KELAS PERCUMA di fototeacher.com
UNTUK PESERTA YANG PERNAH MENYERTAI KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL SAHAJA
Sebagai peserta yang pernah menghadiri Kursus Asas Fotografi Digital, anda layak untuk menghadiri satu sesi Photo Improvement Class secara PERCUMA. Untuk kelas ini, anda perlu bawa 5 gambar anda untuk dibincangkan bersama. Sila burn imej2 tersebut dalam CD.
Selain dari sesi perbincangan gambar, sesi soal jawab juga akan diadakan. Anda boleh bertanya apa saja masalah anda yang berkaitan fotografi.
Kelas akan diadakan pada 28 April 2007 (Sabtu) pada jam 2.00 ptg hingga 6.30 petang di bilik kuliah fototeacher.com, Cheras.
Sekiranya anda ingin dan boleh menyertai program ini, sila sahkan kehadiran anda dengan menghantar e-mel kepada fototeacher@gmail.com. Tuliskan pada tajuk e-mel SAH HADIR PIC. Nyatakan nama, no telefon dan e-mel anda dalam e-mel berkenaan.
Sesi kali ini hanya terhad kepada 15 orang sahaja. Sesi lain akan diumumkan kelak.
Jumpa anda nanti!
Hasnuddin



akum…di sini saya ada pertanyaan…bagaimana hendak memulakan dalam kerjaya jurugambar atau fotographi ini..?
saya juga berminat untuk menceburi bidang ini tetapi tak tahu bagaimana hendak memulakannya..?