September 1, 2009 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

Jurulatih Fotografi Sambilan Diperlukan!

FOTOTEACHER.COM memerlukan individu yang berkelayakan untuk berkhidmat secara freelance sebagai JURULATIH dan PEMBANTU JURULATIH untuk mengendalikan program-program latihan fotografi untuk FOTOTEACHER.COM.

Bermula dari bulan September 2009, kami akan mengadakan 8 program latihan setiap bulan. Antara program yang akan diadakan ialah: Kursus Asas Fotografi Digital, Bengkel Lanjutan Fotografi, Bengkel Portable Flash, Bengkel Asas Photoshop, Kursus Fotografi Majlis Rasmi, Kursus Fotografi Perkahwinan, Kursus Asas Videografi Digital, Kursus Asas Kamera DSLR dan Kursus Kamera Otomatik. Dengan pertambahan program latihan ini, kami memerlukan 4 orang JURULATIH dan 8 orang PEMBANTU JURULATIH yang berkebolehan dalam pengajaran fotografi. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

JURULATIH (Memberikan latihan dan mengetuai program latihan)
(PELUANG PENDAPATAN SEHINGGA RM6,000 SEBULAN SECARA SAMBILAN)
Kelayakan: Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan atau 10 tahun pengalaman dalam fotografi
Umur: Melebihi 30 tahun

PEMBANTU JURULATIH (Membantu jurulatih dalam sesi praktikal)
(PELUANG PENDAPATAN SEHINGGA RM4,000 SEBULAN SECARA SAMBILAN)
Kelayakan: Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam fotografi
Umur: Melebihi 25 tahun

Semua pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Kemahiran berkomunikasi yang baik
  2. Penampilan dan keperibadian yang mencerminkan profesionalisme
  3. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang berkenaan
  4. Mempunyai portfolio (hasil kerja fotografi) yang baik
  5. Berdisiplin dan boleh mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak FOTOTEACHER.COM

Sila buat permohonan dengan mengikuti panduan berikut:

Hantar e-mel kepada: hasnuddin@gmail.com
Pada tajuk e-mel, tuliskan: MOHON JAWATAN JURULATIH/PEMBANTU JURULATIH
Dalam e-mel, sila sertakan:

  1. Nama penuh
  2. Nombor telefon
  3. Laman web/blog/flickr untuk rujukan portfolio
  4. Kelulusan akademik
  5. Pengalaman kerja
  6. Kursus/Bengkel/Seminar fotografi yang pernah dihadiri
  7. Pengalaman mengajar, memberi ceramah atau memberikan latihan (dalam sebarang bidang)
  8. Bayaran yang diminta untuk setiap 8 jam perkhidmatan
  9. Nyatakan lain-lain perkara yang menyokong permohonan anda untuk menjadi jurulatih/pembantu jurulatih. Contoh: “Saya pernah memenangi pertandingan fotografi anjuran….”

TEAM FOTOTEACHER.COM

P.S: Adakah blog ini bermanfaat untuk anda? Jika ya, sila beri sokongan kepada kami. Cuma klik pada iklan dibahagian atas kanan blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply