February 13, 2008 Categorized under: Berita & Pengumuman - No Comment

AFD di Miri, JB dan Penang.

Kami mendapat beberapa permintaan untuk mengadakan Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) di luar KL iaitu di Miri (Utk. peserta dari Sabah, Sarawak dan Brunei), JB (Utk. peserta dari Johor) dan Penang (Utk. peserta dari kawasan utara).

Kami bersedia untuk mengadakan kursus di tempat anda, tetapi kami perlukan sekurang-kurangnya 30 peserta bagi setiap kursus yang diadakan. Jadi, di sini, kami ingin membuat kaji selidik tentang berapa ramai sebenarnya peserta yang berminat untuk mengikuti kursus di Miri, JB atau di Penang.

Jika anda berminat, sila hantarkan e-mel kepada fototeacher@gmail.com dengan mengikuti format berikut:

1) Pada tajuk e-mel, sila tulis AFD LUAR KL
2) Dalam kandungan e-mel, sila berikan butiran berikut:

  • Nama penuh anda
  • Alamat
  • Nombor telefon

 

Sekiranya jumlah peserta mencukupi, insyaallah kami akan sampai ke tempat anda. Kami akan umumkan maklumat terperinci seperti lokasi dan tarikh sebaik sahaja kursus ini dilancarkan.

Sekian, terima kasih.

Hasnuddin

Leave a Reply