Archive for the “Berita & Pengumuman” Category

January 31, 2012 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Harga Diskaun untuk Kursus Fotografi Perkahwinan

FOTOTEACHER akan mengadakan Kursus Fotografi Perkahwinan kali yang ke-11 pada 25 Februari 2012 nanti. Rebutlah tawaran istimewa harga diskaun early bird sekiranya anda membuat bayaran sebelum 6 Februari 2012. Anda cuma perlu membayar RM460 sekiranya anda membuat bayara sebelum tarikh yang dinyatakan. Harga biasa kursus ini adalah RM600 seorang. Jadi, jangan berlengah lagi, buat bayaran awal dan jimat sehingga RM150!

Untuk mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi dari kursus ini, sila layari laman web – http://fototeacher.com/kfp.htm

Untuk pertanyaan, anda juga boleh menghubungi kami di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR DAN TESTIMONI PESERTA YANG TELAH MENGIKUTI KURSUS INI.

January 9, 2012 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman, Inspirasi & Motivasi, Umum

Fotografi Tradisional

Di dalam era digital sekarang ini, masih ada segolongan jurufoto yang masih meminati fotografi yang menggunakan filem. Golongan ini biasanya gemar menggunakan kamera mekanikal yang banyak berfungsi secara manual dimana gambar dirakam menggunakan filem. Filem yang telah didedahkan boleh diproses sendiri dan seterusnya boleh dicetak sendiri di dalam bilik gelap menggunakan bahan kimia dan peralatan-peralatan khas yang lain. Penggiat Lomografi merupakan salah satu golongan yang banyak menggunakan filem.

Peminat fotografi filem memilih media ini kerana ianya dapat memberikan kepuasan yang tersendiri yang tidak boleh didapati dari fotografi digital. Apabila merakam foto dengan filem, kemahiran dan disiplin seseorang jurufoto itu akan lebih teruji. Pengetahuan asas dalam proses ini juga boleh menjadikan seseorang itu lebih memahami dan menghargai fotografi. Bukan bermaksud untuk menolak kemajuan teknologi digital, media filem ini biasanya hanya digunakan untuk tujuan hobi atau sebagai media alternatif di samping fotografi digital.

Menyedari betapa pentingnya untuk memelihara proses ini agar tidak lenyap selamanya, FOTOTEACHER.COM menawarkan penjualan berbagai peralatan dan aksesori yang diperlukan untuk mempraktikkan proses fotografi filem. Produk-produk ini amat sukar didapati sekarang ini, terutamanya di Malaysia.


Kami menawarkan rangkaian produk yang lengkap dari jenama Ilford, meliputi berbagai jenis filem, chemical dan photographic paper. Antara filem yang ditawarkan ialah filem dari format 35mm, 120 dan 4X5 inci. Filem-filem ini juga disediakan dengan berbagai tahap ISO seperti 50, 100, 200, 400 dan 3200. Filem dengan kesan infrared juga ada dijual. Selain dari itu, berbagai jenis chemical juga boleh didapatkan dari kami seperti film developer, paper developer, stop bath, fixer, wetting agent dan hypo.


Kami juga merupakan pengedar tunggal (sole distributor) untuk produk jenama Paterson di Malaysia. Paterson adalah jenama terkemuka dari United Kingdom yang mengeluarkan produk-produk berkualiti seperti enlarger, enlarger timer, darkroom timer, thermometer, beaker, developing tray, negative hanger, paper dryer, changing bag, developing tank, tongs, paper squeegee, easel dan banyak lagi. Selain dari jenama dari Paterson, kami juga menjual produk untuk memproses filem dan produk darkroom dari jenama AP, LPL, Saunders, Raydawn dan Konica.


Sebagai melengkapkan lagi rangkaian produk yang ditawarkan, kami turut menjual kamera filem jenis rangefinder dari jenama Voigtlander bersama berbagai jenis lensanya. Selain dari itu, kami juga ada menjual kamera jenis TLR jenama Seagull dan lain-lain aksesori kamera filem seperti cable release dan filter.


Kami bukan setakat menjual produk, tetapi kami sendiri menggunakan produk yang dijual dan mempraktikkan proses fotografi menggunakan filem. Dari masa ke semasa, kami turut mengadakan bengkel mengenai cara-cara memproses filem dan mencetak foto di dalam bilik gelap.

