCC sebagai subjek dan cuba mengaplikasi tetapi masih terasa kurang cantik dan perlu pembaikan. Selain itu penggunaan exposure pd kamera masih agak tidak mahir.”
KOMEN SAYA:
Bagi saya, gambar ni OK. Maksudnya, kalau ikut markah tu, sekadar lulus. Dari segi komposisi, saya kira gambar ni menepati rule of third. Kelemahan dalam gambar ni ialah kontras dan color. Gambar ni kelihatan flat. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca agak mendung ketika gambar dirakam serta exposure yang sedikit under. Untuk dapatkan gambar yang cantik, sebaiknya gambar dirakam dalam keadaan cahaya yang cantik. Tak salah rakam gambar dalam keadaan mendung, tapi untuk gambar KLCC ni, saya rasa tak sesuai.
Nasihat saya: Pelajari dan fahami sifat cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari. Perhatikan kesan cahaya yang berbeza pada waktu subuh, pagi, lewat pagi, tengahari, petang, senja, mendung dan sebagainya. Setiap keadaan cahaya memberikan kesan cahaya yang berbeza. Subjek tertentu hanya sesuai dirakam dalam keadaan cahaya yang tertentu. Contohnya, tidak sesuai merakam gambar potret kanak-kanak di bawah panas terik (tanpa guna reflector atau fill-in flash) sebab bayang kuat dan cahaya yang keras. Karakter cahaya tengahari yang keras tidak sesuai dengan karakter kanak-kanak yang lembut. Tapi, kalau nak rakam gambar lelaki dan tunjukkan keperkasaannya, penggunaan cahaya matahari terik adalah bersesuaian. Sama macam gambar di atas, gambar KLCC yang gah, tak sesuai dirakam dalam cahaya yang mendung…
Walau apa pun, saya rasa Hatim mempunyai bakat dalam fotografi dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Yang penting, perlu terus banyakkan belajar.
Sekadar pendapat saya. Pastinya, dalam fotografi, setiap orang ada pendapat yang berbeza. Apa pendapat anda? Sila kongsikan bersama…
Hasnuddin
Jika anda ingin gambar anda disiarkan dan diberi komen di sini, sila ke – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com