Kembali Berblog
Salam sejahtera,
Sudah agak lama saya tidak update blog ini, yang terbaru ialah artikel ‘Orang Lama’. Ada 2 sebab:
- Pertama sekali kerana kami memberikan lebih keutamaan dan tumpuan untuk update Facebook page kami dengan berbagai tips dan info. Pada 10 Ogos 2010, kami telah mempunyai 10,596 ‘likes’ atau dahulunya dikenali sebagai ‘fan’ di Facebook. Pencapaian ini adalah sesuatu yang cukup baik bagi kami. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, kami akan mula memberikan tumpuan sama rata kepada page Facebook dan blog kami. Jadi, nantikan update yang lebih kerap di blog kami seperti sebelum ini, dengan sekurang-kurangnya 2 update seminggu. Berbagai artikel menarik mengenai fotografi akan dihidangkan kepada anda
- Sebab kedua ialah kerana terdapat masalah teknikal kepada wordpress blog kami. Ianya memakan masa untuk diperbaiki. Jika anda perasan, theme blog ini juga telah ditukar kerana kami mempunyai masalah dengan theme lama. Namun, masih ada beberapa kesilapan teknikal pada blog ini yang masih sedang diperbaiki. Sekiranya anda ada maklum balas, sila hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com
- Selain dari itu, kami juga terlalu sibuk dengan berbagai program latihan fotografi seperti AFD, BPF, BLF dan FEX dan gerakan promosi seperti bengkel dan kelas percuma yang diadakan untuk bekas pelanggan dan rakan-rakan di Facebook.
- Bertambah sibuk lagi bila kami membuka satu lagi pecahan perniagaan baru, iaitu kedai menjual aksesori fotografi untuk bekas peserta program FOTOTEACHER khususnya dan kepada seluruh peminat fotografi amnya.
Apapun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog ini yang terus memberikan sokongan kepada kami. Jangan lupa untuk melanggan newsletter percuma dari FOTOTEACHER untuk mendapatkan artikel dan info terbaru dari kami. Sila langgan newsletter kami disini
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakan-rakan muslimin dan muslimat. Diharap Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita seorang muslim yang lebih baik. Semoga kita berusaha ke arah kebaikan dan dianugerahkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Salam hormat dari saya:
Hasnuddin Abu Samah
Pengarah Urusan/Jurulatih Utama,
FOTOTEACHER.COM