Untuk membeli produk-produk berkaitan fotografi filem, SILA KLIK DI SINI
Untuk menghadiri bengkel cara memproses filem dan cetakan foto di dalam bilik gelap, SILA KLIK DI SINI

Untuk pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami di 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Pembelian produk boleh dibuat secara online atau anda boleh datang sendiri ke pejabat kami di:
FOTOTEACHER.COM, C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia (sila buat temujanji sebelum hadir)
SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PETA KE PEJABAT KAMI.

December 1, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman, Personal, Umum

Akan Terbit – Buku Fotografi Bahasa Melayu oleh Hasnuddin Abu Samah

Saya bersama PTS NetMedia sedang mengusahakan projek menerbitkan buku (bukan E-book) mengenai panduan fotografi lengkap dalam Bahasa Melayu. Buku ini didedikasikan khas untuk peminat fotografi di Malaysia – ianya ditulis oleh penulis Malaysia, dalam Bahasa Malaysia dan dihiasi dengan gambar-gambar yang dirakam di seluruh Malaysia. Diharap buku ini dapat menepati keperluan peminat fotografi di negara ini.


Buku panduan fotografi ini akan memuatkan banyak gambar-gambar contoh hasil rakaman penulis dan beberapa jurufoto tanahair yang lain. Selain dari memberi tunjuk ajar, buku ini juga diharap dapat memberikan motivasi kepada peminat fotografi untuk terus mendalami bidang ini.

Buat masa ini, buku ini sedang giat dalam peringkat penulisan dan dijangka akan berada di pasaran pada bulan April 2012.

Sempena pelancarannya nanti, saya akan memberikan tawaran istimewa kepada 100 pembeli pertama yang membeli buku ini secara online. Saya juga akan memberikan beberapa bab percuma dari buku ini (secara online) kepada anda sebelum buku ini diterbitkan.

Untuk maklumat lanjut, sila ke – http://www.fototeacher.com/bukufotografi.html

Yang benar,
Hasnuddin Abu Samah,
Pengarah Urusan/Jurulatih Utama
FOTOTEACHER.COM

October 20, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Kursus Fotografi Perkahwinan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/kfp.htm

October 3, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Seminar Percuma di KLPF

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) akan diadakan lagi pada 7-9 Oktober 2011 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Selain dari pameran dan jualan peralatan fotografi, acara ini juga akan menawarkan berbagai sesi seminar fotografi percuma untuk para pengunjung.

Saya akan turut serta dalam acara ini dengan menyampaikan seminar yang bertajuk Fotografi Perkahwinan yang akan berlangsung pada jam 3.30 petang hingga 4.15 petang, 8 Oktober 2011 iaitu pada hari Sabtu. Saya juga akan membuka sesi soal jawab sekiranya anda ingin bertanya sebarang soalan berkaitan fotografi perkahwinan. Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DI SINI

Selain dari itu, ramai lagi jurufoto lain yang akan turut berkongsi pengetahuan mereka di dalam berbagai bidang fotografi. Untuk melihat jadual mengenai tajuk-tajuk seminar dan masa ianya akan berlangsung, SILA KLIK DI SINI

Anda semua dijemput hadir ke seminar-seminar ini. Ianya adalah percuma dan anda tidak perlu membuat apa-apa pendaftaran sebelum hadir. Cuma, anda dinasihatkan supaya hadir awal bagi memastikan anda mendapat tempat duduk. Tetapi, sekiranya anda membuat pendaftaran awal, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Jika anda ingin mendaftar, SILA KLIK DI SINI

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

April 12, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

TERBARU – Kursus Fotografi Secara Online

TERBARU DARI FOTOTEACHER
Kursus fotografi secara online yang pertama kali diadakan di Malaysia!

Ikuti kursus asas fotografi secara online! Tidak kira walau di mana anda berada, kini anda boleh menyertai kursus kami dengan selesa dari rumah anda dan ikuti kursus pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Harga promosi untuk kursus ini cuma RM199 sahaja (harga biasa RM250) Tawaran sah hanya untuk 30 orang peserta terawal. Rebutlah peluang ini sebelum terlambat!

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di 03-91017155/012-3937155 (waktu pejabat) atau hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com

February 23, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Belajar Mencantikkan Foto Menggunakan Adobe Photoshop

BENGKEL ASAS PHOTOSHOP (BAP) akan diadakan pada hari Sabtu ini (26 Februari 2011) di FOTOTEACHER Training Centre. Ada lagi 2 tempat kosong.

Bengkel ini sesuai dihadiri oleh anda yang ingin mengetahui asas penggunaan Adobe Photoshop dari aspek teknikal dan artistik.

