Pameran Seni Foto Solo - LENSA SENI
July 2nd, 2009

Pameran Seni Foto Solo
LENSA SENI
karya Ikram Ismail
1-31 Julai 2009
BERTEMPAT DI:
NSTP
Lobi Utama, Balai Berita,
The New Straits Times Press (M) Berhad,
31 Jalan Riong, Kuala Lumpur
SENI HALUS DALAM LENSA
“Kamera ialah ciptaan manusia teragung hasil daripada seni halus”
Kecintaan beliau terhadap seni halus (fine arts) tidak terbatas terhadap lukisan semata-mata. Dengan kemahiran, keghairahan dan sumber yang beliau miliki, hasil-hasil seni halus kini diabadikan melalui lensa kamera yang menginterpretasikan seribu satu makna dan mood dalam pendekatan beliau terhadap seni halus.
Itulah interpretasi seni daripada lensa kamera Ikram Ismail.
Beliau mengadunkan kepakaran beliau sebagai jurugambar dan pereka grafik dalam menampilkan wajah-wajah seni halus yang berbeza. Setiap klik pada kameranya menceritakan latar seni yang berlainan, dan dengan permainan imej serta warna disatukan dengannya memberikan kesan yang amat mendalam terhadap subjek seperti yang beliau terjemahkan. Karya-karya fotografinya bukan sekadar tertumpu terhadap alam semula jadi, bahkan juga telah mengabadikan beberapa perkahwinan selebriti tanahair serta menghiasi majalah dan produk seluruh negara.
Itulah seni beliau. Satu klik yang merangsang pancaindera kita.
Pilihan Klien & Karya
1. Pengiklanan
Bozell Advertising - Sri Songket Boh, Rekagram - Tenaga Nasional, J. Walter Thompson - Kellogg’s Cornflakes, PTS Advertising - Telekom, Mas - Cookbook, Nestle, Unilever, Bird’s Custard & Tupperware, Her World, Jelita, Malaysian Business, Sakian Jelita, I.Digest & Her World Cookbook, MDEC, TDC Tourism Malaysia - Pakaian Budaya & Sarawak
2. Perkahwinan
Siti Nurhaliza & Dato K, Nora Danish, Aleeza Kassim, Erra Fazira & Tengku Emran, Intan Sarafina.
Kamera
Kamera 4×5, Hasselblad 553EX & 501C, Mamiya RB67, Bronica SQAi & Pentax 67, kamera digital Nikon D200,D100 & D70.
Ikram Ismail Photography
36-2, Tingkat 2,
Jalan 8/23E,
Taman Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 013-331 1119
Web : www.ikramismail.net
Artikel dipetik dari brochure pameran
TEAM FOTOTEACHER.COM
FOTOTEACHER.COM
Photography Learning Centre,
C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 03-91017155 Fax: 03-91015116
E-mail: fototeacher@gmail.com
Website: http://www.fototeacher.com





