May 1, 2010 Categorized under: BLOG ARKIB - 4 Comments

BLOG ARKIB – HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?

blogarkiblogosmall

HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007

Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni – “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:

1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…

Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?

Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar – dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…

Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”

So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.

Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”

Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

4 Responses to “BLOG ARKIB – HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?”

  1. tinie's says:

    Btol tuh ……bisnes is business …sometime we give our friends special price ..n our friend should take it and kita pon ambk ler untung skit je …….jgn ler smpi cekik darah …..we need friend to xpand our bisnes …….and our friiend need us …..;p

  2. shah says:

    betul tu.Saya pernah kena macamni la.Kira dah banyak kali dah terkena macamni, terutamanya bila berdepan dengan kastemer yang kita kenal (saudara dan kawan2). Dan juga pada wedding planner yang mementingkan keuntungan dari kualiti.Situasi pertama yang penah saya lalui dimana seorang sahabat inginkan perkhidmatan kami (kawan-kawan la ni) , jadi dia pon ‘booking’ la kitorang ada la awal 5-6 bulan dari tarikh majlis dia. So kitorang pon buat la persiapan, deposit kitorang tak amk sebb ape??sebab kawan..sehari sebelum majlis lebih kurang jam 4 pagi mcmtu la, saya dapt SMS darinya berbunyi begini ” BRO,AKU TAK JADI LA AMIK KORANG,AKU DAH JUMPA FOTOGRAFER LAIN.THANK YOU”. Setelah lokasi semua dah di survey,dah book dlm jadual, last2 mcmni jadinya. dah la minta kami dengan harga RM300 tuk 3 hari.. Aduhhh punya la sakit hati ni…

  3. razak rahman says:

    assalamualaikum tuan,
    walaupun saya bukan buat biz dalam fotografi, apa2 biz pun sama. bila bab untuk kenkawan, diorg ni bukan nak support kita tapi nak melingkupkan. dan biasanye akan cakap kita support u, takkan kawan2 takde special. apapun saya respect dgn cara cina beniaga. walaupun kedai runcit sendiri punye, diaorg tak ambil barang dari kedai sendiri, malah pegi beli di kedai sebelah. dan tak mcm kita beniaga, tapi selalu ambil barang di kedai sendiri. mcm mana nak maju.

  4. awekmaster says:

    artikel yg menarik…mohon copy tuk letak dalam sy punye facebook.

Leave a Reply