Ketahui teknik yang betul untuk mencantikkan foto anda dan dalam masa yang sama, menjadikannya nampak natural seperti foto original. Para peserta akan menjalankan beberapa sesi praktikal dalam bengkel ini yang akan dibimbing oleh jurulatih bagi memastikan semua peserta benar-benar faham tentang subjek yang diajar.

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Affandi Abd. Hamid, seorang jurufoto yang mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi dari Institut Teknologi MARA dan berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam industri fotografi dengan menjadi jurufoto untuk berbagai syarikat penerbitan dan media seperti New Straits Times, Karangkraf, Berita Publishing dan Johan Design.

Beliau mendapat latihan asas dalam proses penghasilan foto secara tradisional menggunakan bahan kimia dalam bilik gelap. Pendedahan ini merupakan salah satu asas penting kepada pemahaman dalam Adobe Photoshop kerana teknologi digital ini mengambil asas dari amalan penghasilan foto secara tradisional juga. Kemahiran Adobe Photoshop beliau telah dipraktikkan sejak 10 tahun lalu dan telah diaplikasikan dalam cetakan foto profesional, cetakan untuk penerbitan majalah, cetakan buku dan juga untuk paparan berkualiti tinggi dalam laman web.

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop dengan cara yang betul dan mengikut standard jurufoto profesional, anda boleh hadir ke BENGKEL ASAS PHOTOSHOP ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/photoshop.htm

Untuk pertanyaan, sila hubungi Cik Norlin di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Harap anda dapat sampaikan informasi ini kepada rakan-rakan lain yang mungkin berminat. Terima kasih di atas kerjasama anda.

TEAM FOTOTEACHER.COM

February 2, 2011 Categorized under Artikel Kreativiti, Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman, Gambar

STREET PHOTOGRAPHY

STREET PHOTOGRAPHY
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Street Photography atau aktiviti merakam foto di sekitar jalan di bandar merupakan satu lagi cabang fotografi yang semakin popular di Malaysia ketika ini. Street Photography bukanlah satu bidang baru, ianya telah wujud sebagai satu cabang dalam fotografi sejak zaman awal fotografi lagi. Namun, Street Photography pada ketika ini telah telah diberi ‘nafas’ baru dengan penggabungan elemen lain dan gaya-gaya tertentu.

Di dalam Street Photography, selalunya jurufoto merakam dan menceritakan kehidupan masyarakat di sesuatu tempat (atau sekitar jalanan di sesuatu bandar) mengikut kacamata jurufoto. Biasanya, subjek utama yang dirakam adalah manusia, tetapi, sesuai dengan nama Street Photography, latar belakang atau elemen-elemen lain yang selalu ada di dalam foto itu adalah bangunan, kaki lima, jalanraya, gerai, jambatan dan seumpamanya.

Perkara yang menarik mengenai Street Photography ialah kita tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan subjek yang menarik. Kebanyakan dari kita tinggal berhampiran bandar atau tinggal di dalam bandar itu sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah ‘melihat’ sesuatu subjek itu dengan pandangan seorang jurufoto. Ada banyak subjek menarik yang selalu kita terlepas pandang. Dengan sedikit penghayatan, menunggu masa yang sesuai dan kreativiti, kita mampu menghasilkan imej-imej yang menarik dalam Street Photography. Kita mungkin dapat hasilkan foto yang luar biasa hanya dengan merakam subjek biasa yang jarang-jarang orang lain pernah hiraukan.

Salah seorang tokoh awal Street Photography ialah Henri Cartier-Bresson (1908-2004), seorang jurufoto lagenda yang hasil karyanya dikagumi sehingga kini. Namun, Henri Cartier-Bresson pada zamannya tidaklah digelar sebagai Street Photographer, tetapi lebih dikenali sebagai seorang jurufoto yang berkebolehan merakam foto tepat pada detik yang paling sukar atau lebih terkenal dengan istilah ‘the decisive moment‘. Pada zaman sekarang, istilah ini juga telah disama ertikan dengan nama candid atau moment.

Henri Cartier-Bresson juga merupakan perintis kepada bidang photojournalism atau  foto kewartawanan. Beliau merupakan salah seorang dari ahli pengasas Magnun Photo Agency, sebuah agensi foto kewartawanan yang disegani hingga kini. Oleh kerana banyak foto beliau dirakam dijalanan, maka, ada juga yang berpendapat bahawa beliau juga boleh dikategorikan sebagai seorang Street Photographer.

