Ikram Ismail dalam FOTOINSPIRASI





Ikram Ismail, salah seorang jurugambar perkahwinan terbaik di Malaysia, akan bersama-sama kita dalam program seminar FOTOINSPIRASI yang akan diadakan pada 11 April 2009 di Hotel Cititel Mid Valley. Antara perkara yang akan dikongsikan oleh Ikram dalam program tersebut ialah:
Ikram Ismail akan berkongsi gambar-gambar perkahwinan rakaman beliau dan akan memberikan anda tips bagaimana untuk mendapatkan gambar-gambar sedemikian. Ikram Ismail telah menggabungkan 5 bidang fotografi ke dalam fotografi perkahwinan, iaitu – fashion photography, interior photography, product photography, photojournalism dan fine art photography.
Ikram akan membincangkan erti sebenar fotografi perkahwinan dan salah anggap jurugambar mengenai fotografi perkahwinan. Ikram akan turut membincangkan isu salah faham wedding photojournalism.
Untuk sesuatu tugasan merakam gambar perkahwinan, Ikram membawa 5 buah beg berisi peralatan fotografi! Beliau akan mendedahkan kepada anda, apakah peralatan yang sering beliau gunakan dan teknik penggunaannya. Peralatan inilah yang membuatkan beliau berbeza berbanding jurugambar lain.
Ikram akan mendedahkan cara pemasaran berkesan dan murah melalui word of mouth. Ketika jurugambar lain sibuk mempromosikan diri di media internet dan media cetak, Ikram tetap mendapat permintaan yang tinggi dengan teknik pemasarannya yang tersendiri. Beliau akan turut membincangkan mengenai kepentingan penampilan jurugambar, portfolio presentation serta kawalan kualiti.
Ikram akan menghuraikan kesilapan yang sering dilakukan oleh jurugambar yang terlalu terikat dengan teknologi peralatan kamera. Ikram akan menjelaskan keperluan dan bukan keperluan dari segi teknologi VR/IS, Full Frame Camera, High ISO with low noise, fast lens, ultra wide angle lens, super zoom lens dan sebagainya. Jangan terpedaya dengan teknologi.
Ikram akan berkongsi cara beliau belajar fotografi, mencari idea baru, membentuk karya dengan identiti tersendiri, mencipta teknik baru, melatih mata untuk melihat subjek dan memperbaiki kualiti gambar sendiri. Proses ini perlu dilakukan oleh anda semua ke arah membawa karya fotografi anda ke tahap yang lebih jauh.
Sesi soal jawab bersama Ikram Ismail
Selain dari Ikram Ismail, program FOTOINSPIRASI akan turut menampilkan jurugambar tersohor lain seperti Din Arshad (Advertising Photography), Bustamam Mokhtar (Fashion Photography) dan Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism).
Untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan pembayaran bagi menyertai program FOTOINSPIRASI, sila ke – http://www.fototeacher.com/fotoinspirasi.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155



salah seroang idola aku dlm fotografi perkahwinan nieh…
jumpa di sana nanti….
idola aku jugak ni..tak sbar nak jumpa bro ikram nnti,,
jumpa DISANAA