Seminar Fotografi Perkahwinan – Hanya RM30!

Di atas sambutan yang amat menggalakkan dari anda semua terhadap Bengkel Fotografi – Asas Potret Perkahwinan (APP), kami telah melancarkan sebuah lagi program fotografi bagi memenuhi permintaan anda semua. Program yang akan diadakan sehari sebelum program APP ini dinamakan sebagai – Seminar Fotografi – Panduan Jurugambar Profesional Perkahwinan (JPP). Diharap, kepada mereka yang tidak dapat menyertai program APP, dapat merebut peluang menyertai program seminar JPP ini.
Pihak fototeacher berbangga kerana dapat menampilkan seorang jurugambar perkahwinan terkenal di Malaysia – saudara Min dari Pretty Peektures selaku penceramah utama seminar ini. Saudara Min akan berkongsi pengalamannya dengan kita semua ke arah menjadi seorang jurugambar perkahwinan profesional.
Seminar fotografi anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com ini diadakan khas sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya. Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya akan menaja kos utama untuk Seminar Fotografi ini, anda cuma perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari – http://www.fototeacher.com/JPP.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi – Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com



Salam…
kalau tiba-tiba ada kekosongan untuk bengkel fotografi pada 29hb, sila maklumkan dengan kadar segera.
terima kaseh.
salam… adeh, clash plak tarikhnya ngan BPF! camne nak buat ni? dua2 pun nak pegi ni… help!help! ada idea x?
BPF lebih berkualiti. Lebih padat. Lebih terperinci.
btul.. teknik dlm penggunaan flash lbih brguna dlm seni fotografi & leh digunakan dlm smua bidang termasuk fotografi perkahwinan…
salam… oklah en Din…. saya pegi BPF dulu.. settlekan yg basic dulu.. pastu baruler yg lain2 kot? maklum la, time gawat ni en Din…hiks!tapi nak ilmu punya pasal pandai2la ‘cekau’ kat mana2, hiks!eerr… nanti siapa tenaga pengajar utk BPF? en Din mungkin tak available kot?
bukan apa,saja jer nak tahu..
salam, kalau ad kekosongan pada 29hb sila maklumkan. sy book! yang 28hb da book. xlengkap kalau xp yg 29hb 2..hehe tq
pyan, untuk BPF 28-29 Mac ini, saya dan Encik Kaha akan bergilir-gilir mengajar. Insyaallah, kita jumpa nanti.
Saya miss sehari je dah full book yg 29hb. Betul2 malatoppp!! Ape kate tmbh tempat En. Din. Dpt le kami joint jgk. Mjr ler yg 28hb smpt den book.
Sy pun terlambat sehari jer nak booking yg ari Ahad punyer..
kalu bleh dua-2 nak pegi…boleh arrr….kalo ade yg tarik diri saya sanggup bayar kat dier balik….huhu…