Interview dengan Jurugambar Fesyen dalam Berita Harian
Jurugambar yang dimaksudkan ialah saudara Bustamam Mokhtar yang pernah dijemput fototeacher.com untuk PHOTO TALK – FASHION PHOTOGRAPHY tidak lama dahulu. Petikan dari artikel yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian:
“MENGAMBIL gambar mungkin kerja mudah, tetapi menghasilkan gambar yang mampu berbicara atau memberikan impak sehingga dikagumi ramai bukanlah semudah seperti memetik jari. Namun, Bustamam Mokhtar, 38, sudah pun membuktikan setiap gambar yang dirakam di lensa kameranya mempunyai magis tersendiri.
Berpengalaman 13 tahun dalam bidang fotografi dan melalui kerja fesyen yang ditonjolkan, Bustamam boleh dikatakan antara jurugambar yang berjaya membina standard baru bagi majalah fesyen di Malaysia. Tiga daripada kulit sebuah majalah fesyen tempatan yang dihasilkannya berjaya memenangi anugerah emas dan perak bagi Magazine Publishers Association of Malaysia Awards.
Wajah terkenal yang pernah menjadi rakaman lensa Bustamam pula termasuklah, peragawati antarabangsa, Lin Tan; artis antarabangsa Michele Yeoh dan Anita Sarawak serta penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza…”
Untuk membaca artikel penuh, sila layari – http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Citra/20080423083208/Article/
Antara gambar rakaman Bustamam Mokhtar:



gambar anda memang nangis beb…..dan untuk berjaya memang memerlukan usaha…jom kita berhobi pula……!!.(miniture train..Marklin dari jerman..model keretapi kecil)