April 9, 2009 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

VIP untuk program FOTOINSPIRASI

Berikut ini adalah senarai tetamu kehormat yang telah mengesahkan kehadiran ke program FOTOINSPIRASI:

  1. Yang Mulia Professor Dato’ Raja Zahabuddin Raja Yaacob – Dekan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Industri, UNISEL
  2. Puan Shazleen Md. Yusof – Ketua Program, Jabatan Teknologi Fotografi, UNISEL
  3. En. Marfizul Azuan Marsuki – Pensyarah Fotografi, Jabatan Teknologi Fotografi, UNISEL
  4. En. Kaharuddin Samad – Ketua Jurugambar, Berita Publishing
  5. En. Nik Ridzuan Nik Yusoff – Ketua Program, Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, UiTM
  6. En. Fadhil Kamaruddin – Pensyarah Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, UiTM
  7. En. Bazuki Muhammad – Jurugambar Senior, REUTERS
  8. En. Che’ Ahmad Azhar Che’ Fadzil – Pensyarah Fotografi, Multimedia University

Nota: Susunan nama berdasarkan tetamu kehormat yang terawal membuat pengesahan kehadiran.

Kepada peserta yang akan menghadiri program FOTOINSPIRASI nanti, jangan lepaskan peluang untuk berkenalan, bertanya soalan malah bergambar bersama tetamu kehormat ini. Ini adalah peluang keemasan yang jarang-jarang dapat anda perolehi.

Disamping itu anda turut boleh beramah mesra dengan 4 orang penceramah program ini iaitu Din Arshad, Bustamam Mokhtar, Shamshahrin Shamsudin dan Ikram Ismail. Anda juga perlu merebut peluang di acara ini untuk membina jaringan kenalan dengan lain-lain peserta yang hadir.

FOTOINSPIRASI bukan sekadar sebuah seminar fotografi, tetapi ianya juga adalah program yang akan mempertemukan pasukan FOTOTEACHER.COM selaku penggiat pembelajaran fotografi dengan peminat fotografi, jurugambar profesional dan pensyarah fotografi dari 3 universiti untuk berada dalam satu acara ke arah membangunkan industri fotografi di Malaysia!

Kami, di FOTOTEACHER.COM yang terdiri dari 24 orang kru akan berusaha keras bagi memastikan program ini berjaya dan memberikan kepuasan kepada anda. Jumpa anda di sana!

ps: Kepada anda yang tidak dapat hadir, jangan lupa saksikan rancangan NASI LEMAK KOPI O di TV9 pada jam 9.00 pagi, 11 April 2009 yang akan memperkatakan mengenai program FOTOINSPIRASI

pps: Untuk maklumat lanjut mengenai program FOTOINSPIRASI, sila layari – http://www.fototeacher.com/fotoinspirasi.html

ppps: Untuk pertanyaan mengenai program FOTOINSPIRASI, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau Puan Azida di 012-6020770

Hasnuddin Abu Samah
Pengarah Program FOTOINSPIRASI

No Responses to “VIP untuk program FOTOINSPIRASI”

  1. Reds says:

    Terkilan juga sbb x dpt pergi. tp sy akan tunggu siaran Nasi Lemak Kopi O…Semoga majlis berjalan dengan lancar…

  2. lela rentaka says:

    Bestnya kalau dapat ikut sama, register tapi tak dapat pergi. Nilah susahnya nak jadi photographer tapi miskin. Apa nak buat susu dan keperluan anak lebih penting. Semoga enjoy semua.

  3. amzaid says:

    Bila nak letak gambar ramai masa foto Inspirasi?

  4. KAK says:

    ye la………. tak sabo nak tgk gambo ramai2 tu…….

Leave a Reply