Antara hasil karya Henri Cartier-Bresson:


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson

Di Malaysia pada ketika ini, terdapat beberapa orang jurufoto yang serius merakam subjek dalam bidang Street Photography. Masing-masing mempunyai kecenderungan, citarasa, gaya dan pendapat yang tersendiri mengenai Street Photography.

Salah seorang Street Photographer yang mempunyai gayanya yang unik dan tersendiri ialah Che’ Ahmad Azhar – seorang yang berpengalaman luas dalam bidang komunikasi visual yang kini bertugas di Universiti Multimedia Malaysia. Selain dari aktif merakam foto Street Photography, beliau juga kini sedang giat membuat penyelidikan mengenai bidang Street Photography. Che’ Ahmad Azhar atau lebih dikenali dengan nama Che’ Mat dikalangan rakan-rakan jurufoto akan bersama-sama berkongsi hasil penyelidikan dan pengalaman beliau dalam satu program Photo Talk – Street Photography yang akan diadakan pada 12 Februari 2011.

Antara hasil karya Che’ Ahmad Azhar:


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar

FOTOTEACHER akan mengadakan 2 program bertemakan Street Photography iaitu Photo Talk pada 12 Februari 2011 (yuran penyertaan minima dikenakan) dan diikuti program outing percuma pada 13 Februari 2011 di sekitar Kuala Lumpur. Che’ Ahmad Azhar sendiri akan mengendalikan kedua-dua program ini.

Maklumat lain adalah seperti di bawah ini:


Program: Photo Talk – Street Photography
Tarikh: 12 Februari 2011
Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: FOTOTEACHER Training Centre, Cheras, Kuala Lumpur
Yuran penyertaan: RM85 seorang (Harga istimewa RM50 seorang untuk bekas peserta kursus AFD FOTOTEACHER)
Untuk melihat maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI
(Sila buat pendaftaran dan bayaran segera, tempat terhad!)


Program: Photo Outing – Street Photography
Tarikh: 13 Februari 2011
Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Yuran penyertaan: PERCUMA
Untuk melihat terma & syarat, maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI
(Sila buat pendaftaran segera, tempat terhad!)

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 (waktu pejabat) atau hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com

Untuk menyertai berbagai kursus fotografi, sila layari – www.fototeacher.com

TEAM FOTOTEACHER.COM

January 27, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT FOTOTEACHER.COM

PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT

Spesifikasi rekaan:

  • Rekaan adalah untuk  round neck T-shirt sebarang warna
  • Rekaan mestilah sesuai untuk dibuat cetakan silk screen untuk 1 warna sahaja (sebarang warna boleh digunakan)
  • Mesti ada tulisan fototeacher dalam rekaan t-shirt (font untuk fototeacher ialah font jenis Impact dan menggunakan huruf kecil untuk semua huruf)
  • T-shirt mestilah bertemakan STREET PHOTOGRAPHY. Anda boleh masukkan imej, lambang, corak, tulisan dan sebagainya yang melambangkan STREET PHOTOGRAPHY. (Tidak semestinya ada tulisan STREET PHOTOGRAPHY dalam rekaan anda, anda boleh gunakan perkataan lain yang berkaitan STREET PHOTOGRAPHY mengikut kreativiti anda)

Lain-lain syarat:

  • Rekaan yang telah siap hendaklah dihantar kepada kami dalam fail JPEG dengan saiz 800X800 pixel
  • Hantarkan rekaan anda kepada: hasnuddin@gmail.com
  • Pada tajuk e-mel sila tuliskan PERTANDINGAN REKA T-SHIRT
  • Di dalam e-mel sila nyatakan nama penuh dan nombor telefon anda
  • Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 Januari 2011
  • Pihak kami akan pilih 1 rekaan terbaik (1 pemenang sahaja) dan pihak kami berhak menggunakan rekaan tersebut untuk mencetak T-shirt untuk dijual oleh pihak FOTOTEACHER.COM
  • Sekiranya didapati tiada rekaan yang sesuai digunakan, maka tiada pemenang akan dipilih
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda inginkan
  • Pemenang akan diumumkan sebelum 7 Februari 2011 di dalam Facebook Fototeacher dan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon
  • Pemenang akan diberikan hadiah berupa Canon Lens Mug dan Canon Lens Thermos bernilai RM150, tiada ganjaran lain akan diberikan (samada royalti jualan T-shirt dan seumpamanya)
  • Keputusan tentang rekaan terbaik (pemenang) akan dibuat oleh pihak FOTOTEACHER dan keputusan adalah muktamad
  • Jika terdapat sebarang kekeliruan di dalam terma dan syarat pertandingan, pihak FOTOTEACHER berhak membuat keputusan muktamad
January 18, 2011 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

