-
CATEGORY
- Artikel Kreativiti
- Artikel Teknikal
- Berita & Pengumuman
- BLOG ARKIB
- Fikiran
- Gambar
- Inspirasi & Motivasi
- Personal
- Program Mini/Percuma
- Relaks
- Report – DIP
- Report – Kursus Fotografi Khas
- Report AFD
- Report AVD
- Report BAP
- Report BDW
- Report BLF
- Report BPF
- Report FMR
- Report FOTOXPRESS
- Report KFP
- Review
- Sembang
- Survey & Poll
- TANYA HASNUDDIN
- Tips
- Umum
- Uncategorized
- video
Archive for the “Artikel Teknikal” Category
Oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM
(Artikel diterjemahkan dari sumber asal di neatorama.com)
Sebelum bermulanya era fotografi moden, telah wujud teknik fotografi tradisional ataupun dikenali juga sebagai ‘Proto-Photography’. Teknik fotografi ini menggunakan alat yang dinamakan kamera ‘Obscura’ – dalam bahasa Latin bermaksud ‘Dark Room’. Ianya adalah sebuah bilik gelap ataupun sebuah kotak hitam yang mempunyai lubang kecil pada suatu dinding dan imej dari luar akan terbentuk terbalik di dinding yang bertentangan dan pelukis akan melukis semula imej yang terbentuk dengan menggantungkan kain kanvas pada dinding tersebut.
Alat kamera ‘Obscura’ telah dicipta oleh ahli pakar matematik, astronomi, dan fizik yang berugama Islam bernama Ibn al-Haitham atau lebih dikenali sebagai Alhazen pada 11 abad yang lalu di Mesir. Teknik dan teori kamera ‘Obscura’ ini telah digunapakai oleh saintis zaman lalu seperti Roger Bacon, Leonardo da Vinci, Johannes Kepler dan juga Athanasius Kircher.
Dapatkan artikel dan tips fotografi dihantar terus ke e-mel anda dengan melanggan newsletter percuma dari FOTOTEACHER.COM. Untuk melanggan, sila ke – http://fototeacher.com/subscribe.htm
Light Trail
Light Trail
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Apabila merakam foto menggunakan slow shutter sekitar 1 second atau lebih perlahan, kita boleh mendapatkan kesan jalur cahaya (light trail) di dalam foto yang dirakam apabila terdapat kenderaan dengan lampu dinyalakan bergerak di hadapan kamera kita. Foto sebegini sesuai dirakam pada waktu malam atau lebih baik lagi jika dirakam pada waktu senja kerana pada waktu senja, kita masih boleh mendapatkan warna biru pada langit.
Oleh kerana foto ini dirakam menggunakan slow shutter, kita perlu meletakkan kamera pada permukaan yang stabil untuk mengelakkan gegaran pada kamera. Lebih mudah lagi jika kita mempunyai tripod untuk tujuan ini.
Apabila merakam foto dengan slow shutter, elakkan dari menekan shutter release button dengan jari anda bagi mengelakkan gegaran pada kamera. Gegaran pada kamera ini boleh mengakibatkan foto anda menjadi kabur. Untuk ini, anda boleh gunakan self timer bagi merakam foto atau lebih baik lagi jika anda menggunakan wireless remote untuk merakam foto tanpa menyentuh kamera anda.
Saya merakam foto di atas di sebuah selekoh jalan di Cameron Highlands pada waktu senja. Saya merakam lebih kurang 20 keping gambar bagi mendapatkan foto terbaik. Untuk mendapatkan kesan light trail yang baik, kita perlu menunggu kenderaan yang sesusai melintas di hadapan kamera. Adakalanya light trail yang dihasilkan tidak begitu menarik kerana terlalu banyak kenderaan atau terlalu kurang kenderaan lalu di hadapan kamera kita. Jadi, kita perlu menunggu masa yang sesuai dan merakam banyak foto.
Untuk foto di atas, setting yang digunakan adalah seperti berikut:
- ISO 100
- Aperture f/13
- Shutter speed 15 seconds
Setting yang dinyatakan hanyalah sebagai info dan panduan. Anda perlu ubahsuai setting anda berdasarkan keadaan pencahayaan dan setting lain yang digunakan semasa anda merakam foto anda nanti.
Diharap tips ini dapat membantu atau memberi inspirasi kepada anda untuk merakam foto dengan light trail. Fikirkan lokasi menarik untuk anda rakam foto sebegini dan cuba rakam foto light trail atau night scene anda sendiri. Selamat mencuba!
NOTA:
- 2 aksesori penting yang perlu anda guna bagi merakam foto sebegini ialah tripod dan wireless remote. Anda boleh dapatkan aksesori ini dari FOTOTEACHER secara online di – http://www.fototeacher.com/shop.html Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
- Untuk mengetahui cara memilih dan menggunakan berbagai aksesori fotografi yang penting, anda boleh hadiri Foto Tools Class oleh FOTOTEACHER. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://www.fototeacher.com/ftc.html
Wireless remote yang saya cadangkan – Phottix Cleon II Wireless Remote N8 for Nikon D200 D300 D700 D3 Digital SLR Cameras (PX-CLEON-N8)
Video cara menggunakan dan fungsi wireless remote jenama Phottix
Saya cadangkan anda membeli tripod jenama Manfrotto kerana ianya merupakan tripod yang berkualiti tinggi buatan Italy. Boleh didapati di FOTOTEACHER:

