May 30, 2011 Categorized under: BLOG ARKIB - 10 Comments

BLOG ARKIB – Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri


KREATIF TAK TENTU HALA @ SYOK SENDIRI
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri – 10 November 2008)

Tadi saya sempat dengar feedback dari seorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ini baru kahwin. Jadi, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia telah upah seorang photographer. Photographer ini banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.

Masalahnya, client ini sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada ‘citarasa. Client macam ini biasanya tidak berapa suka gambar yang terlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar sebegini biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.

Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif itu memang bagus -yang menjadi masalah sekarang ini, gambar kreatif yang sudah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.

Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut itu pula, tidak tahu kenapa dia mengikut. Yang dia tahu, dia mengikut sahaja. Orang shoot pakai fisheye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.

Nak shoot pakai  fisheye lens, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna fisheye lens. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek di bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ini. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambil gambar ni? Dia sukakah apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.

Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengoklah jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.

Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecil ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecil tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak saja – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin.  Alih-alih, budak kecil tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru. Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…

Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan – untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul juga. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni.

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara automatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, kursus percuma, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke –http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

10 Responses to “BLOG ARKIB – Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri”

  1. org lama says:

    Salam tuk semua photographer, saya dah baca atikeltuan mengenai KREATIF tak tentu hala ni, dan sebagai otai saya memang setuju dengan kupasan tuan , memang itu yang banyak sekali shot shot yang ada sekarang, setengah pemetik kamera ni menembak sesuka hati (memang itu hak dia pasal dia punya kamera, ) tetapi ikutlah rule atau apa yang tuan komen , Customer yang bayar kita, memang pemetik kamera suka shot yang SHARP sampi nampak bintik hitam kat mUka ! tapi macamana lak dengan pengantin tadi ? sepatah kata tuan LUBANG HIDUNG SAMA BESAR DENGAN F lens …………….

    low angle SEKARANG SAMPAI NAK SUROH PENGANTIN TERBANG MACAM SUPERMAN………kalau dah pakai baju songket nak lompat tinggi……….. kalau nembak FUTSAL o.k juga.

    O.K.lah tuan cukup takat ni , lepas ni pasti berapi la email saya……. SALAM TUK SEMUA BERSATU BERJUANG………. F 3 BURUK………

  2. Moque says:

    Assalamualaikum,

    Info yang menarik. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ni. ^_^

  3. Farah says:

    Betul, betul. Setuju sgt ngan artikel ni. Lubnag idung.. hahahaa… klaka, tp tulah. Supposedly kite amek gambar tu unt memuaskan hati client kite bukan unt syok kite je. Kalau unt kite tyh la masukkan dlm custom album dorang. CUkup post dlm flickr ke FB udah! Maseh sifu for the article. Sy mintak izin share ye.

  4. OTAI - F 3 says:

    Salam tuk semua pemetik shutter, terima kasih saudari Farah, awak macam F 3 juga setuju dengan apa yang tuan Hasanudin perkatakan . Memang setiap pengantin atau client kita tidak sama cita rasa, ada yang langsung komen jika gamabr yg kita ambil terlalu banyak teknik terang gelap, lighting juga ada yang tak dapat terima. Tapi untuk pengetahuan Cik.Farah banyak teknik lihgting yg skrg buat di out door itu semua teknik lama dulu dulu……… jadi sekarang timbul semula cuma cara persembahan saja yang di olah mengikut peredaran teknologi sekarang…tapi perinsip nya tetap yang sama………..minta maaf pada Tuan Hasssanudin jika saya tersilap berkata kata….tapi perlu saya timbukan juga di sini, apa yang saya jumpa dan nampak pemetik shutter sekrang ada yang Flash gun BOUNCE ke langit di siang hari ( masa pengantin sedang berarak dan di persembahan Pencak silat, ada juga mata saya hampir buta kena Flash gun yang di talakan ke belakang sedangkan objek di depan .tengah laman mana ada dinding nak bounce bro !……juga ada masa pernikahan pengantin terutama yang di masjid terlalu OVER tekan sutter macam amk gambar MENTERI sedang meresmikan majlis…………berebut rebut siap continue servo lagi……….. ta pa lah kamera dia beli ……….kan kan….. tapi jangan la sampai orang lain nak shot jugak…………o.k lah brocukup pat ni …….jumpa lagi cik.Farah…………..

