Al Fatihah Untuk Tan Sri Nasimuddin
Negara kehilangan seorang tokoh besar usahawan bumiputra. Pengasas dan Pengerusi Kumpulan NAZA, Tan Sri S M Nasimuddin S M Amin telah meniggal dunia pada usia 53 tahun akibat barah paru-paru. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Khamis di Los Angeles, California, USA. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
P/S- Saya dan rakan-rakan jurugambar yang lain dari Adan pernah merakam gambar beliau bersama keluarga ketika Majlis Perkahwinan anak perempuannya satu ketika dulu. Bagi saya, semasa hayatnya, allahyarham adalah seorang yang baik hati dan merendah diri walaupun setelah mengecapi kejayaan yang besar.
Hasnuddin