DISKAUN SEHINGGA 20% UNTUK PRODUK NIKON ATAU CANON (untuk bekas peserta dan bakal peserta kursus FOTOTEACHER.COM sahaja)

Dapatkan senarai harga diskaun untuk berbagai jenis kamera dan lensa jenama Nikon atau Canon. Sila hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com. Tuliskan tajuk e-mel sebagai “KAMERA DAN LENSA DISKAUN“. Kami akan hantarkan senarai harga ini melalui e-mel kepada anda nanti.

Tawaran diskaun hanya sah untuk bekas peserta kursus atau bakal peserta kursus FOTOTEACHER.COM sahaja.

TAWARAN TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Adam di 03-91017155 (waktu pejabat)

SERTAI BERBAGAI KURSUS FOTOGRAFI ANJURAN FOTOTEACHER.COM. SILA KLIK DI SINI

November 8, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Kelebihan Lens Baby


CONTOH FOTO YANG DIHASILKAN OLEH LENS BABY:

Baca artikel lanjut mengenai Lens Baby DI SINI

Ketahui dengan lebih lanjut dan cuba sendiri produk Lens Baby dengan menyertai FOTO TOOLS CLASS (FTC) anjuran FOTOTEACHER.COM
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI

Untuk membeli produk Lens Baby dari kami, SILA KLIK DI SINI

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Adam di 03-91017155/012-3937155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

November 6, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

DISKAUN PENGHABISAN STOK LASTOLITE EZYBOX 38CMX38CM

TAWARAN PENGHABISAN STOK
LASTOLITE EZYBOX 38CMX38CM (2438)
HARGA BIASA – RM434.00
HARGA DISKAUN – RM299.00 (JIMAT RM135)

(Tawaran sah sehingga 1 Disember 2010 atau sehingga stok masih ada)

Produk inovatif dan berkualiti tinggi dari United Kingdom untuk digunakan dengan portable flash. Berguna untuk melembutkan cahaya flash. Sesuai digunakan untuk jurufoto perkahwinan untuk rakaman foto potret dan jurufoto produk atau still life. Produk yang ringan, tahan lasak, boleh dilipat ke saiz yang lebih kecil dan boleh dipasang dengan pantas.

Untuk melihat atau membeli produk ini dan lain-lain produk jenama Lastolite, sila ke laman web kami:
http://www.fototeacher.com/shop.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi Adam di 03-91017155/012-3937155
atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Bilik pameran: C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
(Dengan temujanji sahaja)

November 4, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Pameran Fotografi oleh Bustamam Mokhtar

PAMERAN FOTOGRAFI OLEH BUSTAMAM MOKHTAR SEMPENA MALAYSIA-INTERNATIONAL FASHION WEEK 2010.
2-6 NOVEMBER 2010 DI PAVILION, BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR.

Kisah Rakaman Potret Perkahwinan Jimmy Shanley

Kisah Rakaman Potret Perkahwinan Jimmy Shanley
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Baru-baru ini, saya dan team Adan Cameraworks telah dilantik sebagai jurufoto rasmi untuk majlis perkahwinan selebriti pengacara TV – Jimmy Shanley. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya -  Baha selaku wedding planner yang telah memilih kami. Saya juga amat gembira kerana foto yang saya rakam telah dipilih untuk digunakan sebagai gambar cover untuk majalah Keluarga Harmoni edisi 15-31 Oktober 2010 terbitan Utusan Malaysia. Terima kasih kepada penulis, editor dan semua yang terlibat.

Sesi outdoor portrait pasangan ini telah diadakan di sekitar Cameron Highlands. Team fotografi terdiri dari 6 orang kesemuanya iaitu koordinator, jurufoto, pembantu jurufoto,  jurukamera video, make-up artist dan hair stylist. Penggambaran bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 6 petang untuk 5 lokasi penggambaran. Memang cabaran utama untuk sesi fotografi ini adalah masa yang agak suntuk ditambah pula keadaan cuaca yang tidak menentu di Cameron Highlands yang menyukarkan lagi proses penggambaran. Tetapi, dengan kerjasama dari semua yang terlibat, kami berjaya juga mencapai apa yang dikehendaki.

