Rakaman Saya dengan ‘Compact Camera’ di London dan Paris
Rakaman Saya dengan ‘Compact Camera’ di London dan Paris
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Baru-baru ini, saya bersama isteri mengembara ke kota London dan Paris. Kami di sana selama 25 hari. Saya ingin kongsi sedikit gambar semasa saya berada di sana.
Bila mengembara, saya lebih selesa membawa peralatan kamera yang paling minima. Untuk itu, saya hanya membawa bersama sebuah kamera DSLR Nikon D200 dengan lensa 17-55mm f/2.8 dan sebuah kamera compact Canon G7. Jika ke tempat yang banyak subjek menarik, saya akan membawa bersama kamera DSLR yang agak berat itu. Namun, jika sekadar berjalan-jalan, saya cuma membawa kamera compact Canon G7.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda gambar-gambar yang saya rakam di London dan Paris menggunakan kamera compact Canon G7. Bagi saya, kamera ini sudah memadai untuk merakam gambar yang baik ketika saya mengembara. Apa yang penting ialah kefahaman asas teknikal fotografi dan kemahiran komposisi serta artistik. Gambar-gambar yang saya rakam ini bolehlah dikategorikan sebagai gambar Fine Art Photography atau Fotografi Seni Halus. Fine Art Photography adalah antara bidang pengkususan yang saya minati. Tanpa sebarang tekanan komersial, saya lebih bebas berkreatif dan menzahirkan apa yang saya rasa melalui gaya Fine Art Photography. Ianya memang memberi kepuasan.
Mungkin ada diantara anda yang tidak meminati gambar sebegini dan tidak dapat menghargai gambar berunsur Fine Art Photography. Gambar-gambar yang saya rakam ini pun tidaklah sebagus mana. Sekadar ingin berkongsi apa yang saya lihat melalui lensa kamera saya melalui kebebasan mengekspresi rasa.

Suasana malam di sebuah stesyen keretapi yang lengang di bandaraya Paris

Beg jenama Louis Vuitton diperagakan secara kreatif di sebuah kedai di kota London

Teksi klasik London yang telah dimodenkan, dirakam dengan latarbelakang bangunan baru berkaca yang membalikkan imej bangunan lama di London.

Keretapi METRO kota Paris dirakam sedang melepasi sebuah stesyen pada waktu malam. Siling mozek yang membalikkan cahaya lampu-lampu bulat ini telah menjadikan pemandangan stesyen ini lebih menarik.

Sebuah kedai menjual biola yang telah ditutup pada waktu malam. Dalam suasana gelap, masih boleh dilihat bentuk silhoutte biola yang dipamerkan di depan kedai. Lampu yang dipasang di dalam kedai pula telah menampakkan beberapa lagi biola yang dipamerkan di dalam kedai. Balikan cahaya langit pada pintu kaca pula menampakkan cahaya kebiruan pada waktu itu.

Seorang penduduk kota Paris sedang berjalan menuruni tangga ke stesyen keretapi METRO bawah tanah sambil melalui foto besar yang dipamerkan untuk pameran foto jalanan.

Seorang lelaki Perancis membawa anjingnya berjalan pada waktu senja berhampiran Notre Dame, Paris. Penduduk Paris memang terkenal dengan minat mereka memelihara anjing dan membawa anjing mereka bersiar-siar di sekitar kota Paris.
Harap anda suka menatap gambar-gambar yang telah saya pamerkan. Insyaallah, saya akan kongsikan lagi gambar-gambar dan cerita-cerita lain semasa pengembaraan saya ke London dan Paris.
P.S.: Dalam banyak-banyak gambar di atas, gambar yang mana satukah merupakan gambar kegemaran anda? (Jika ada) Harap, boleh berikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Lain-lain maklumat mengenai kamera Canon G7 – SILA KLIK DI SINI



#4. Papantanda dlm bahasa Perancis (mungkin?) memberitahu tempat di ambil. Warna hijau itu sangat menarik dan memberi kesan kesulruhan gambar.
se imbas antara teksi dan bangunan lama itu memang tiada perantaraan,kelok kelok pada bahagian atas menampakkan iaseolah olah ada kaca.Cahaya hijau di sekitar hentian keretapi itu cukup menarik adakah semua photo ini di rakam dengan Canon G7?
brilliant photos! saya suka gambar teksi dan bangunan yg menerima reflek dr bangunan lama. kesan pembalikan tu yang menarik minat saya. mungkin lepas ni saya akan perhatikan betul-betul kesan reflek pada cermin bangunan atau cermin kereta yang mungkin memberi efek yang menarik. hehe
Terima kasih. Yang seronok shoot pakai kamera compact ni, kita akan lebih fokus untuk mengutamakan faktor kreativiti berbanding teknikal sebab kawalan teknikal pada kamera ini amat simple.
Gambar kedai biola ni kalau tak di amati tentang pencahayaan nya maka terlepas pandang dan seorang photographer tak akan dapat rakam apa apa . Betul kata che din latih lah mata untuk shoot yg menarik . kesuluruhan gambar ini adalah menarik mungkin kalau tak diberitahu kamera compact mungkin ramai yg
akan menyangka ia nya adalah dari sebuah kemera DSLR .
Semua gambar ni sangat menarik esp gambar teksi,teknik yang sangat menarik.jika teknik yang tepat tidak perlu kamera yang hebat pun untuk menghasilkan gambar yang bermutu