June 3, 2009 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

Terbaru – Kursus Fotografi Majlis Rasmi

posterfmr

FOTOTEACHER.COM telah mengadakan satu lagi program baru – Kursus Fotografi Majlis Rasmi. Kini Dibuka Untuk Pendaftaran!

Kursus ini direka khas untuk jurugambar yang ingin mempelajari teknik profesional merakam gambar majlis rasmi seperti Majlis Makan Malam, Majlis Pelancaran, Majlis Perasmian, Seminar dan sebagainya. Kursus ini sesuai dihadiri oleh staf kerajaan atau syarikat swasta yang ditugaskan untuk merakam gambar majlis. Sesuai juga untuk semua jurugambar yang ingin mengetahui teknik yang betul merakam gambar majlis sebelum menjana pendapatan dari bidang ini.

Kursus 1 hari ini akan diadakan pada 15 Jun 2009 dengan harga bermula dari serendah RM350 seorang! Rebutlah harga istimewa ini sebelum terlambat. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari – http://fototeacher.com/fmr.htm

Team FOTOTEACHER.COM

No Responses to “Terbaru – Kursus Fotografi Majlis Rasmi”

  1. nor hartini says:

    boleh bg saya jadual kursus?

  2. @lly Ramly says:

    hartini, klik link dibawah untuk melihat maklumat penuh tentang Kursus Fotografi Majlis Rasmi:

    http://fototeacher.com/fmr.htm

  3. mas says:

    bila lagi kursus fotografi yg yuran pendaftaran rm30 di adakan lg

Leave a Reply