Secara semulajadinya, Cameron Highlands memang merupakan lokasi yang baik untuk rakaman foto sebegini. Dikelilingi kehijauan hutan, pokok-pokok pine dan beberapa bangunan lama menjadikan lokasi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Cuaca sejuk juga pada pendapat saya dapat memberikan mood yang lebih relaks kepada pasangan pengantin. Tambah beruntung lagi, kami berpeluang menggunakan sebuah kereta antik berwarna merah sebagai props untuk penggambaran ini. Ketampanan Jimmy serta kecantikan pasangannya pula makin menjadikan sesi ini lebih menarik.

Oleh kerana cuaca panas, mendung dan hujan yang tidak menentu di Cameron Highlands, kami menggunakan peralatan pencahayaan portable serta reflector apabila keadaan memerlukan. Pencahayaan tambahan ini amat penting ketika penggambaran di waktu mendung atau apabila sudut pencahayaan matahari yang baik tidak diperolehi. Tanpa pencahayaan yang terkawal, wajah subjek tidak dapat diserlahkan dari latar belakang serta bentuk muka subjek tidak dapat digambarkan dengan baik. Di dalam penggambaran sebegini, tugas mestilah disiapkan di dalam masa yang telah diperuntukkan tidak kira apa jua masalah pencahayaan atau masalah teknikal yang dihadapi. Inilah salah satu cabaran yang perlu kami tangani. Namun, syukur alhamdulillah semuanya telah berakhir dengan baik dan kami yakin telah dapat memuaskan hati pelanggan kami setelah mencuba yang terbaik.

September 24, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Berita / Pengumuman

Kursus Fotografi Di Sabah

FOTOTEACHER akan mengadakan kursus fotografi di Kota Kinabalu, Sabah tidak lama lagi. Kursus ini terbuka kepada semua peminat fotografi samada dari Sabah, Brunei, Sarawak ataupun peserta dari Semenanjung Malaysia.

Antara kursus yang akan diadakan ialah:


KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL EDISI SABAH (AFDS)
2-3 Oktober 2010 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Kursus padat 2 hari yang akan memberi kefahaman yang kukuh mengenai asas teknikal fotografi. Objektif kursus ini adalah untuk membolehkan anda menggunakan kamera anda dengan kawalan manual dan menghasilkan foto seperti yang anda kehendaki tanpa terlalu bergantung kepada teknologi otomatik kamera yang selalunya tidak begitu memuaskan. Anda mesti hadir ke kursus ini jika anda ingin pergi lebih jauh dalam fotografi.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN EDISI SABAH (KFPS)
4 Oktober 2010 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Kursus ini akan membicarakan mengenai fotografi perkahwinan secara keseluruhan meliputi bidang teknikal, kreatif, peralatan, pemasaran, strategi harga, perniagaan dan sebagainya. Anda akan diberikan panduan dan tips agar berjaya dalam bidang fotografi perkahwinan. Kursus akan disampaikan oleh Hasnuddin Abu Samah, pengasas Adan Cameraworks yang telah berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang fotografi perkahwinan.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI EDISI SABAH (BLFS)
9-11 Oktober 2010 di Borneo Paradise Beach Hotel, Papar.

Bengkel intensif selama 3 hari 2 malam ini berteraskan latihan praktikal untuk menghasilkan foto yang berkualiti dan kreatif. Peserta akan menginap di hotel dan menjalankan berbagai projek fotografi dengan bimbingan rapat dari jurulatih. Hasil foto peserta akan dinilai dari masa ke semasa dan peserta akan dipastikan untuk menunjukkan perkembangan dan kemajuan terhadap foto yang dihasilkan.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Raihan di 03-91017155 atau 014-6349464
Anda juga boleh e-melkan pertanyaan kepada sales@fototeacher.com

Untuk melihat lain-lain kursus fotografi yang dianjurkan oleh FOTOTEACHER, sila ke – www.fototeacher.com

Harap anda dapat sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan lain yang mungkin berminat. Terima kasih.

Sertai komuniti kami di Facebook dan dapatkan berbagai tips dan info fotografi  – KLIK DI SINI
Dapatkan berbagai aksesori fotografi di kedai online FOTOTEACHER – KLIK  DI SINI
Langgan newsletter percuma dari kami untuk dapatkan artikel fotografi – KLIK DI SINI

Team FOTOTEACHER.COM
Kuala Lumpur.