ONLINE PHOTO IMPROVEMENT
INGIN RAKAM GAMBAR YANG LEBIH BAIK?
INGIN TAHU KESILAPAN DALAM GAMBAR ANDA?
INGIN TAHU KEKUATAN DALAM GAMBAR ANDA?
Caranya mudah sahaja, cuma hantarkan sekeping gambar rakaman anda kepada fototeacher dan saya akan berikan komen untuk memperbaiki gambar tersebut. Sila ikuti arahan berikut:
- Resize gambar anda terlebih dahulu. Jika gambar horizontal, lebarnya mestilah 500 pixel. Untuk gambar vertical, tingginya mestilah 500 pixel. Save dalam format jpeg dengan kualiti medium.
- Hantar gambar melalui e-mel kepada fototeacher@gmail.com
- Tuliskan tajuk e-mel sebagai – ONLINE PHOTO IMPROVEMENT
- Dalam e-mel, sila nyatakan:
- Nama anda
- URL laman web anda (fotopages, flickr, blog dan sebagainya)
- Sedikit catatan penting mengenai gambar anda
UNTUK SETIAP GAMBAR YANG DISIARKAN, KAMI AKAN BERIKAN LINK KEPADA LAMAN WEB ANDA.
Ini satu cara yang baik untuk mempromosikan laman web anda kepada rakan-rakan lain!
MAKLUMAT PENTING: Kami hanya akan siarkan gambar yang mempunyai kualiti yang tertentu. Gambar yang akan disiarkan adalah gambar yang agak baik, tetapi masih ada ruang untuk diberi komen. Untuk tujuan pembelajaran bersama, maka gambar yang terlalu teruk atau terlalu baik tidak akan disiarkan. Untuk gambar yang terlalu teruk, nampaknya anda perlu belajar dan berlatih dengan lebih kuat lagi. Untuk gambar yang terlalu baik, saya cadangkan anda hantarkan ke http://chapayam.blogspot.com/ untuk dikongsi di sana.

