PHOTO WEEK DI MAJU JUNCTION
Oleh Mohd Firdaus Bin Abu Hassan untuk fototeacher.com
Baru- baru ini saya berkesempatan mengunjungi Photo Week yang berlangsung di Maju Junction. Program yang berbentuk pameran, fashion show, photo talk dan juga pertandingan fotografi diadakan dari 12 sehingga 15 Jun 2008. Pameran ini diadakan dengan kerjasama PROFOTO dan pihak Maju Junction Mall.
Program ini turut dijayakan oleh ASFON, PHOTO MALAYSIA, Bintang Maju, UiTM, dan beberapa pihak lagi. Photo Talk dikendalikan oleh PROFOTO yang mana beberapa orang photographer yang pro dalam bidang masing-masing telah berkongsi banyak tips dan panduan yang sangat berguna kepada photographer junior. Antara photographer yang yang terlibat dalam photo talk termasuklah Salim Mat Dom (ASFON), Bazuki (Reuters), Lim Hock Seng, UiTM, Ted Adnan dan Din Arshad.
Tetapi saat yang paling ditunggu-tunggu oleh photographer ialah sesi Model Shooting Contest. Sesi ini digunakan sebaiknya oleh photographer untuk menguji tahap skill masing- masing. Dan dalam sesi ini juga dapat saya lihat beberapa orang photographer menggunakan aksesori yang jarang saya lihat sepanjang saya minat dengan fotografi ni. Memang meriah semasa sesi ini berlangsung.
Walaupun program ini berlangsung cuma 4 hari sahaja, tetapi pengisian dalam program ini memberi banyak faedah dan manfaat kepada photographer menambah ilmu dan pengalaman lagi.
Mohd Firdaus Bin Abu Hassan untuk fototeacher.com
IKUTI BENGKEL PORTABLE FLASH DI SINI – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html
salam…
saudara Adan…
sy ade turut serta mghadirkan diri kesane…
dan sy ade jgk ternampak saudara Adan kat sane…
mase tu,sesi phototalk ted adnan…ari ahd…
program spt tu ptt dteruskan lg…
mmg bgus utk beginner mcm sy ni…
Razlan, anda salah orang kot, tu bukan saya yang anda nampak. Saya tak dapat hadir di Photo Week hari tu sebab ada tugasan lain. Artikel ni ditulis oleh Mohd. Firdaus yang hadir pada hari itu.