April 6, 2009 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

Tagline Untuk Jenama FOTOTEACHER.COM

therightexposure600pxl

Tagline Untuk Jenama FOTOTEACHER.COM
Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Apa itu tagline? Tagline bermaksud, slogan penjenamaan yang digunakan untuk tujuan pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Apakah tag line untuk jenama FOTOTEACHER.COM?

“The Right Exposure” Inilah tagline untuk FOTOTEACHER.COM. Sebenarnya, tagline ini sudah mula digunakan sejak awal penubuhan FOTOTEACHER.COM. Cuma ianya tidak begitu ditonjolkan. Kami ingin khalayak kenali dan ingati nama FOTOTEACHER.COM sahaja terlebih dahulu. Kini, setelah ramai yang mengenali FOTOTEACHER.COM, kami ingin MEMPROMOSIKAN pula tagline FOTOEACHER.COM – The Right Exposure.

Apa makna di sebalik tagline The Right Exposure? Exposure di sini memberi 2 maksud. Macam serampang 2 mata. Maksud pertama, exposure bermaksud dedahan pada sensor. Ianya berkaitan dengan elemen teknikal seperti aperture, shutter dan ISO. Kami percaya, pengetahuan asas terutamanya pengetahuan teknikal penting untuk dikuasai oleh seseorang itu untuk pergi lebih jauh dalam fotografi. Setelah itu, barulah seseorang itu boleh menggunakan kreativitinya tanpa batasan untuk menghasilkan karya fotografi yang hebat!

Maksud kedua exposure di sini ialah pendedahan – seperti anda diberikan pendedahan atau pengalaman baru yang tertentu dalam sesuatu bidang yang baru anda ceburi. Dengan mengikuti program FOTOTEACHER.COM, anda akan mendapat pendedahan yang betul, sejak dari awal lagi. Jurulatih FOTOTEACHER.COM akan memastikan anda mendapat pendedahan yang setepatnya mengenai fotografi. Jurulatih kami adalah jurugambar profesional sepenuh masa yang berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang fotografi. Jurulatih utama kami juga mempunyai pendidikan formal dalam bidang fotografi atau bidang yang berkaitan.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

SERTAI GROUP FOTOTEACHER.COM DI FACEBOOK – SILA KLIK DI SINI
Sila layari laman web fototeacher di – http://www.fototeacher.com

Leave a Reply