May 25, 2010 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

Photojournalism Basic Workshop

beserahposter-4small
Shamshahrin Shamsudin, seorang jurufoto kewartawanan yang tidak asing lagi di Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai jurufoto untuk akhbar The Star, Virtual Malaysia, agensi berita antarabangsa AFP  dan kini berkhidmat dengan agensi foto antarabangsa – EPA. Beliau merupakan seorang jurufoto yang mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang photojournalism dan travel photography.

Saya mula mengenali beliau sejak 17 tahun dahulu sebagai seorang jurufoto senior yang amat komited dengan dunia fotografi. Bagi saya, beliau merupakan seorang  jurufoto yang kreatif, gigih dan berani yang  pasti mendapatkan shot yang beliau mahukan tidak kira apa pun halangannya. Saya sendiri banyak belajar dengan beliau mengenai dunia photojournalism. Shamshahrin turut merupakan seorang guru yang tidak lokek dengan ilmu dan beliau juga merupakan seorang mentor yang telah berjaya membentuk ramai jurufoto baru.

Kepada anda yang berminat untuk mendalami bidang photojournalism, anda tidak harus melepaskan peluang untuk menghadiri sebuah workshop yang akan disampaikan dan dianjurkan sendiri oleh Shamshahrin pada 11-13 Jun 2010 nanti. HIGHLY RECOMMENDED!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK DI SINI

Blog entry by: Hasnuddin Abu Samah

Leave a Reply