Sejarah Fotografi – Proses Daguerreotype
Sejarah Fotografi – Proses Daguerreotype
(sumber asal dari Neatorama, diterjemahkan secara bebas oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM)

Louis Daguerre pencipta proses ‘daguerreotype’
Walaupun ‘daguerreotype’ bukanlah teknik memproses foto (proses menjadikan imej dalam kamera dirakam sebagai foto yang kekal) yang pertama dicipta, namun ia adalah proses pertama yang dikomersialkan. Teknik yang digunakan sebelum ini memerlukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang baik dan kerana itu teknik yang digunakan sebelum ini tidak sesuai untuk merakam foto manusia.
Untuk merakam foto potret manusia dengan teknik ‘daguerreotype’ sebenarnya agak mencabar. Proses ini memerlukan masa dedahan (exposure) selama 15 minit dan kepala subjek tidak boleh bergerak walau sedikit pun bagi memastikan foto yang dihasilkan tajam (sharp) tanpa kesan gegaran. Untuk memastikan kepala subjek benar-benar kaku, kepala subjek ‘dipegang’ menggunakan sejenis pengapit kepala. (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas)
Wanita di dalam foto ini bernama Dorothy Catherine Draper, adik kepada Profesor John W. Draper, Universiti New York yang telah menjadi model wanita untuk ‘daguerreotype portrait’ yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1839. Beliau juga telah menjadi wanita pertama yang dirakam foto dengan matanya terbuka. Wanita di dalam foto ini juga terpaksa menyapu tepung di mukanya bagi menampakkan kontras.
Profesor John W. Draper adalah orang terawal Amerika yang cuba meniru eksperimen fotografi yang telah dijalankan oleh Louis Daguerre di Universiti New York pada tahun 1839. Beliau telah membina kameranya sendiri dan telah mengambil foto potret manusia yang pertama dalam 65 saat masa dedahan (exposure) di Amerika Syarikat.
LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com!
Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm






Dah lama lupa sejarah tu. Memang bagus baca post tu dan refesh sikit memory