Lens Baby – Meluaskan Skop Kreativiti Anda
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Lens Baby adalah satu jenama untuk lensa unik untuk menghasilkan foto yang kreatif. Lensa ini adalah lensa ringkas tanpa kebolehan auto focus (AF) atau ciri-ciri otomatik lain. Aperture boleh ditukar – bukan dengan cara biasa menggunakan dail, tetapi menggunakan aperture disc yang perlu ditukar secara manual. Namun, kelebihan lensa ini ialah, ianya boleh digerakkan ke semua arah bagi mendapatkan kesan tajam pada subjek dan mendapat kesan kabur yang menarik pada bahagian lain dalam foto anda.

Contoh foto yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Lens Baby. Foto oleh David A. Barss
Lens Baby didatangkan dalam 3 jenis ‘badan’ lensa, bermula dari yang paling asas hinggalah yang paling canggih. Tidak kira apa jenis badan lensa yang anda gunakan, kesemua aksesori lain Lens Baby boleh digunakan dengan badan lensa yang anda pilih. Badan lensa yang ditawarkan oleh Lens Baby ialah Muse, Composer dan Control Freak. Badan lensa yang ditawarkan oleh Lens Baby boleh digunakan dengan hampir semua jenis kamera DSLR dari jenama Nikon, Canon, Sony, Pentax dan Olympus.

Lens Baby paling asas – model yang dinamakan Lens Baby Muse
Badan lensa Lens Baby Muse adalah yang paling murah dan paling asas. Ianya didatangkan dengan pilihan optik kaca atau optik plastik. Lens Baby dengan optik kaca lebih mahal berbanding optik plastik. Optik kaca menghasilkan foto yang lebih berkualiti dan lebih tajam manakala optik plastik pula menghasilkan kesan foto yang kurang tajam dengan kesan kabur ‘seakan mimpi’. Anda boleh pilih optik yang sesuai dengan kesan yang anda kehendaki dan sesuai dengan bajet anda. Untuk memfokus dan mendapatkan kesan kabur yang anda kehendaki, anda perlu menggerakkan lensa ini menggunakan jari pada kedua belah tangan anda. Disebabkan model Muse ini adalah model yang paling asas, kedudukan lensa ini tidak boleh ‘dikunci’ seperti model Composer.
Badan lensa Lens Baby Composer membolehkan pergerakan lensa ‘dikunci’. Setelah anda membuat gerakan lensa, lensa ini tidak akan bergerak dan berada tetap pada kedudukan yang telah anda laraskan. Ianya juga mempunyai kawalan untuk memfokus dengan cara memusing kawalan fokus pada lensa ini sehingga imej kelihatan tajam.
Model Lens Baby Control Freak adalah model yang menawarkan kawalan yang paling terperinci terhadap Lens Baby anda. Model ini membolehkan pergerakan lensa dikunci. Selain dari itu, anda juga boleh membuat pelarasan terperinci untuk fokus dan posisi pergerakan lensa.
Kesan khas utama yang dihasilkan oleh Lens Baby ialah kesan kabur yang menarik yang dihasilkan di dalam foto yang dirakam. Tetapi, selain dari itu, Lens Baby juga boleh menghasilkan kesan khas lain apabila anda menggunakannya dengan aksesori tambahan yang ditawarkan. Antara kesan khas lain yang boleh dilakukan oleh Lens Baby ialah kesan imej pinhole, zone plate, soft focus dan fisheye

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik pinhole. Foto oleh Tina Louise

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik zone plate. Foto oleh Oliver Tudoras

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik soft focus. Foto oleh Kathleen Clemons

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik fisheye. Foto oleh Kathleen Clemons
Lens Baby asas yang didatangkan dengan focal length 50mm ini juga boleh ditukar jarak fokalnya dengan menggunakan aksesori tambahan yang disediakan. Aksesori tambahan yang ditawarkan adalah macro kit, wide angle lens, super wide angle dan telephoto.
Macro kit mengandungi 2 unit kanta, iaitu kanta +4 dan +10 yang membolehkan anda merakam foto dari jarak dekat (macro). Anda boleh menggunakan salah satu kanta atau menggunakan kedua-dua kanta ini sekaligus apabila merakam foto dari jarak dekat. Dengan menggunakan kanta ini, anda boleh merakam foto dari jarak 2 inci hingga 13 inci! Kanta macro ini dipasang secara screw-in pada bahagian depan Lens Baby anda.

