Biodata Jurulatih Kursus Asas Videografi Digital (AVD)
Saudara Shahirman Sahalan atau lebih dikenali sebagai Tojo, merupakan seorang jurukamera video yang amat dihormati khususnya dalam dunia penyiaran video di Malaysia. Saudara Tojo merupakan guru dan rakan saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di stesyen televisyen ntv7 pada lewat tahun 90an.
Saya rasa sungguh berbesar hati kerana Tojo sudi menerima jemputan saya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman beliau selaku jurulatih utama dalamĀ Kursus Asas Videografi (AVD) yang akan dianjurkan oleh fototeacher. Saya rasa kita semua sungguh bertuah kerana bukan mudah untuk mendapatkan bimbingan dari tokoh ternama seperti Tojo. Kepada yang berminat dalam bidang videografi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengikuti kursus yang akan diadakan pada 20-21 Disember 2008.
Berikut ini, saya sertakan sedikit latar belakang Tojo:
Nama Penuh
Shahirman Sahalan
Pendidikan Formal
Diploma In Photography ITM
Degree In Photography & Creative Imaging, UiTM
Masters In Visual Communications, UiTM
Pengalaman Kerja
Juruteknik Fotografi di Universiti Islam Antarabangsa (1988)
Jurukamera Eksekutif TV3 (1989-1996)
Pensyarah di Akademi TV3 (1997)
Jurukamera Eksekutif ntv7 (1998-1999)
Pensyarah Fotografi dan Videografi di Akademi TV3 (2000-2003)
Jurukamera stringer untuk TV3 News (2004-2005)
Pensyarah di Jabatan Fotografi & Pengimejan Kreatif, UiTM (2006-kini)
Pencapaian Tertinggi
Anugerah Siri Dokumentari Islam Terbaik (Jejak Rasul 1)
Pengalaman Dalam Videografi
21 Tahun
Bidang Kepakaran
Single Camera Production (SCP), Multi Camera Production (MCP) dan dokumentari video
Tugasan Menarik
Penggambaran Jejak Rasul, Penggambaran siri Majalah 3 dan Penggambaran berbagai siri Drama TV
Mesej dari Tojo:
“Untuk menjadi yang terbaik, bakat dan kepakaran yang dimiliki perlu dibajai dengan hormat menghormati, rasa rendah diri dan redha serta bersyukur kepada pemberian Allah.”

Saudara Tojo (memegang kamera) ketika tugasan di luar negara dengan TV3
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Kursus Videografi Digital (AVD), sila ke:
http://fototeacher.com/videography.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com


datang la beramai-ramai ke avd niE.. bkn sng nk dptkn ilmu dr org yg berpengalaman sperti beliau…
Rugi kalau tidak menghadiri kursus ini..beliau merupakan pensyarah saya dan beliau amat berilmu tinggi tentang videografi ini..beliau seorg pensyarah yg sgt sempoi!
ilmu yg beliau ade sgt bagus utk dikongsi bersama.sgt2 rugi kalau tidak hadir kursus ini dan beliau juga merupakan pensyarah saya….
betul2… rugi kalau anda lepaskan peluang ini, beliau memang hebat dalam bidang ini dan merupakan pensyarah yang sangat kelakar… hehe puji melambung nie…. (^_^) en.tojo mmg sempoi…..