Kamera Obscura
Oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM
(Artikel diterjemahkan dari sumber asal di neatorama.com)
Sebelum bermulanya era fotografi moden, telah wujud teknik fotografi tradisional ataupun dikenali juga sebagai ‘Proto-Photography’. Teknik fotografi ini menggunakan alat yang dinamakan kamera ‘Obscura’ – dalam bahasa Latin bermaksud ‘Dark Room’. Ianya adalah sebuah bilik gelap ataupun sebuah kotak hitam yang mempunyai lubang kecil pada suatu dinding dan imej dari luar akan terbentuk terbalik di dinding yang bertentangan dan pelukis akan melukis semula imej yang terbentuk dengan menggantungkan kain kanvas pada dinding tersebut.
Alat kamera ‘Obscura’ telah dicipta oleh ahli pakar matematik, astronomi, dan fizik yang berugama Islam bernama Ibn al-Haitham atau lebih dikenali sebagai Alhazen pada 11 abad yang lalu di Mesir. Teknik dan teori kamera ‘Obscura’ ini telah digunapakai oleh saintis zaman lalu seperti Roger Bacon, Leonardo da Vinci, Johannes Kepler dan juga Athanasius Kircher.
Dapatkan artikel dan tips fotografi dihantar terus ke e-mel anda dengan melanggan newsletter percuma dari FOTOTEACHER.COM. Untuk melanggan, sila ke – http://fototeacher.com/subscribe.htm