Foto dirakam dengan Lens Baby kanta macro +4. Foto oleh KathleenClemonsPhotography.com

Foto dirakam dengan Lens Baby kanta macro +10. Foto oleh LisaSmithStudios.com

Foto dirakam dengan Lens Baby kanta macro +4 digabungkan dengan kanta macro +10. Foto oleh Mick LeTourneaux
Aksesori tambahan wide angle lens pula boleh memberikan anda kesan sudut luas dengan jarak fokal 30mm. Manakala aksesori super wide angle boleh memberikan jarak fokal 21mm. Dengan menggunakan aksesori Lens Baby telephoto, anda boleh mendapat focal length 80mm pada Lens Baby anda. Selain dari itu, Lens Baby juga menawarkan aksesori bernama Creative Aperture Kit yang merupakan bukaan aperture yang mempunyai berbagai bentuk unik dan menghasilkan kesan bukaan aperture yang menarik pada foto anda. Kesemua aksesori ini boleh dipasang pada bahagian depan Lens Baby anda.

Lensa Super Wide Angle untuk Lens Baby dan kesan imej yang dihasilkan

Creative Aperture Kit dengan hasil fotonya. Dengan menggunakan aperture berbentuk bintang, highlight yang diluar medan fokus akan menghasilkan imej berbentuk bintang juga. Anda boleh mendapatkan berbagai bentuk lain mengikut kreativiti anda.

Antara barisan aksesori Lens Baby yang lengkap untuk berbagai tujuan penggambaran
Selain dari aksesori yang dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi aksesori lain yang disediakan oleh Lens Baby bagi memenuhi keperluan kreativiti anda. Ringkasnya, Lens Baby adalah satu inovasi fotografi yang hebat dengan sistem aksesori yang sungguh lengkap.
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
MAKLUMAT TAMBAHAN:
FOTOTEACHER adalah penjual rasmi untuk kesemua produk Lens Baby. Anda boleh dapatkannya dari kami secara online di – http://www.fototeacher.com/shop.html
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Adam di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
Oleh kerana Lens Baby adalah satu inovasi baru dan mempunyai sistem yang lengkap, agak sukar pada mulanya untuk memahami keseluruhan fungsi dan kelebihan produk ini. Kami cadangkan anda mencuba sendiri produk ini dengan hadir ke pejabat kami. Anda juga boleh bertanya apa jua soalan yang berkaitan dengan Lens Baby. Alamat kami:
FOTOTEACHER.COM,
C-1-9, Megan Phoenix,
Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
SILA LIHAT PETA LOKASI DI SINI
Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Sila buat temujanji dengan Encik Adam sebelum hadir bagi memastikan kami bersedia untuk kehadiran anda.
Telefon: 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
Untuk melayari laman web rasmi Lens Baby, sila ke: http://www.lensbaby.com
Sila tonton video ini untuk gambaran lebih jelas mengenai Lens Baby:

SERTAI PROGRAM FOTO TOOLS CLASS (FTC) ANJURAN FOTOTEACHER JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI LENS BABY. ANDA JUGA BOLEH MENCUBA SENDIRI PRODUK INI DENGAN MENGHADIRI PROGRAM INI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KLIK DI SINI.
Tips Penggunaan Flash

Contoh foto dengan kawalan flash yang baik.
TIPS PENGGUNAAN FLASH
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus – kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:
1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang paling besar dan shutter speed yang paling perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.
2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke syiling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada syiling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau terlalu gelap, gambar yang dihasilkan akan menjadi gelap (under exposed)
3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite. Anda boleh dapatkan reflector jenis ini dari FOTOTEACHER dengan harga diskaun jika anda adalah bekas peserta kursus FOTOTEACHER. Malah anda boleh mencuba dahulu sebelum membeli dari kami.
4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite. Kini, produk-produk ini juga boleh didapati di FOTOTEACHER.
5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/8 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800. Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa VR atau IS. Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil.
6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.
7) Diharap tips ringkas di atas dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik flash dengan lebih mendalam, saya cadangkan anda untuk menghadiri Bengkel Portable Flash yang akan datang. Kami menawarkan harga diskaun early bird yang sungguh rendah kepada peserta yang membuat bayaran awal. Kami juga menawarkan diskaun istimewa untuk peserta yang ingin membeli peralatan flash dari jenama Lastolite dan Lumiquest dengan harga yang tidak ditawarkan di tempat lain! Kemudahan bayaran menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard juga disediakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.fototeacher.com/FlashPhotography.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi: 03-91017155 atau 012-3937155
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Flash – Biar Nampak Natural
Flash – Biar Nampak Natural
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.
Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.
Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flash yang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.
- Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
- Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flash mudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
- Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight crop agar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
- Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
- Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
- Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
- Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Kilau pada sanggul agak mengganggu tumpuan pada gambar.

Kilau pada dinding boleh dielakkan dengan mengambil sudut yang berbeza.
SERTAI BENGKEL PORTABLE FLASH ANJURAN FOTOTEACHER. UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KLIK DI SINI
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel sales@fototeacher.com
Mencantikkan Foto Menggunakan Perisian Photoshop

