June 1, 2007 Categorized under: Berita & Pengumuman, Review, Tips - No Comment

TANGGA UNTUK JURUGAMBAR

adstangga.jpg

Ya, selain dari kamera, tangga juga adakalanya penting untuk jurugambar. Tangga ni gunanya untuk:

1) Merakam gambar dari pandangan atas. Anda bernasib baik kalau ada kerusi untuk dipanjat. Tapi, kalau tak ada kerusi berhampiran, macamana?
2) Dalam keadaan dimana ada ramai jurugambar berebut nak rakam gambar satu subjek yang sama, adakalanya kita tidak dapat pandangan yang baik kerana terhalang oleh kepala jurugambar lain. Dengan adanya tangga ni, masalah itu semua akan selesai.
3) Selain dari itu, tangga ini juga boleh dijadikan kerusi sekiranya anda ingin merakam gambar sambil duduk dalam tempoh yang agak lama.

Tangga ni ringan dan saiznya kecil. Memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Saya pun dapat idea nak shooting guna tangga ni bila lihat rakan saya – Ikram Ismail, tak pernah tinggal tangganya kalau pergi shooting. Dah lama saya cari tangga yang sesuai di merata-rata tempat. Begitu juga dengan beberapa rakan jurugambar saya yang lain pun tercari-cari jugak dimana nak beli tangga yang mudah alih seperti ini.

Kini, setelah sekian lama mencari, saya jumpa juga tangga idaman saya. Jadi, kalau ada yang berhajat, bolehlah dapatkan di fototeacher.com.

Untuk membeli tangga ini atau melihat maklumat lanjut, sila klik di sini

Hasnuddin

No Responses to “TANGGA UNTUK JURUGAMBAR”

  1. ally says:

    betol la bro din, tangga nie mmg bnyk kegunaannya. terutama bagi ‘wedding photographer’. kekadang nak shoot pengantin kat pelamin, time tu la ade je org2 yg menyibuk depan kite. so, kalo ade tangga, leh la shoot walaupon ade halangan depan kite. ermmm sy mmg dah lame carik tangga kecik mcm nie. pasnie confirm sy order ngn brader din…

  2. ally, risktaker5711@yahoo.com says:

    bro ikram pegi wat ‘talk’ pon bawak tangga tau!
    bile tak cukup tempat duduk, die guna tangga tu jadikan kerusi…
    hmmm kreatif sungguh hehehe…

    -ally-

  3. mad noor says:

    mmg kreativ ni…

    elok sgt tuk jurugambaq yg pendek…(150cm ke bwh)..kan..kan..

Leave a Reply