Archive for the “Berita / Pengumuman” Category

Kisah Rakaman Potret Perkahwinan Jimmy Shanley

Kisah Rakaman Potret Perkahwinan Jimmy Shanley
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Baru-baru ini, saya dan team Adan Cameraworks telah dilantik sebagai jurufoto rasmi untuk majlis perkahwinan selebriti pengacara TV – Jimmy Shanley. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya -  Baha selaku wedding planner yang telah memilih kami. Saya juga amat gembira kerana foto yang saya rakam telah dipilih untuk digunakan sebagai gambar cover untuk majalah Keluarga Harmoni edisi 15-31 Oktober 2010 terbitan Utusan Malaysia. Terima kasih kepada penulis, editor dan semua yang terlibat.

Sesi outdoor portrait pasangan ini telah diadakan di sekitar Cameron Highlands. Team fotografi terdiri dari 6 orang kesemuanya iaitu koordinator, jurufoto, pembantu jurufoto,  jurukamera video, make-up artist dan hair stylist. Penggambaran bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 6 petang untuk 5 lokasi penggambaran. Memang cabaran utama untuk sesi fotografi ini adalah masa yang agak suntuk ditambah pula keadaan cuaca yang tidak menentu di Cameron Highlands yang menyukarkan lagi proses penggambaran. Tetapi, dengan kerjasama dari semua yang terlibat, kami berjaya juga mencapai apa yang dikehendaki.

Secara semulajadinya, Cameron Highlands memang merupakan lokasi yang baik untuk rakaman foto sebegini. Dikelilingi kehijauan hutan, pokok-pokok pine dan beberapa bangunan lama menjadikan lokasi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Cuaca sejuk juga pada pendapat saya dapat memberikan mood yang lebih relaks kepada pasangan pengantin. Tambah beruntung lagi, kami berpeluang menggunakan sebuah kereta antik berwarna merah sebagai props untuk penggambaran ini. Ketampanan Jimmy serta kecantikan pasangannya pula makin menjadikan sesi ini lebih menarik.

Oleh kerana cuaca panas, mendung dan hujan yang tidak menentu di Cameron Highlands, kami menggunakan peralatan pencahayaan portable serta reflector apabila keadaan memerlukan. Pencahayaan tambahan ini amat penting ketika penggambaran di waktu mendung atau apabila sudut pencahayaan matahari yang baik tidak diperolehi. Tanpa pencahayaan yang terkawal, wajah subjek tidak dapat diserlahkan dari latar belakang serta bentuk muka subjek tidak dapat digambarkan dengan baik. Di dalam penggambaran sebegini, tugas mestilah disiapkan di dalam masa yang telah diperuntukkan tidak kira apa jua masalah pencahayaan atau masalah teknikal yang dihadapi. Inilah salah satu cabaran yang perlu kami tangani. Namun, syukur alhamdulillah semuanya telah berakhir dengan baik dan kami yakin telah dapat memuaskan hati pelanggan kami setelah mencuba yang terbaik.

September 24, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Kursus Fotografi Di Sabah

FOTOTEACHER akan mengadakan kursus fotografi di Kota Kinabalu, Sabah tidak lama lagi. Kursus ini terbuka kepada semua peminat fotografi samada dari Sabah, Brunei, Sarawak ataupun peserta dari Semenanjung Malaysia.

Antara kursus yang akan diadakan ialah:


KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL EDISI SABAH (AFDS)
2-3 Oktober 2010 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Kursus padat 2 hari yang akan memberi kefahaman yang kukuh mengenai asas teknikal fotografi. Objektif kursus ini adalah untuk membolehkan anda menggunakan kamera anda dengan kawalan manual dan menghasilkan foto seperti yang anda kehendaki tanpa terlalu bergantung kepada teknologi otomatik kamera yang selalunya tidak begitu memuaskan. Anda mesti hadir ke kursus ini jika anda ingin pergi lebih jauh dalam fotografi.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN EDISI SABAH (KFPS)
4 Oktober 2010 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Kursus ini akan membicarakan mengenai fotografi perkahwinan secara keseluruhan meliputi bidang teknikal, kreatif, peralatan, pemasaran, strategi harga, perniagaan dan sebagainya. Anda akan diberikan panduan dan tips agar berjaya dalam bidang fotografi perkahwinan. Kursus akan disampaikan oleh Hasnuddin Abu Samah, pengasas Adan Cameraworks yang telah berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang fotografi perkahwinan.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI EDISI SABAH (BLFS)
9-11 Oktober 2010 di Borneo Paradise Beach Hotel, Papar.