Mencantikkan wajah dalam foto potret menggunakan perisian Adobe Photoshop

Membuat kawalan kecerahan dan kontras di dalam foto

Menampal atau membuang objek yang tidak dikehendaki di dalam sesuatu foto

Menyambung beberapa imej menjadi satu imej panoramic

Menambahkan imej lain ke dalam foto dan dalam masa yang sama menjadikan sesuatu foto kelihatan original
MENCANTIKKAN FOTO MENGGUNAKAN PERISIAN PHOTOSHOP
Artikel oleh: Hasnuddin Abu Samah
Foto dan proses Photoshop oleh: Affandi Abd. Hamid
Apabila kita merakam sesuatu foto, tidak kira walau secantik mana foto tersebut, ianya boleh dan perlu dicantikkan lagi dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Tidak salah jika anda mencantikkan foto di dalam Photoshop asalkan ianya tidak dilakukan secara berlebihan atau dilakukan untuk tujuan yang salah.
Jurufoto sebelum era digital juga mencantikkan foto selepas sesuatu foto rakaman. Tetapi, pada zaman itu, perisian canggih seperti Adobe Photoshop belum lagi wujud. Jadi, pada zaman itu, foto dicantikkan ketika proses cetakan di dalam bilik gelap. Antara proses mencantikkan foto yang biasa dilakukan pada masa itu adalah color correction, density control, burning, dodging, cropping, toning, super impose dan sebagainya.
Kini, proses mencantikkan foto menjadi lebih mudah dan sudah menjadi perkara wajib yang perlu diketahui oleh semua orang jurufoto. Anda boleh baca dari buku atau belajar dari internet tentang cara untuk menggunakan perisian Photoshop. Tetapi, untuk memudahkan kefahaman, mencepatkan proses belajar dan diberi panduan secara peribadi oleh guru bertauliah, saya sarankan anda untuk hadir ke Bengkel Asas Photoshop anjuran FOTOTEACHER yang akan diadakan pada 6 Mac 2010 ini.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang jurufoto yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang fotografi – Affandi Abd Hamid. Beliau yang mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi dari UiTM ini pernah berkhidmat dengan NST, Karangkraf dan Berita Publishing sebagai jurufoto profesional media cetak.
Sekiranya anda berminat untuk sertai Bengkel Asas Photoshop ini, masih ada 5 tempat kosong setakat hari ini. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI.
Untuk pertanyaan, sila hubungi FOTOTEACHER di 03-91017155 atau 012-6020770. Anda juga boleh e-mel pertanyaan anda kepada sales@fototeacher.com
Lensa Yang Sesuai Untuk Anda

Lensa Yang Sesuai Untuk Anda
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” – Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.
Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.
- Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture
- Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret
- Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat
- Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar
Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.
Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.
Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.
Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.
Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.
Untuk lebih memahami mengenai lensa dan kaitannya dengan focal length, angle of view, perspective dan depth-of-field, saya cadangkan supaya anda hadir ke Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER.COM
Untuk melihat harga dan membeli berbagai jenis lensa yang terbaru di pasaran, saya cadangkan anda layari laman web ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
BATERI SEBAGAI NYAWA KAMERA
BATERI SEBAGAI NYAWA KAMERA
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Berbeza dengan kamera SLR manual zaman filem, kamera digital amat bergantung kepada bateri. Ini kerana, hampir keseluruhan komponen dalam kamera digital dikawal oleh sistem elektronik yang merangkumi auto focusing, pembacaan meter dan pelepasan shutter. Tanpa bateri, kamera digital tidak boleh digunakan sama sekali.
Dengan bateri yang baru dicas, DSLR saya boleh mendapat antara 1,000 hingga 1,300 foto tanpa menggunakan flash. Jumlah yang berbeza ini bergantung kepada tempoh kamera dalam keadaan standby, kadar penggunaan autofocus dan paparan gambar yang baru sahaja dirakam. Saya mempunyai sebuah bateri simpanan yang saya bawa ke majlis penting dan juga ketika mengikuti ekspedisi ke kawasan hutan yang terpencil.
Pengetahuan tentang keupayaan bateri dan penjagaannya membolehkan kita sentiasa memiliki peratan dalam keadaan yang bersedia. Antara perkara yang paling melecehkan ialah apabila kamera kita kehabisan bateri ketika sedang rancak mengambil gambar. Bagi jurufoto profesional, ini sudah tentu mencabar imej dan menganggu daya tugas. Kehabisan kuasa bateri selalunya lebih teruk daripada kehabisan ruang simpanan dalam kad memori.
Kebanyakan DSLR menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Bateri ini datang dengan bentuk dan sambungan yang tersendiri untuk jenama dan model tertentu. Biasanya bateri sebegini amat mahal tetapi mampu membekalkan cas yang banyak. Kelemahannya ialah jika berlaku kecemasan, anda perlu menggunakan bateri simpanan yang sama jenis atau tunggu sehingga bateri anda siap dicas.
Pentax adalah satu-satunya sistem DSLR yang membolehkan bateri saiz AA digunakan pada kameranya. Kebiasaannya pemilik Pentax menggunakan bateri rechargable seperti yang digunakan pada unit flash tetapi jika dalam keadaan terdesak, beliau boleh menggunakan bateri alkaline biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Kelebihan ini lebih bermakna apabila anda terpaksa pergi ke kawasan yang tidak membolehkan anda mengecas bateri seperti hutan atau negara yang mempunyai sistem voltage berbeza.
Apabila bateri kamera semakin lemah, foto yang dihasilkan berkemungkinan kurang baik. Sistem autofocus akan lebih lembab dan noise akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana cas bateri yang kurang menyebabkan motor autofocus tidak mendapat kuasa yang mencukupi. Pada unit pemprosesan imej pula, kuasa yang kurang menyebabkan proses menghasilan imej menjadi kurang berkesan.
Jika bateri anda sudah lemah tetapi anda perlu mengambil gambar yang penting, beberapa kaedah mudah boleh membantu anda mendapatkan beberapa frame ekstra:
1. Matikan sistem stabilizer.
2. Matikan sistem autofocus.
3. Matikan LCD maklumat dan live view.
4. Matikan sistem noise reduction dalam kamera.
5. Jangan guna built-in flash dan AF illuminator.
Yang lebih penting, pastikan anda mengecas bateri sebelum keluar dan bawa bekalan secukupnya kerana bateri adalah nyawa kamera anda.
Jika anda bercadang untuk membeli bateri kamera tambahan, saya cadangkan anda membelinya secara online dari Shashinki.com. Terdapat berbagai jenis bateri boleh dibeli dari laman web ini dan harganya juga amat berpatutan. Anda tidak perlu bersusah payah ke kedai, barang yang anda beli akan dihantar dengan selamat terus ke rumah anda! Sila klik di sini – ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
LENS COATING
Lens Coating
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHERCOM
Terdapat pelbagai jenis lensa di pasaran dan setiap satu memberikan kualiti yang berbeza. Lensa kamera dibina dengan menggabungkan beberapa elemen kaca dalam bentuk dan susunan tertentu. Antara tujuan kombinasi elemen ini adalah untuk menghindarkan kesan seperti distortion (Herotan) dan warna yang tidak seimbang. Secara umumnya, kualiti imej meningkat dengan jumlah glass element yang digunakan kerana lebih banyak kecacatan optik dapat dibuang. Sebagai contoh, penggunaan elemen ED (Extra Low-Dispersion) dapat mengurangkan kesan chromatic aberration. Tetapi dengan lebih banyak elemen, kesan pantulan cahaya adalah lebih tinggi kerana setiap elemen akan memantulkan sedikit cahaya pada permukaannya. Pantulan ini mengurangkan kualiti imej dan jumlah cahaya yang dihasilkan oleh lensa tersebut.

