UNTUK REKOD, TAHUN 2007
Alhamdulillah, fototeacher telah mencapai beberapa kejayaan pada tahun 2007 ini yang bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat memuaskan. Jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami kearah memartabatkan penguasaan ilmu fotografi kepada peminat fotografi di Malaysia.
fototeacher ditubuhkan pada Ogos 2006. Ya, usianya masih sangat muda. Tapi, demi anda semua, kami akan berusaha lebih kuat pada tahun ini dengan memperkenalkan lebih banyak program baru dan dalam masa yang sama kami akan memperbaiki lagi segala kelemahan yang ada.
Saya ringkaskan antara pencapaian kami dalam tahun 2007:
- Kelas ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD) mendapat sambutan yang baik. Setakat ini, kami telah mengadakan 12 kelas AFD samada di pusat latihan fototeacher mahupun di pusat latihan luar. Kami juga telah mengadakan program-program sampingan yang lain seperti Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan, Fotografi kewartawanan, Fotografi Fesyen dan Photo Improvement Class.
- Sepanjang tahun 2007, fototeacher telah mendapat khidmat ramai tenaga pengajar yang terdiri dari jurugambar profesional yang berpengalaman sebagai penceramah utama dan penceramah jemputan, seperti:
- Shamshahrin Shamsudin (EPA, Virtual Malaysia, The Star)
- Bazuki Muhammad (Reuters)
- Bustamam Mokhtar (White Studio, Utusan Malaysia, Design Dimension)
- Ikram Ismail (Ikram Ismail Photography, Berita Publishing, Corporate Ideas)
- Kaharuddin Samad (Ketua jurugambar, Berita Publishing)
- Affandi Abdul Hamid (Karangkraf, Studio 31 NST, Berita Publishing)
- Nasir Roli (Berita Publishing, Golf Times)
- Hasnuddin (Ketua Jurugambar Adan, ntv7, Delta Publishing)
- Kami telah diberi kepercayaan untuk memberi latihan dalam berbagai bidang fotografi kepada staf-staf dari Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta seperti Tourism Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Telekom Malaysia Berhad, MRCB, Keretapi Tanah Melayu Berhad, International Islamic University Malaysia, Majlis Perbandaran Klang, SME Bank, Jabatan Audit Negara, Petronas Carigali, Istana Kelantan, NAHRIM, NIOSH, KUSTEM, Dawama Sdn. Bhd., Konsortium ABASS Sdn. Bhd. dan lain-lain.
- Peserta program kami datang dari berbagai peringkat umur, dari yang berusia 16 tahun hingga ke 55 tahun. Ada juga yang datang dari jauh seperti Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Malah, ada peserta kami yang datang dari negara luar seperti Thailand, Brunei dan Indonesia. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami di atas kesungguhan anda.
- Laman web dan blog fototeacher telah dikunjungi lebih dari 54,000 pelawat (unique visitor) di sepanjang tahun 2007 dan newsletter kami dilanggan oleh lebih dari 1,700 orang peminat fotografi di Malaysia dan semakin bertambah setiap hari.
Sebagai menghargai sokongan dari anda semua, kami kini dalam perancangan untuk mengadakan satu workshop tentang teknik merakam gambar model di lokasi luar dan ianya boleh disertai secara PERCUMA oleh bekas peserta program fototeacher.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Shamshahrin Shamsudin kerana beliau adalah merupakan orang yang paling penting dalam penubuhan awal fototeacher. Juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua yang telah membantu kami untuk kekal sehingga ke hari ini. Tanpa anda semua, fototeacher tidak akan berada di sini.
Hasnuddin
Mewakili team fototeacher.com.


Teruskan dengan kerjayaan….Tahniah di atas usaha yg telah dibuat….Yon turut berbangga dan berterima kasih dgn keujudan fototeacher….
SELAMAT TAHUN BARU 2008 pada semua warga Fototeacher.
Tahniah pada pakar pakar yang terlibat sama dengan FT telah banyak membantu saya tingkatkan keupayaan merakam photo dengan lebih baik walaupun tak sepenuhmasa.
Jadi pada sesiapa yang nak timba ilmu photo FT adalah pilihan yang bagus.
:dari mjo:
Selamat Tahun Baru Foto Teacher !!!
yeaaa…
semoga FT bertambah maju & dpt didik raaaaamai lagi peminat fotografi…
hehe…
all d best…
TQ…
(“,)
Selamat Tahun Baru Abang Hasnudin dan FT Crew. Very cool blog and nice design. Especially aperture ring yg kat atas tu. hehe. Cantik! Looking forward to new entries.
salam Maal Hijrah 1429 to FT team…
smoga lebih maju…
wah…
pergi sibu buat AFD ke??
tahniah & all d best…
Selamat tahun baru hijrah…
semoga berjaya dan terus berjaya.