Bengkel intensif selama 3 hari 2 malam ini berteraskan latihan praktikal untuk menghasilkan foto yang berkualiti dan kreatif. Peserta akan menginap di hotel dan menjalankan berbagai projek fotografi dengan bimbingan rapat dari jurulatih. Hasil foto peserta akan dinilai dari masa ke semasa dan peserta akan dipastikan untuk menunjukkan perkembangan dan kemajuan terhadap foto yang dihasilkan.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Raihan di 03-91017155 atau 014-6349464
Anda juga boleh e-melkan pertanyaan kepada sales@fototeacher.com

Untuk melihat lain-lain kursus fotografi yang dianjurkan oleh FOTOTEACHER, sila ke – www.fototeacher.com

Harap anda dapat sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan lain yang mungkin berminat. Terima kasih.

Sertai komuniti kami di Facebook dan dapatkan berbagai tips dan info fotografi  – KLIK DI SINI
Dapatkan berbagai aksesori fotografi di kedai online FOTOTEACHER – KLIK  DI SINI
Langgan newsletter percuma dari kami untuk dapatkan artikel fotografi – KLIK DI SINI

Team FOTOTEACHER.COM
Kuala Lumpur.

August 10, 2010 Categorized under Berita / Pengumuman

Kembali Berblog

Salam sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak update blog ini, yang terbaru ialah artikel ‘Orang Lama’. Ada 2 sebab:

  • Pertama sekali kerana kami memberikan lebih keutamaan dan tumpuan untuk update Facebook page kami dengan berbagai tips dan info. Pada 10 Ogos 2010, kami telah mempunyai 10,596 ‘likes’ atau dahulunya dikenali sebagai ‘fan’ di Facebook. Pencapaian ini adalah sesuatu yang cukup baik bagi kami. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, kami akan mula memberikan tumpuan sama rata kepada page Facebook dan blog kami. Jadi, nantikan update yang lebih kerap di blog kami seperti sebelum ini, dengan sekurang-kurangnya 2  update seminggu. Berbagai artikel menarik mengenai fotografi akan dihidangkan kepada anda
  • Sebab kedua ialah kerana terdapat masalah teknikal kepada wordpress blog kami. Ianya memakan masa untuk diperbaiki. Jika anda perasan, theme blog ini juga telah ditukar kerana kami mempunyai masalah dengan theme lama. Namun, masih ada beberapa kesilapan teknikal pada blog ini yang masih sedang diperbaiki. Sekiranya anda ada maklum balas, sila hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com
  • Selain dari itu, kami juga terlalu sibuk dengan berbagai program latihan fotografi seperti AFD, BPF, BLF dan FEX dan gerakan promosi seperti bengkel dan kelas percuma yang diadakan untuk bekas pelanggan dan rakan-rakan di Facebook.
  • Bertambah sibuk lagi bila kami membuka satu lagi pecahan perniagaan baru, iaitu kedai menjual aksesori fotografi untuk bekas peserta program FOTOTEACHER khususnya dan kepada seluruh peminat fotografi amnya.

Apapun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog ini yang terus memberikan sokongan kepada kami. Jangan lupa untuk melanggan newsletter percuma dari FOTOTEACHER untuk mendapatkan artikel dan info terbaru dari kami. Sila langgan newsletter kami disini

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakan-rakan muslimin dan muslimat. Diharap Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita seorang muslim yang lebih baik. Semoga kita berusaha ke arah kebaikan dan dianugerahkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Salam hormat dari saya:
Hasnuddin Abu Samah
Pengarah Urusan/Jurulatih Utama,
FOTOTEACHER.COM

August 10, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Replika Lensa Canon 24-105mm f/4 Boleh Dijadikan Mug!

Sekali lihat, memang nampak macam lensa betul. Tapi, sebenarnya, produk menarik ini bukanlah lensa sebenar yang beribu-ribu ringgit harganya. Ianya cuma sebuah replika yang turut berfungsi sebagai mug atau boleh juga dijadikan bekas untuk meletak pen atau pensil. Inilah beberapa foto replika lensa Canon 24-105mm f/4:


Boleh dijadikan bekas meletak pen dan pensil serta alatulis lain


Boleh dijadikan sebagai mug untuk minuman kegemaran anda


Boleh juga dijadikan sebagai ‘ashtray’ kalau mahu…


Pandangan hadapan produk ini memang nampak macam lensa betul…


Didatangkan dengan kotak yang nampak pun macam kotak original lensa Canon

Jika anda berminat untuk membeli produk ini, anda boleh dapatkannya dari FOTOTEACHER samada datang terus ke pejabat kami atau lebih mudah lagi jika anda membuat pembelian secara online di kedai online kami yang baru saja dilancarkan – http://www.fototeacher.com/shop.html

Cepat, stok terhad! Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 sekarang!

August 6, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

FOTOTEACHER Kini Menjual Aksesori Fotografi Secara Online!

Kedai aksesori fotografi online milik FOTOTEACHER kini dengan secara rasminya telah dilancarkan. Sila kunjungi www.fototeacher.com/shop.html