Pantulan pada permukaan sensor
Satu masalah yang timbul dengan DSLR ialah permukaan sensor kamera digital turut memantulkan cahaya. Apabila pantulan daripada sensor dipantulkan kembali oleh lensa, kecacatan imej yang dikenali sebagai ghosting terhasil. Pada imej tersebut akan kelihatan cahaya berbentuk seakan-akan bulat atau cincin yang tidak begitu jelas. Flare pula adalah kesan apabila cahaya berpantul dan berselerak di dalam lensa lalu menyebabkan kontras tidak seimbang. Kesan sebegini biasanya berlaku apabila lensa dihadapkan ke arah punca cahaya yang kuat.

Kesan pantulan dalaman mencacatkan foto seperti tompok biru di sini.
Untuk mengurangkan kesan sebegini, lensa moden diselaputi oleh satu selaput yang dinamakan lens coating yang mengurangkan pantulan. Teknologi coating adalah satu cabang penting dalam industri optik kerana coating yang sesuai memberi kesan kepada imej daripada lensa tersebut. Kesan yang lebih elok boleh diperolehi dengan menggunakan beberapa lapisan coating atau lebih dikenali sebagai multi-coating (MC). Perbezaan lapisan coating boleh dilihat jelas daripada contoh ini.

Zuiko 35mm f2.8 single coat

Zuiko 35mm f2.8 multi coat
Nikon membina Nano Crystal Coating yang menggunakan lapisan zarah yang amat halus supaya cahaya dalam spektrum tertentu tidak dipantulkan pada permukaan lensa. Canon pula menggunakan teknologi SWC dengan zarah coating yang tidak sekata dan mempunyai ketumpatan berbeza pada permukaan elemen. Lapisan coating bersegi pada SWC menyebabkan cahaya tidak dapat dipantulkan dengan sempurna dan ini mengurangkan kekuatan pantulan.
Beberapa model lensa yang baru di pasaran menggunakan teknologi coating terkini dan menghasilkan imej yang lebih elok berbanding model lama. Ini adalah antara ciri-ciri lensa yang kurang diberi perhatian oleh pengguna tetapi banyak mempengaruhi kualiti imej yang dihasilkan. Pengeluar seperti Nikon ada mengeluarkan lensa model lama dengan tambahan Nano Coating yang baru seperti Nikkor AF-S 60mm f2.8 macro.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHERCOM
Sekiranya anda ingin melihat atau membeli lensa baru dan terpakai, saya cadangkan anda layari laman web Shashinki.com dan dapatkan lensa pilihan anda di sini. Anda boleh buat belian berbagai peralatan fotografi di sini secara online dan barang yang anda inginkan akan dihantar terus ke rumah anda. ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!
DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI
Image Stabilizer (IS)
Image Stabilizer (IS)
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Bagi pengguna sistem Nikon dan Canon, faktor lensa yang mempunya stabilizer (VR untuk Nikon dan IS untuk Canon; VR bermaksud Vibration Reduction manakala IS bermaksud Image Stabilizer) selalu dipertimbangkan terutamanya apabila seseorang itu ingin membeli lensa telephoto. Pada lensa yang mempunya spesifikasi sama seperti Nikkor 70-300mm f4-5.6, terdapat versi VR dan non-VR dengan perbezaan harga antara keduanya adalah 4 kali ganda. Adakah stabilizer dalam fotografi digital begitu berharga?

