July 29, 2009 Categorized under: Berita & Pengumuman, Sembang - 15 Comments

JAWATAN KOSONG DI ADAN CAMERAWORKS

Adan Cameraworks merupakan sebuah syarikat dinamik yang memberikan perkhidmatan fotografi dan videografi, khususnya dalam industri perkahwinan. Ditubuhkan pada tahun 2001, Adan Cameraworks kini mempunyai 6 orang staff sepenuh masa dan 15 orang staff sambilan yang terdiri dari jurugambar dan jurukamera video profesional. Dalam usaha untuk menampung perkembangan positif syarikat ini, kami dengan ini ingin membuka tawaran kepada individu yang berminat untuk jawatan berikut:

Sales Executive – 2 Kekosongan
(Bermula dari RM1,400 tidak termasuk komisen)
Berurusan dan membuat jualan dengan pelanggan berpotensi untuk pakej fotografi dan videografi perkahwinan. Turut terlibat secara minor dalam aktiviti pemasaran produk yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran jualan. Komisen menarik akan diberikan untuk jualan yang dibuat. Anggaran minimum komisen sebulan termasuk gaji – RM2,500.00
Kelayakan:
1)    Mempunyai kenderaan sendiri
2)    Berumur lebih dari 24 tahun dengan personaliti menarik
3)    Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang jualan
4)    Minat dalam industri fotografi perkahwinan
5)    Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris

Video Editor – 2 Kekosongan
(Bermula dari RM1,500)
Membuat suntingan video perkahwinan serta lain-lain proses sampingan yang terlibat.
Kelayakan:
1)    Mempunyai bakat semulajadi dalam bidang kreatif
2)    Minat mendalam dalam videografi perkahwinan
3)    Berdisiplin dan boleh menerima arahan dengan baik
4)    Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan suntingan video non-linear

Admin Executive – 1 Kekosongan
(Bermula dari RM1,400)
Melakukan kerja berkaitan pentadbiran, sumber manusia dan akaun
Kelayakan:
1)    Mempunyai kenderaan sendiri
2)    Memiliki sikap kerja semulajadi yang teliti dan kemahiran pengurusan secara sistematik
3)    Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan akaun dan pengurusan sumber manusia.
4)    Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

Kelebihan:
1)    Bekerja dalam syarikat bersaiz kecil yang berwawasan besar, peluang untuk mempelajari banyak bidang kemahiran, bukan sekadar satu skop kerja yang spesifik. Sesuai untuk anda yang ingin menimba berbagai kemahiran atau kepada mereka yang bercadang untuk membuka perniagaan sendiri.
2)    Tiada politik pejabat, anda bekerja dalam pasukan kecil yang kuat dan bekerja rapat dengan pemilik syarikat. Sebarang pencapaian anda akan dihargai sewajarnya. Bimbingan secara peribadi akan diberikan secukupnya untuk kemajuan setiap individu. Sesuai untuk anda yang tidak pandai mengampu bos, tetapi kuat bekerja dan ingin dihargai di atas prestasi kerja anda.
3)    Peluang untuk bertukar bidang atau naik pangkat. Kami mengutamakan minat dan kesungguhan dalam bidang kerja yang dilakukan. Kami sering membantu pekerja agar beliau hanya membuat kerja yang diminati sahaja. Tugas akan disesuaikan dengan minat pekerja.
4)    Lain-lain faedah standard seperti tanggungan kos perubatan, cuti tahunan, bonus, company trip, kenaikan pangkat, latihan kerjaya dan kenaikan gaji tahunan.

Kepada calon yang layak, sila hantarkan resume serta gambar berukuran paspot kepada e-mel: info@adan.biz . Resume juga boleh dihantar secara pos ke alamat: Adan Impresif Sdn. Bhd., C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Jangan lupa nyatakan sekali jawatan yang ingin dimohon.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di – http://www.adan.biz
Untuk pertanyaan, sila hubungi Puan Azida di – 03-91017144 atau 012-6020770.

15 Responses to “JAWATAN KOSONG DI ADAN CAMERAWORKS”

  1. noorly yusry says:

    saya ingin bertanya…saya seorang guru sek kerajaan sepenuh masa…bolehkah saya memohon salah satu jawatan yang dinyatakan di atas?