  5. tunizmir says:

    Salam semua fotografer

    Saya selalu bersetuju dengan Otai2, bila melihat hasil Otai2 didalam kes , perkawinan, saya dapati Otai2 ini ramai yang tidak edit melampau2 (semasa shooting dah set excellent), dan hasilnya memang cantik, lagipun yang penting kecantikan asli dan indah walaupun tanpa edit melampau2………….lagipun setiap pengatin ada sudut wajah yang paling cantik , dan ada yang paling tidak menarik seperti ‘angle bawah’….melainkan pengantin wajahnya memang fotogenik, mana2 sudutpun cantik dan indah seperti modeling2……………………….saya bersetuju dengan Otai2 kerana saya budak baru belajar, buah cempelak diluar pagar……wassalam

  6. had says:

    pada pendapat saya..
    sepatut nya client kene tahu cara si wedd. photographer punya ‘style’ bagaimana dia berkerja/ambil gambar…
    ya betul photographer kene ikut kehendak si client tetapi client juga kene fikir cara si photographer itu sendiri…

    pasal low angle fish eye… ermm saya rasa ini adalah TREND.. kerana kebykan yang mengambil low angle dan
    menggunakan fish eye hanya tahu ikut shj.. bak kata FotoTeacher si dia tidak tahu kenapa dan sebab apa ia di lalukan begitu…
    kalau yang guna fish eye tu.. sori to say.. mungkin si dia gila equipment kerana org ada dia nak ada…
    tetapi tak tau keperluan nya…

    apa pun mohon maaf jika ada yang tersinggung.. ini hanya permerhatian dan pendapat saya di sini…
    terima kasih!!! :)

  7. azi says:

    Good article, *sedang ketawa lagi*

  8. meneora says:

    Kelakar saya menbaca artikel sifu ni,sampai terangguk2 mengiyakan setiap baris.Pada pengamatan saya, trend yg jadi ikutan photographer skang is more on trend arty futsy. Mmg seronok explore pelbagai lenses dan technic2 photography yg dipelajari atau ikuti dr photographer2 yg lain. Amalan explorasi tu sangat la baik,tp maybe sebab tidak bertempat jadi kelakar la gambar wedding tu.cadangan saya, maybe sepatutnya,sblm hari wedding itu berlangsung, photographer wedding blh la ambil masa sedikit untuk berbual dan mengenali pengantin sedikit. Buat pengamatan dari segi character pengantin,susuk tubuh pengantin,memek muka dan gesture pengantin maybe masa sessi perbualan rundingan harga dan pakej2nya.Dgn itu,barula tau equipment and technic apa yang nak digunakan nanti.Photographer juga rasenya kenala ambil tahu ttg guest yg akan hadir serta person to highlite .Kadang2 pengantin pun lupa nak inform sbb bnyk sgt benda nak kene fikir,jd dia anggap photographer kenal and tahu semua sanak saudara dia.bila sampai custome album ditgn, tu yg terkejut jumpa gmbr anak saudara kepada pakcik yg supply PA system tu. :) . maybe photographer kene berkenalan dgn adik pengantin,supaya nanti boleh la dia bertanya dgn si adik ttg perkara2 magic or org2 penting masa hari tersebut. Saya bukanla photographer,dan bkn jgk si pengantin,tp selalu terperasan perkara2 ni terjadi pada kedua belah pihak photographer maupun pengantin.jd ini maybe adalah diantara faktor dan sedikit solution yang boleh digunakan. Saya sokong ape yg sifu2 diatas katakan.semuanya benarrr belaka. :)

  9. ujang says:

    Saya setuju 200% dgn artikel ni,terutamanya geng2 newbie yg baru berjinak2dlm wedding photo ( bukan semua,tetapi segelintir).

  10. insan lemah says:

    pada saya, dua2 pihak kena ada flow. pertama si bakal pengantin kena buat research. cari photographer yg mengikut taste dan cita rasa dia. bukan main sebat je. asal dengar photographer, tanpa tgk portfolio, dia pun upah jurugambar tu. ada ke patut? tidak sama sekali. sbb ada kemungkinan akan jadi seperti isu2 di atas.

    di sebelah pihak jurugambar pula, wajar juga dia ni buat perbincangan dgn bakal pengantin mcm mana style yg mereka suka. advantage pada jurugambar yg versatile (tidak terhad pada satu-satu style). mcm mana hasil yg pelanggan mahukan. candid? idea2 fresh? idea gila2? tak semua ada cita rasa yg sama.

    pada saya tak wajar utk di salahkan pada satu2 pihak shj. dua2 kena buat reseacrh :)

    pelanggan buat research trhdp jurugambar
    jurugambar buat research trhdp pelanggan :) sekian

Leave a Reply