Sistem IS dalam lensa yang digunakan oleh Canon

Sistem IS dalam badan kamera yang digunakan oleh Sony
Terdapat 2 jenis sistem stabilizer - Nikon dan Canon memasangnya di dalam lensa, manakala Sony, Pentax dan Olympus penggunakan IS pada sensor di dalam kamera. Kedua-duanya mempunya sensor pengesan gegaran dan cip khas akan melakukan pengiraan yang mana menggerakkan sebuah motor ultrasonic untuk mengurangkan kesan gegeran. Untuk sistem IS pada lensa, motor tersebut akan menggerakkan satu kumpulan elemen dalam lensa yang bertindak untuk membetulkan kesan gegaran sebelum cahaya masuk ke kamera. Oleh itu kesan IS dapat dilihat melalui viewfinder. Sistem IS dalam kamera pula tidak mempunya elemen tambahan dan hanya menggerakkan sensor supaya ‘mengejar’ imej yang bergerak disebabkan kamera yang bergegar.
Sistem IS di dalam kamera membolehkan semua jenis lensa menikmati teknologi IS, ini termasuklah lensa daripada apa jua jenama dan model asalkan boleh dipasang pada kamera tersebut. Konsep ini jelas memberikan kelebihan ekonomi dan kepelbagaian. Satu lagi kelebihannya ialah ia tidak memerlukan elemen tambahan dalam lensa oleh itu sistem IS sebegini tidak mempengaruhi kualiti imej. Kelebihan bagi sistem IS dalam lensa pula ialah setiap cip IS dan elemen IS boleh direka dan diprogram untuk mendapatkan hasil optimum untuk lensa terbabit.
Berbalik kepada persoalan sejauh mana keberkesanan sistem IS ini, adalah penting untuk faham fungsi IS. Saya letakkan sebegini:
- Fungsi utama IS ialah untuk membolehkan foto dirakam pada kelajuan shutter yang lebih rendah daripada biasa, tanpa kesan gegaran. Umumnya kelajuan shutter adalah 1/(jarak fokus pada format 35mm). Contohnya lensa 100mm untuk kamera APS-C Nikon memerlukan kelajuan shutter 1/150 saat tanpa IS. Dengan IS, kelajuan boleh dikurangkan.
- IS hanya membantu mengurangkan gegaran pada kamera atau lensa. Ia langsung tidak membantu untuk membekukan pergerakan subjek.
- IS membolehkan imej dirakam jelas pada kelajuan shutter yang lebih rendah yang mana sukar akibat kesan gegaran tangan namun ada hadnya.
- Kesan IS kepada pengguna adalah berbeza. Jurugambar baru biasanya mendapat lebih manafaat kerana kurang mahir dengan posisi memegang kamera. Jurugambar yang mahir boleh mengurangkan kesan gegaran dengan teknik tertentu. Oleh itu IS hanya membantu sedikit sebelum fungsinya mencecah had keberkesanan.
- IS lebih membantu pada jarak fokus yang tinggi pada lensa telephoto kerana kesan gegaran digandakan.
- IS meningkatkan penggunaan bateri.
Kesan IS adalah lebih kepada meningkatkan peratusan foto yang elok pada kelajuan shutter tertentu. Ini kerana kesan gegaran adalah rawak dan banyak dipengaruhi oleh faktor fizikal jurufoto. Jika anda mendapat 50% gambar yang tajam pada kelajuan tertentu, dengan IS peratusan mungkin meningkat kepada 70-80% dengan kelajuan yang sama. Kesan ini adalah rawak kerana ia bergantung kepada gegaran tangan anda ketika menekan shutter release button pada masa yang tertentu.
Tiada benchmark khusus untuk menilai keberkesanan IS antara berbagai jenama. Apa yang diwartakan dalam kempen pemasaran tidak seharusnya dijadikan ukuran kerana keberkesanan IS adalah relatif pada individu. Contohnya, jika saya menggunakan lensa 100mm, saya boleh mengambil foto yang jelas pada 1/40 saat dengan bergantung kepada pengalaman dan kemahiran. Jika saya guna IS, boleh dapat 1/20 saat yang memberikan kelebihan 1EV. Individu lain yang kurang berpengalaman mungkin memerlukan 1/160 saat tanpa IS dan hanya perlu 1/40 saat dengan IS. Justeru memberikan kelebihan 2EV. Benchmark patut dilakukan oleh individu sendiri untuk menilai sejauh mana IS berkesan kepada teknik fotografi beliau.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
SERTAI KURSUS DAN BENGKEL FOTOGRAFI ANJURAN FOTOTEACHER.COM. SILA KLIK DI SINI.
DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI
PENGUMUMAN PENTING
FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too
Kami telah membuka PAGE FOTOTEACHER di Facebook kerana ianya mempunyai ‘features’ yang lebih baik untuk kita semua. GROUP FOTOTEACHER akan ditutup dan dibatalkan. Diharap, anda dapat sertai PAGE FOTOTEACHER dengan menjadi ‘fan’ kepada page ini.
Sila jadi ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER, KLIK DI SINI.
Sertailah PAGE FOTOTEACHER sekarang! Berbagai aktiviti menarik akan diadakan di sini. Terima kasih diatas sokongan anda.
Noise Fanatic
Noise Fanatic
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Saya masih lagi menggunakan kamera lama iaitu sebuah kamera DSLR keluaran 2005. Model tersebut menggunakan sensor CCD dan mempunyai tahap ISO maksima hingga 1600 seperti mana kebanyakan DSLR pada zaman tersebut. Kebiasannya saya tidak menggunakan ISO yang terlalu tinggi kerana noise akan kelihatan terlalu ketara. Kebanyakan DSLR masa kini menghasilkan imej yang lebih bersih dengan menggunakan sensor dan cip yang lebih maju.
Ini bukanlah masalah yang besar bagi saya kerana kamera tersebut paling kerap digunakan untuk mengambil gambar makro menggunakan flash yang mana ISO 100 sudah memadai. Apabila saya menggunakannya dalam situasi cahaya malap, saya tidak keberatan untuk menaikkan ISO jika perlu asalkan foto tersebut dapat dirakam dengan baik. Kebiasaannya saya lebih gemar untuk menaikkan ISO berbanding menurunkan kelajuan shutter di bawah paras minima.
Ada juga orang yang begitu taksub untuk mendapatkan foto yang bersih daripada noise. Beberapa kenalan saya sungguh teliti apabila melihat gambar dan akan meneropong hingga 100% untuk mencari noise. Apabila model kamera baru keluar, mereka akan meneliti foto contoh dan mula meneropong untuk mencari noise, kemudian membuat perbandingan dengan model kamera lain. Mereka berpegang kepada fahaman yang percaya bahawa foto digital yang bagus tidak boleh ada noise.
Memang terdapat beberapa jenis penggunaan gambar yang mana kadar noise adalah perkara yang perlu dikawal dengan teliti. Contohnya penjualan melalui stock photo mensyaratkan semua gambar yang dihantar adalah bersih. Agensi berita juga amat cerewet dalam hal noise untuk memastikan kualiti yang tertinggi. Tetapi, bagi peminat fotografi peringkat amatur, noise tidak sepatutnya dijadikan kayu ukuran yang terlalu tinggi terutamanya jika kebanyakan foto yang dirakam bukan untuk dicetak. Lagipun, terdapat perisian yang boleh mengurangkan noise seperti Noise Ninja, Neat Image dan Noiseware.
Gambar dibawah diambil pada ISO 1600 tanpa menggunakan flash. Oleh kerana cahaya kurang menyebelahi saya dan kanak-kanak tersebut sentiasa bergerak, saya menggunakan ISO maksima untuk mendapatkan kelajuan shutter setinggi mungkin. Untuk kegunaan sendiri, ini sudah lebih dari memadai.