  2. abey says:

    macam mana nak jadi photographer sambilan kat sana…xde jawatan vacancy ke utk yg itu…he3

  3. man says:

    ade peluang x nk jd junior photographer kt cni..sy mmg berminat sgt tp xde pluang yg bsr..hope to hear from u’ll soon..

  4. lynz says:

    sy berminat dalam suntingan video dan photography,tapi x penah amik kursus pape pon,cm sy bekas penuntut graphic designer di cosmopoint.tue pun sampai sem 5 je,disebabkan kos yg tinggi,saya berhenti,,skang saya sbg kerani pengurusan di maju expressway dkt cheras.,ada x peluang pekerjaan untuk saya di adan,untuk pengetahuan tuan,saya juga peminat setia melihat gmbr2 yg diterbitkan dr adan,sejak majlis perkahwinan dato siti nurhaliza lagi,

  5. hasnuddin says:

    Kepada yang berminat untuk apply, boleh cuba walau tak berapa cukup syarat… mungkin kalau sesuai, kami akan panggil untuk temuduga. Untuk jawatan jurugambar dan jurukamera sambilan pun boleh dipertimbangkan. Hubungi Puan Azida di 03-91017144 untuk maklumat lanjut.

  6. Kapan lagi ne ada jawatan kosong fotografer seperti ni. Coba apply la sekarang juga.

  7. NASHRIN B. ABD. RANI says:

    BERMINAT MEMOHON JAWATAN JURUKAMERA SEPENUH MASA/JURUKAMERA SAMBILAN DI TEMPAT TUAN.MEMILIKI DIPLOMA PERFILEMAN DARI AKADEMI FILEM MALAYSIA,FINAS, PERNAH BERTUGAS SECARA KONTRAK DIRTM , UNIT SIARAN TVI SEBAGAI PEMBANTU SKRIP( SKRIP ASISTANT),MENYELIA TUGAS-TUGAS DIUNIT SIARAN TVI. MENGENDALIKAN KAMERA TV SEWAKTU MEMBUAT PROMO DAN KAPSUL UNTUK SIARAN TV 1.SEKARANG BUAT FREELANCE PRODUKSI UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN,DLL. TEL- O172525946

  8. Aznam Al-Hafiz B Aman Zainuddin says:

    sy mempunyai pengalaman sebagai photographer lbh dr 2 thn utk pelbagai majlis dan acara. saya berminat menyertai adan cameraworks. no. tel 017-2216646

  9. crew27 says:

    saya freelance cameraman berumur 32 tahun.pengalaman luas melebih 10 tahun dalam penyiaran tv kerajaan ataupun swasta. tel 019-6074701

  10. Didiyanto Eddie says:

    sya bkerja bhgian graphic design n sya mahir mggunakan software coreldraw13…berpegalaman slama 3thun dlm bidang ni…ermmm sya berminat skiranya d beri peluang bkerja d syarikat tuan…sya amat memerlukan kerja skrg ni..hubungi sya 013-3876017

  11. diera says:

    saya seorang juru gambar pre lance..saya ada pengalaman 1 tahun bekerja sendiri..saya juga baru sahaja tamat pengajian di KLMU dalam bidang computer in graphic design. saya mahir menggunakan photoshop serta illustrator..ada lagi tak kerja kosong ni??

  12. Zura says:

    Bru lepas tamat pengajian di unisel shah alam,dalam bidang diploma in fotografi.Juga mahir dalam photoshop serta ilustrator…….saya berminat bekerja di syarikat tuan..

  13. Jiman says:

    Salam 1 Malaysia untuk Tuan .. saya berminat dgn apa yang tuan promot tu, yg mana sya juga pnyai pengalaman dlm bidang Fotoghrapher dan video – brsmama ini saya beri no tel sya utk susulan tuan 010 5482074

  14. nizan says:

    saya seorg tentera tapi berminat dalam fotografi.. mcmana nak jdi jurufoto sambilan, boleh ker..ms sy bnyak terluang disebabkan studen xada
    017-7773507

  15. khaizen says:

    sy berminat mnyertai nya mcmna..baru nak belajar tapi ada sdikit kebolehan untuk sya ketengahkan

Leave a Reply