E-P1: PEN Versi Digital?
June 30th, 2009
E-P1: PEN versi digital?
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Olympus PEN adalah kamera yang popular antara tahun 1959 hingga pertengahan 80an dengan jualan melebihi 17 juta unit.
Apabila Olympus dan Panasonic mengumumkan kerjasama untuk menaja sistem Micro Four Thirds pada 2008, ia menjanjikan kamera digital yang kecil tetapi berkuasa tinggi melampaui kamera compact. Apa yang lebih radikal ialah kamera sebegini boleh ditukar lensa seperti mana DSLR. Selepas kemunculan Panasonic G1 yang merupakan kamera Micro Four Thirds yang pertama, perhatian ditumpukan kepada Olympus yang hanya akan melancarkan model pertamanya pada Jun 2009. Antara sebab utama penangguhan ini ialah untuk menyambut ulang tahun ke-50 kamera Olympus PEN yang popular satu ketika dahulu.
Kamera yang dikenali sebagai E-P1 ini mewarisi rekabentuk PEN yang klasik. Sensor yang gunakan mengikut format Four Thirds dengan 12.3MP, sama dengan yang digunakan dalam DSLR kelas semi-pro E-30. Untuk memastikan ia nipis, E-P1 tidak mempunyai pentaprism mahupun viewfinder. Pengguna mengawal terus melalui LCD 3” seperti kamera compact yang lain.
Bagi menghasilkan imej yang jitu, sistem Image Stabilizer dilengkapkan di dalam kamera ini. Terdapat 6 Art Filter untuk memudahkan pengguna menghasilkan kesan khas. Antara ciri-ciri lain ialah HD video, teknologi Face Detection dan sistem SSWF yang masih merupakan sistem anti-dust paling berkesan setakat ini.

Dua lensa yang dikeluarkan oleh Olympus untuk Micro Four Thirds ialah 14-42mm f3.5-5.6 dan 17mm f2.8 pancake. Kedua-dua lensa ini bersaiz padat dan amat sesuai bagi mereka yang lebih menyukai kamera yang kecil dan ringan namun boleh menghasilkan foto pada kualiti DSLR. Kamera sebegini juga tidak begitu menakutkan orang awam apabila kita mengambil gambar sambil melancong. E-P1 boleh dipasang dengan lensa Four Thirds melalui adapter dan segala ciri-ciri otomatik seperti autofocus, stabilizer dan meter cahaya akan berfungsi dengan lancar. Terdapat juga adapter untuk Zuiko OM dan Leica M tanpa fungsi autofocus dan dijangka adapter untuk lensa keluaran lain seperti Nikon dan Canon akan menyusul. Oleh sebab jarak flange ke sensor yang rapat, secara teori kamera ini boleh digunakan dengan apa juga lensa DSLR di pasaran.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba E-P1, boleh hadir ke majlis pelancarannya di Mont Kiara pada 4 Julai 2009 dengan menghubungi jennette_tan.oml@olympus.com.my untuk RSVP.
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
FOTOTEACHER.COM
Photography Learning Centre,
C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 03-91017155 Fax: 03-91015116
E-mail: fototeacher@gmail.com
Website: http://www.fototeacher.com






yahooo… kamera yang aku idam kan
harga dia 2999 hu hu hu pikir 2999 kali gak
yahhooooo
Comment by SURIWAN — 02/07/2009 @ 11:13 am
Banyak kalinya pikir…
Comment by hasnuddin — 08/07/2009 @ 5:51 pm
Salam, saya yang kurang ilmu tentang fotografi ni nak tau sikit la,
kalau Olympus Pen yg baru ni sama mcm DSLR, tapi ciri2 banyak kepada compact, nak tau mcmana masa diambil utk ’snap’ gambo?…adakah sama ‘delay’ mcm sesetengah kamera compact yg lain? cth, nak ambil gambar org ambil hadiah, bila snap jer..sesedar gambo yg terhasil org tuh dah berpaling dari pemberi hadiah…gitu juga ker?
atau hasilnya sama mcm kamera SLR yg lain, iaitu bole capture gambo on d spot…
harap dapat bantu, TQ. (”,)
Comment by Wan Juhaida — 07/10/2009 @ 2:40 pm
Tiada masalah ketara shutter lag pada kamera Olympus E-P1. Cuma, AF agak perlahan.
Comment by hasnuddin — 07/10/2009 @ 5:21 pm
Jadi, sesuai tak untuk gambar2 berkaitan masa eg program,xtvt,eksiden?
Atau lebih sesuai utk xtvt lapang n penuh penghayatan utk melakarkan gambo terbaik?hehehe…
Comment by Wan Juhaida — 14/10/2009 @ 8:50 am