Jika penggunaan kita lebih banyak tertumpu kepada perkongsian gambar di internet, noise bukan lah isu yang terlalu kritikal. Kita juga boleh menggunakan noise untuk menampakkan impak yang lebih seperti yang selalu kita lihat dalam foto hitam putih. Selagi noise tidak mengganggu details pada subjek utama (contohnya tekstur kulit), tidak perlu diambil pusing berlebihan. Adalah lebih baik jika kita memberi tumpuan untuk mendapatkan pencahayaan, moment and komposisi yang sesuai. Saya percaya ini akan lebih membantu peminat senifoto untuk menikmati hobi ini.
Adakah anda seorang yang terlalu mementingkan tahap noise? Mengapa anda berfikir demikian? Adakah anda dalam kategori sebaliknya yang tidak begitu kisah tentang tahap noise pada gambar? Harap anda dapat kongsikan pendapat anda di sini. Sila tulis pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Sertai berbagai kursus dan bengkel fotografi anjuran FOTOTEACHER.COM. Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DI SINI.
Motorsport
Motorsport
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Fotografi motorsport selalu dikaitkan dengan lensa yang besar panjang, jenis yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan peminat fotografi amatur. Lensa sebegini bukan sahaja sangat mahal tetapi berat juga. Lagi pun kebanyakan pengguna lensa bazooka di litar lumba adalah jurugambar berita yang diberi akses untuk berada di kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh penonton biasa. Ini tidak bermakna amatur dengan kelengkapan dan akses terhad tidak boleh mendapatkan gambar yang elok.
Setiap kali saya ke SIC Sepang, saya akan menggunakan kit lens saya- Zuiko 40-150mm f/3.5-4.5. Dengan sistem 4/3, saya mendapat equivalent focal length 80-300mm yang mana sudah cukup untuk mendapatkan gambar dari main grand stand. Bagi mereka yang tak biasa mengambil gambar panning, seeloknya cuba dahulu dengan menggunakan shutter yang laju, sekitar 1/200s, supaya boleh merasai bagaimana menggerakkan badan ketika panning. Turunkan kelajuan shutter sedikit demi sedikit apabila anda telah selesa, biasanya sekitar 1/80 ke 1/125. Susah juga nak kata apakah shutter speed yang sesuai sebab kelajuan kereta sentiasa berbeza di setiap lokasi. Dalam mengambil foto sebegini, ada 3 perkara yang kita harus diberi perhatian:
1. Gambar harus menunjukkan kereta lumba dengan tulisan/logo penaja boleh dilihat jelas.
2. Latar belakar yang lembut (Soft) dan menampakkan kesan pergerakan.
3. Putaran roda kereta dapat dilihat.
Shutter speed yang terlalu tinggi akan mengakibatkan (2) dan (3) kelihatan kaku. Salah fokus dan panning yang tidak jitu mengakibatkan (1) tidak tercapai.
Gambar motorsport akan lebih bermakna jika ada unsur drama. Rasanya bila saya cakap tentang drama ramai yang membayangkan kereta berlanggar atau terbabas. Perkara sebegini jarang berlaku dan cukup sukar untuk dirakam biar pun berlaku di depan mata kerana anda perlu peka dan pantas menukar setting daripada panning kepada high shutter speed. Apa yang lebih mudah diperolehi ialah keadaan seperti aksi memotong, brek atau api pada ekzos. Aksi sebegini lebih mudah dijangka dan anda boleh mendapat hasil yang memuaskan setelah mencuba beberapa kali.


