July 23, 2008 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

Memperkenalkan Cikgu Kaha!

Posted by – Hasnuddin

Rakan-rakan yang dihormati,

Selain saya selaku penceramah/jurulatih utama di fototeacher, kami amat bertuah kerana turut disokong oleh seorang lagi jurugambar dan jurulatih yang berpengalaman iaitu Cikgu Kaha. Beliau sebenarnya telah mengajar untuk 4 program fototeacher sebelum ini. Kami berdua saling bergilir mengajar kerana maklum sahaja, sebagai jurugambar profesional, jadual tugasan kami yang ketat membuatkan kami terikat dengan tugasan fotografi. Jadi, untuk tujuan mengajar, salah seorang dari kami yang ada kelapangan akan bersama peserta dalam program anjuran fototeacher. Untuk kelas AFD pada 2&3 Ogos nanti, Cikgu Kaha akan bersama anda kerana saya akan ke luar negara atas beberapa urusan.

Berikut adalah biodata ringkas Cikgu Kaha:

Nama penuh: Mohd Kaharuddin Ab Samad

Pengalaman bekerja:
1) Kodak (M) Sdn. Bhd.
2) Professional Photography Studio
3) Berita Publishing Sdn. Bhd. – Majalah Jelita, Her World, Anjung Seri, Malaysian Business dll.
4) Vision Four Media Group
5) MI Publishing Sdn. Bhd. – Majalah Marie Claire dan The Peak
6) TV3

Jawatan sekarang: Ketua Jurufoto, Berita Publishing Sdn. Bhd.

Pengalaman dalam fotografi: 24 tahun (semenjak 1984)

Bidang pengkhususan: Fashion, portrait, food, product dan interior photography

Tugasan mencabar:
1) Diberi masa kurang dari 1 minit untuk merakam gambar seorang VVIP (nama dirahsiakan), kerana beliau berkata, masa beliau bernilai 1 juta seminit.
2) Hanya dibenarkan satu ‘click’ sahaja untuk merakam gambar Perdana Menteri Pakistan – Benazir Bhutto
3) Terbang ‘all the way to London’ untuk merakam gambar bintang filem British – Helena Bonhem Carter dan diberi masa hanya setengah jam

Mesej dari Cikgu Kaha: “Biarlah kamera bekerja untuk tuannya (Dapat hasil pendapatan), jangan tuan kamera bekerja untuk kameranya (Asyik beli kamera dan aksesori)”

Berikut adalah beberapa gambar rakaman Cikgu Kaha:

013.jpg

022.jpg

033.jpg

043.jpg

053.jpg

kaha_011.jpg
Inilah dia Kaharuddin Samad, man behind the camera, behind the great shots.

No Responses to “Memperkenalkan Cikgu Kaha!”

  1. chot says:

    sentuhan yg memukau…respect beb!

  2. Razak Latif says:

    orang yang banyak membantu saya semasa praktikal di Berita Publishing..

  3. aishifu says:

    garangnye muka dia..takuutttt.

  4. hasnuddin says:

    Photographer ni, kadang2 nampak garang kalo berposing, tapi in real life, tak garang pun…

  5. akukikilala says:

    chanteknyer gambba2 cikgu kaha ni…. dier punyer colours menyebabkan gamba tuh hidup… mmg suspek abess ar!

  6. siesie says:

    whoaa nice picture

  7. sazmie says:

    cikgu kahar nie mmg best..sempoi..tak lokek bg tip2 yang berguna,gambar yg diambil mmg marvelous!!

  8. quen says:

    he’s my sifu..
    thanx a lot cikgu kaha..

  9. ashraf says:

    well done cikgu kaha..excellent..saya teringin jg nak g bengkel fotografi yng dianjurkan oleh fototeacher nie..akan dtg mungkin..

  10. Ampuan Kassim says:

    such a good work Cikgu Kaha i salute u work
    kalau ada peluang saya memang nak belajar dari Cikgu Kaha
    im using Nikon D300 dtahap beginner so if anyone nak bagi tips buat saya?
    from brunei

  11. Harun Rasidi says:

    Saya penggemar photografi dari Indonesia. Saya senang mendapatkan newsletter dari fototeacher. Untuk sekarang ini saya belum bisa ikut kursud yang dimaksud karena jauh , tapi lain waktu bisa jadi saya bisa ikut. Terima kasih.

  12. lilomojo says:

    kalau ada rezeki izinkan hamba berguru dengan bentara guru.. walaupun umur dan pengalamannya dah lama tapi hasil gambarnya tetap muda… tak seperti photographer yg otai lain..

  13. wawa says:

    Wawa 1st time jumpa En Kaha ni time dia jd juri tuk pertandingan Pencarian Gadis Jelita..Time tu dia pakai spek…memula tgk gmbar dia kat sini rasa cam kenal..bila da baca profile br tingat dia la juri pd sesi pemilihan..

  14. fira says:

    wow..
    bestnyew..
    well done

  15. miko says:

    teringin sangat nk ambil pix cam niiii. semoga satu hari nnt dapat berguru ngan sifu kaha. insya-Allah

  16. chams says:

    wow… hebat hasil kreativiti en kaha. saya dah lama teringin nak jagi pelajar fototeacher. tungu saya akan sampai jugak ,, harap dapat tunjuk ajar dari en kaha dgn sebaiknya,insya-allah.

Leave a Reply