February 25, 2008 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

DIKEHENDAKI – PENCERAMAH, TUTOR, PENULIS & EKSEKUTIF JUALAN

Salam,

Sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi fototeacher.com, kami sedang mencari individu yang berekelayakan untuk berkongsi kepakaran dengan kami. Bidang kemahiran yang diperlukan ialah:

  1. PENCERAMAH – Perlu mempunyai pengetahuan secara teori mengenai sebarang pengkhususan fotografi dan berkebolehan memberikan penyampaian yang berkesan. Akan ditugaskan sebagai penceramah utama atau pembantu kepada penceramah.
  2. TUTOR – Perlu mempunyai kemahiran praktikal dalam sebarang pengkhususan fotografi. Akan bertugas sebagai pembantu penceramah dalam latihan praktikal.
  3. PENULIS – Perlu mempunyai kemahiran menulis yang baik dalam masa yang sama, mempunyai pengetahuan dalam bidang fotografi. Khidmat diperlukan untuk membantu menulis artikel dalam blog fototeacher.com
  4. EKSEKUTIF JUALAN – Perlu ada kemahiran dalam bidang jualan. Akan bertugas untuk mempromosikan dan menjual produk fototeacher.com

Anda akan diberikan tugas secara kontrak dan akan dibayar mengikut jam/tugasan/komisen. Untuk yang berminat, sila ikuti arahan berikut:

  1. Hantar e-mel kepada fototeacher@gmail.com
  2. Pada tajuk e-mel, tuliskan – JOIN TEAM FOTOTEACHER
  3. Dalam e-mel, sila nyatakan:
  • Tugas yang ingin dimohon – Nyatakan – PENCERAMAH/TUTOR/PENULIS/EKSEKUTIF JUALAN
  • Nama penuh anda
  • Nombor telefon
  • Pendidikan formal, pengalaman dan pencapaian dalam fotografi (jika ada)
  • Portfolio anda (jika ada) sesuai dengan tugas yang dimohon. Jika mohon tugas sebagai penceramah/tutor, sila berikan bukti program yang anda pernah kendalikan. Untuk mohon tugas sebagai penulis, sila berikan contoh penulisan anda dalam bidang fotografi.
  • URL laman web anda
  • Lain-lain maklumat atau proposal bagi menyokong permohonan anda.

PENTING:

  1. Hanya permohonan yang mengikuti syarat-syarat di atas sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Kami tidak ada sebarang tawaran bayaran harga yang tertentu. Jumlah bayaran akan ditentukan berdasarkan perbincangan antara kedua-belah pihak.
  3. Hanya pemohon yang layak sahaja akan dihubungi.

TEAM FOTOTEACHER.COM

Leave a Reply