Jangan terlalu kedekut melepaskan shutter kerana untuk mahir teknik panning anda perlu berlatih secukupnya. Setiap kali saya ke SIC, saya akan mengambil tidak kurang daripada 1,000 frame sehari.
Harap anda boleh kongsikan pengalaman anda merakam gambar motorsport atau lain-lain acara sukan. Sila tuliskan pada ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM 2009. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam artikel ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak FOTOTEACHER.COM
Dapatkan artikel fotografi secara percuma, dihantar terus ke e-mel anda! SILA KLIK DI SINI.
Sweet Spot: Di Mana Letaknya Ketajaman Gambar
Sweet Spot: Di Mana Letaknya Ketajaman Gambar
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Sweet spot adalah julat di mana imej adalah paling tajam. Terdapat 3 jenis sweet spot:
1. Aperture yang memberikan imej paling tajam.
2. Focal length (pada zoom).
3. Zon tajam dalam frame.
Jika anda mengambil foto dengan ketiga-tiga faktor di atas berada dalam zon sweet spot, peluang untuk menghasilkan gambar yang tajam adalah lebih cerah. Mungkin anda pernah tertanya-tanya kenapa ada perbezaan dari segi ketajaman di antara foto yang diambil menggunakan peralatan yang sama. Mungkin ini adalah sebabnya.
Sweet spot untuk aperture banyak bergantung kepada rekabentuk sesuatu lensa. Namun, secara umumnya ia terletak 2 stop daripada bukaan aperture terbesar dan terkecil. Contohnya jika lensa anda mempunyai julat aperture f/2.8-f/32, kemungkinan besar sweet spot berada antara f/5.6 dan f/16. Anda boleh membuat eksperimen sendiri untuk mengetahui julat sweet spot aperture bagi setiap lensa anda dengan mengambil foto contoh pada aperture yang berbeza kemudian membandingkan hasilnya. Pastikan faktor lain dikawal rapi dan hanya mengubah aperture dan shutter speed (tanpa gegaran) sambil mengekalkan nilai dedahan pada tahap yang sama. Subjek yang ideal untuk eksperimen ini ialah struktur yang mempunyai tekstur rapi agar perbezaan dapat dilihat lebih jelas.
Untuk zoom pula, sweet spot biasanya berada di zon tengah hingga ke hujung tele. Kebiasaannya zoom menghasilkan imej yang lembut pada hujung wide dan semakin tajam ke arah tele. Contohnya bagi lensa 70-200mm, foto akan lebih tajam pada 200mm berbanding 70mm.
Ada kalanya kita melihat hasil foto yang mana bahagian berdekatan tepi gambar agak lembut (Soft). Ini kerana frame imej tersebut adalah lebih luas daripada zon tajam. Fenomena ini biasanya dilihat pada kamera bersensor besar seperti full frame dan medium format. Kamera dengan sensor yang kecil jarang menampakkan kesan ini kerana sensor hanya meliputi bahagian tengah image circle yang terletak dalam zon tajam.
Jika ketajaman adalah sesuatu yang penting untuk anda, teknik mengawal sweet spot boleh membantu anda tanpa memerlukan peralatan tambahan. Tetapi tidak semua jenis foto yang perlu begitu mengambil kira mengenai sweet spot. Contohnya jurufoto pemandangan biasa menggunakan focal length paling wide dan aperture yang paling sempit. Ini kerana bagi foto sebegini, depth of field yang sesuai adalah lebih penting daripada ketajaman.
Jika anda ada lain-lain tips atau pendapat mengenai sweet spot, sila tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM 2009. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam artikel ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak FOTOTEACHER.COM
Untuk membaca artikel lain berkaitan lensa, SILA KLIK DI SINI
Pelajari asas teknikal fotografi dengan lebih terperinci di FOTOTEACHER.COM. Sertai Kursus Asas Fotografi Digital. Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DI SINI.






