REPORT – BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI

Foto terbaik bagi kategori potret dan still life hasil karya peserta Bengkel Lanjutan Fotografi

Foto terbaik kategori scene dan aksi hasil karya peserta Bengkel Lanjutan Fotografi

Hasil kerja peserta secara berkumpulan untuk pembelajaran pencahayaan kreatif dengan bimbingan dari jurulatih

Karya foto peserta menunjukkan kemajuan dibandingkan dengan foto semasa awal program dan foto semasa akhir program

Antara sesi pembelajaran dan latihan praktikal di dalam dan di luar kelas

Gambar peserta, jurulatih dan pembantu jurulatih untuk Bengkel Lanjutan Fotografi 19-21 Disember 2009. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas di dalam saiz yang lebih besar, sila muat turun di sini
REPORT – BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI
Pada 19-21 Disember 2009 yang lalu, FOTOTEACHER.COM telah mengadakan sebuah bengkel yang julung-julung kalinya diadakan yang diberi nama Bengkel Lanjutan Fotografi. Program yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ini cuma diadakan setahun sekali khas untuk peminat fotografi yang ingin mempelajari fotografi pada tahap yang lebih tinggi.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan kemahiran kepada peserta agar dapat menghasilkan foto yang berkualiti dari segi teknikal dan kreativiti. Perbagai subjek telah diajar; diantaranya ialah perancangan, perkembangan idea, mengaplikasikan elements of design, kawalan teknikal fotografi, pencahayaan, arahan kreatif, komposisi dan sebagainya.
Namun, apa yang lebih menarik mengenai bengkel ini ialah, peserta diberikan bimbingan rapat oleh jurulatih dengan 70% masa digunakan untuk sesi praktikal. Semua peserta telah terbukti menunjukkan perkembangan di dalam penghasilan foto yang berkualiti pada akhir program ini.
Selain dari itu, para peserta, jurulatih dan krew telah melalui masa yang menyeronokkan dan penuh dengan kenangan manis dengan sama-sama belajar, berkongsi idea dan menjayakan projek-projek yang ditugaskan di sepanjang program 3 hari 2 malam ini.
Bengkel Lanjutan Fotografi akan diadakan lagi pada tahun ini. Sekiranya anda berminat untuk hadir, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pra-pendaftaran DI SINI.
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 atau 012-6020770.
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM



Saya ingin mengucapkan tahniah kepada peserta kursus yang begitu komited untuk meningkatkan kemahiran dengan bengkel praktikal sebegini. Bengkel intensif sebegini bukan setakat mempelajari teknik fotografi tetapi juga untuk memahami apakah yang bermain di fikiran professional ketika menghasilkan masterpiece mereka. Kita dapat lihat bagaimana mereka melanggar composition rules untuk menghasilkan foto yang tak lekang di mata.
Tahniah juga kepada Fototeacher.com atas penganjuran kursus sebegini untuk manafaat peminat seni foto tanahair. Saya setuju konsep bengkel kumpulan kecil sebegini adalah kaedah yang berkesan untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan idea kreatif mereka.
Saya akan ke udara di ntv7 pada hari Khamis 21 Januari pukul 830 pagi untuk temubual secara langsung berkenaan fotografi makro. Jika sudi, tonton la.
Good luck Mr. Amir for the interview! I’m really proud of you!