October 14, 2009 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

Tarikh Baru Program FOTOTEACHER

2 lagi tarikh dan tempat telah ditetapkan untuk program akan datang iaitu:

posterafds
KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL – EDISI KHAS KOTA KINABALU SABAH

Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital. Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk menghasilkan gambar seperti yang anda idamkan. Kursus popular ini kini akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah!

Tarikh: 14-15 November 2009
Tempat: Beverly Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI.

posterblf
BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI (BLF)

Bengkel intensif 3 hari 2 malam ini padat dengan sesi praktikal dengan bimbingan rapat dari jurulatih. Aspek seni dan teknik fotografi akan diberikan penekanan dalam penghasilan foto yang berkualiti. Semestinya program ini akan memperlengkapkan anda ke arah menjadi seorang jurufoto yang kreatif samada sebagai hobi atau kerjaya.

Tarikh: 19-21 Disember 2009
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI

Untuk pertanyaan, sila hubungi FOTOTEACHER di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com

No Responses to “Tarikh Baru Program FOTOTEACHER”

  1. ASsaLamualaikum , salam sejahtera,

    Tuan,

    Saya berminat dalam bidang fotografi ini.Jadinya saya ingin juga mempelajari asas2 fotografi dan kemahiran seni dalam bidang foto. Bagaimana saya boleh ikuti program2 asas serta bengkel lanjutan untuk mengisi masa ‘part-time’ saya.

    Untuk pengetahuan tuan, saya tidak punyai kamera SLR ini. Apakah cadangan tuan untuk saya bagi membolehkan saya mencari kamera yang sesuai untuk saya dalami bidang ini. Sekian terima kasih.

  2. hasnuddin says:

    Saya cadangkan tuan beli kamera Nikon D60 untuk permulaan. Untuk ikuti kursus fotografi, sila layari http://www.fototeacher.com

Leave a Reply