Motorsport
Motorsport
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Fotografi motorsport selalu dikaitkan dengan lensa yang besar panjang, jenis yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan peminat fotografi amatur. Lensa sebegini bukan sahaja sangat mahal tetapi berat juga. Lagi pun kebanyakan pengguna lensa bazooka di litar lumba adalah jurugambar berita yang diberi akses untuk berada di kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh penonton biasa. Ini tidak bermakna amatur dengan kelengkapan dan akses terhad tidak boleh mendapatkan gambar yang elok.
Setiap kali saya ke SIC Sepang, saya akan menggunakan kit lens saya- Zuiko 40-150mm f/3.5-4.5. Dengan sistem 4/3, saya mendapat equivalent focal length 80-300mm yang mana sudah cukup untuk mendapatkan gambar dari main grand stand. Bagi mereka yang tak biasa mengambil gambar panning, seeloknya cuba dahulu dengan menggunakan shutter yang laju, sekitar 1/200s, supaya boleh merasai bagaimana menggerakkan badan ketika panning. Turunkan kelajuan shutter sedikit demi sedikit apabila anda telah selesa, biasanya sekitar 1/80 ke 1/125. Susah juga nak kata apakah shutter speed yang sesuai sebab kelajuan kereta sentiasa berbeza di setiap lokasi. Dalam mengambil foto sebegini, ada 3 perkara yang kita harus diberi perhatian:
1. Gambar harus menunjukkan kereta lumba dengan tulisan/logo penaja boleh dilihat jelas.
2. Latar belakar yang lembut (Soft) dan menampakkan kesan pergerakan.
3. Putaran roda kereta dapat dilihat.
Shutter speed yang terlalu tinggi akan mengakibatkan (2) dan (3) kelihatan kaku. Salah fokus dan panning yang tidak jitu mengakibatkan (1) tidak tercapai.
Gambar motorsport akan lebih bermakna jika ada unsur drama. Rasanya bila saya cakap tentang drama ramai yang membayangkan kereta berlanggar atau terbabas. Perkara sebegini jarang berlaku dan cukup sukar untuk dirakam biar pun berlaku di depan mata kerana anda perlu peka dan pantas menukar setting daripada panning kepada high shutter speed. Apa yang lebih mudah diperolehi ialah keadaan seperti aksi memotong, brek atau api pada ekzos. Aksi sebegini lebih mudah dijangka dan anda boleh mendapat hasil yang memuaskan setelah mencuba beberapa kali.


Jangan terlalu kedekut melepaskan shutter kerana untuk mahir teknik panning anda perlu berlatih secukupnya. Setiap kali saya ke SIC, saya akan mengambil tidak kurang daripada 1,000 frame sehari.
Harap anda boleh kongsikan pengalaman anda merakam gambar motorsport atau lain-lain acara sukan. Sila tuliskan pada ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM 2009. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam artikel ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak FOTOTEACHER.COM
Dapatkan artikel fotografi secara percuma, dihantar terus ke e-mel anda! SILA KLIK DI SINI.



good info. thanks!
salam
sbnrnya saye dah lame ikut perkembangan fototeacher ni
n seingat saye,ur main building kat cheras kan…?
tp tu bkn la soalan saye nk tanya
just curious…
pe kena mengena fototeacher ngan unisel…?
anyway thx 4 ur tips snap camera…
gua salute u’ll…
Faisal, kaitan UNISEL dengan FOTOTEACHER – UNISEL pernah bekerjasama dengan FOTOTEACHER dalam program FOTOINSPIRASI pada April lalu. Logo UNISEL dipaparkan dalam blog FOTOTEACHER sebagai perjanjian dengan mereka di atas kerjasama dalam program FOTOINSPIRASI. Logo-logo lain turut dipaparkan seperti Shashinki, Manggis dan lain-lain kerana mereka adalah sponsor atau rakan promosi program FOTOINSPIRASI.
salam… sy berminat utk menjadikn sukan bermotor sbg fokus kedua dlm fotografi slps perkahwinan… sy juga telah mndpt ruang luas utk shoot perlumbaan di SIC utk drag, melalui seorg kwn yg memilik pasukan drag.. mula2 sy ingat sy memerlukan sekurgnya 55-200mm telefoto… hajat nk memiliki juga 70-300mm…
persoalan:-
1- adakah lens nikkor 18-105mm VR juga sesuai digunakan?
2- bagaimana utk pencahayaan, perlu tembak flash secara terus ke? terutamanya utk pertandingan d waktu malam…
harap pertanyaan sy jelas & harap mndapat perkogsian idea dr saudara…
terima kasih…
Salam..
“Dengan sistem 4/3, saya mendapat equivalent focal length 80-300mm yang mana sudah cukup untuk mendapatkan gambar dari main grand stand.”
apa yg dimaksudkan dengan sistem 4/3 tu.. tolong beri penjelasan skit?..
Sistem 4/3 adalah sistem yg digunakan dalam DSLR Olympus, Panasonic dan Leica. Saiz sensornya yang lebih kecil berbanding sensor APS-C menyebabkan focal length multiplier adalah sebanyak 2x. Jadi lensa 40-150mm memberikan focal length 80-300mm pada piawai full frame 35mm.
Artikel lanjut ada di sini: http://www.fototeacher.com/blog/tips/sistem-four-third/
7.bro…saya budak baru belajar kalo salah tolong tunjukkan…apakah maksud teknik panning dan macamana hendak diaplikasikan teknik tersebut…jeles la tengok gambar kereta kat atas tu…facus kat keter…tapi blur kat background dia…bleh bagi tips skit tak?
Teknik panning adalah teknik merakam gambar menggunakan shutter speed perlahan sekitar 1/30 saat, merakam gambar subjek yang bergerak sambil kamera ikut bergerak selari dengan pergerakan subjek. Sukar diterangkan dalam perkataan. Perlu penjelasan face to face dengan jurugambar yang arif dan perlu latihan untuk mahir.