BENGKEL FOTOGRAFI SEMPENA PESTA PERKAHWINAN PUTRAJAYA

BENGKEL FOTOGRAFI – ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP)
Bengkel fotografi khas anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com, sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya.
Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya akan menaja kos utama untuk Bengkel Fotografi ini, anda cuma perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja!
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/BengkelFotografiPutrajaya.htm


nak join sgt2…tapi dah close..huk3
Saya rasa tarikh “BENGKEL FOTOGRAFI – ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP)” sama dengan tarikh “BENGKEL PORTABLE FLASH (BPF)” iaitu 29/03/2009, pengajar pun sama. Maaflah kalau saya tersilap….
Pada 29 Mac, Hasnuddin akan mengajar kedua-dua program BPF dan APP pada salah satu sesi pagi atau petang. Jurulatih yang turut mengajar BPF adalah Encik Kaharuddin Samad. Ini telah diberitahu dalam maklumat program BPF, Hasnuddin akan dibantu oleh Encik Kaharuddin Samad atau jurulatih lain dalam mengendalikan BPF. Terima kasih kerana bertanya. Harap maaf atas kekeliruan yang timbul.
kalau ad yg xdpt datang/kekosongan. sila masukkan nama sy ye. yang seminar 28hb da confirm p. tp rasa xlengkap plak kalau xdpt p yg 29hb. tq
bila lagi ada kursus ni?