Diploma Fotografi (Part Time) SPACE UTM

Foto oleh: Dinarshad Studio
Pada hari Selasa lepas, satu sesi fotografi telah diadakan di Dinarshad Studio. Sesi fotografi ini bukan untuk shoot artis atau model, tetapi shoot gambar barisan tenaga pengajar untuk Program Diploma Fotografi yang akan diadakan oleh SPACE UTM (School of Professional and Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia) Peliklah juga rasanya bila jurufoto duduk di depan kamera dan berposing. Ada yang keras, ada yang tak boleh senyum, ada yang terlebih senyum, ada yang terlebih perut dan sebagainya. Sekali sekala, bolehlah…
Kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang fotografi secara sambilan ke peringkat diploma, bolehlah menyertai program ini. Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Dalam gambar di atas, berdiri dari kiri ialah: Munzir Fauzi, Din Arshad, Ted Adnan, Shamshahrin, Azam & Hasnuddin. Ada 2 orang lagi tenaga pengajar tidak ada di dalam gambar kerana ada urusan lain.
Hasnuddin


syabas cikgu-cikgu semua……
Hari tu jumpa En ted Adnan… tinggi betui…..
wah…really want to know details about dis course, fees, etc. really interested if affordable
mcmner untuk dptkan maklumat lanjut tentng pengajian ini…
Untuk maklumat lanjut program ni, kena tunggu pengumuman dari pihak SPACE UTM tidak lama lagi. Sebarang perkembangan akan saya umumkan di dalam blog ini.
plz email me 4 any new news!i nak dafter masuk program nie..tq!
menarik .. pls email me once the course has launched… tq
Salam
Bagus dan taniah kepada semua pensyarah, jangan lupa infom saya melalui email
haiiii………..
course yang dicari2 & harap berpeluang untuk melanjutkan study dalam bidang ini
macamana kalau saya nak apply & nak dapatkan maklumat lanjut lagi mengenai course ini
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila ke – http://sorient-edu.com/
mcm ne nk mohon course nie??
ape klyknny??
email r borg ke pe..
menarik ni….sy mint la plak…huhuh
Salam…
Cikgu Hasnuddin..kot2 saya terlepas..tolong update sat mengenai kursus Diploma ini..
sekian.
nak tnya boleh?
antara nikon & canon mana lg ok?
saya baru nak beli camera DSLR.
& kawan sya dh syorkan bli nikon D60.
okay ke?
Nabila, sila lihat artikel – http://www.fototeacher.com/blog/sembang/nikon-atau-canon/
Saya pun nak join kursus tolong inform…
salam sejahtera ,
saya rajen ingin belajar diploma fotografi (space utm)
tolong terangkan bila program diploma ini akan dibuka……….
salam sifu…
saya pun berminat nak join…mohon inform…tengkiu.
ada masa depan ke? sebab saya dapt tawaran dalam diploma teknologi fotografi.
macam macam org ckp nanti dh habis study tkda job la apelah.
keliru giler! tapi minat sangat bidang ni. hmm
Fotografi bukan satu bidang yang senang. Kalau rajin berusaha, saya rasa bidang apa pun boleh berikan kejayaan. Pastikan anda benar2 minati bidang ini dan sanggup kerja keras.
saya amat berminat dengan Diploma Fotografi (Part Time) SPACE UTM , boleh sekiranya cikgu2 terangkan cara-caranya dan dimana boleh saya mendapat maklumat
Sila hubungi http://www.sorient-edu.com/