Archive for March, 2010

March 29, 2010 Categorized under Artikel Teknikal, Tips

Flash – Biar Nampak Natural

Flash – Biar Nampak Natural
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.

Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.

Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flash yang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.

  1. Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
  2. Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flash mudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
  3. Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight crop agar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
  4. Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
  5. Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
  6. Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
  7. Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

figure-2a
Kilau pada sanggul agak mengganggu tumpuan pada gambar.

figure-2b
Kilau pada dinding boleh dielakkan dengan mengambil sudut yang berbeza.

SERTAI BENGKEL PORTABLE FLASH ANJURAN FOTOTEACHER. UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KLIK DI SINI
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel sales@fototeacher.com

March 23, 2010 Categorized under Tips

Kulat

Kulat
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

figure-3a

Antara musuh utama pemilik kamera ialah kulat (fungus). Kulat tumbuh diantara elemen lensa dan coating. Jika lensa anda sudah dijangkiti kulat, adalah satu perkara yang leceh untuk memulihkannya. Pembuangan kulat hanya dijalankan oleh profesional dan proses tersebut boleh mengakibat kesan sampingan yang tidak diingini seperti kerosakan pada coating dan focusing calibration.

Kulat membiak subur di tempat yang gelap, lembap dan pengudaraan yang tidak bergerak. Humidity (kelembapan) yang tinggi menggalakkan percambahan kulat daripada spora dan penumbuhannya yang pesat. Kesan kulat pada lensa boleh dilihat seperti kesan tompok atau jalur berbentuk akar. Oleh itu antara tabiat yang elok untuk mengurangkan risiko jangkitan kulat pada peralatan anda ialah dengan selalu membawanya keluar ke bawah matahari, dalam erti kata lain ialah menggunakannya dengan kerap. Peralatan yang disimpan terlalu lama dalam keadaan yang tidak sesuai tentunya mempunyai risiko kulat yang lebih tinggi.

Kebiasaannya humidity yang sesuai ialah di antara 35% hingga 45%. Jika terlalu rendah, ini akan menyebabkan pelincir di dalam komponen kamera atau lensa lebih cepat kering. Coating pada elemen lensa juga akan lebih senang merekah dan komponen getah (seperti grip) akan mengeras.

Cara mudah untuk menyimpan peralatan anda ialah dengan menggunakan tong kedap udara yang mengandungi gel silica atau penyahlembap (seperti Thirsty Hippo). Untuk mengetahui kadar kelembapan di dalam tong simpanan tersebut, anda boleh menggunakan hygrometer/hydrometer yang memaparkan suhu dan humidity. Cara yang lebih baik ialah dengan menyimpan peralatan anda di dalam dry cabinet yang mempunyai sistem kendalian suhu dan humidity secara otomatik. Sistem sebegini lebih berupa satu pelaburan untuk memastikan peralatan anda sentiasa berada dalam keadaan elok pada bila-bila masa ketika di dalam simpanan. Dry cabinet boleh didapati di kebanyakan kedai kamera terkemuka. Kami cadangkan anda beli dry cabinet ini secara online di – ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

figure-3b

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan! Sila ke – http://www.facebook.com/fototeacher

March 14, 2010 Categorized under Report BAP

Report – Bengkel Asas Photoshop 6 Mac 2010

groupphotobap6mac2010small

Gambar peserta Bengkel Asas Photoshop (BAP) yang telah diadakan pada 6 Mac 2010. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas di dalam saiz besar, sila muat turun DI SINI

Kepada yang berminat untuk mengikuti program latihan anjuran FOTOTEACHER, SILA KLIK DI SINI

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus fotografi, sila hubungi kami di 03-91017155 atau e-mel sales@fototeacher.com

March 11, 2010 Categorized under Review, video

‘Reflector’ Canggih

SUN-MOVER adalah reflector pertama yang boleh memfokus cahaya yang dipantulkan. Untuk melihat kesannya, sila tonton video di atas.

Kepada anda yang berminat untuk mempelajari asas pencahayaan, anda boleh hadir ke BENGKEL PORTABLE FLASH yang akan diadakan pada 28 Mac 2010. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

March 9, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman

Kursus Fotografi di Kuching Sarawak

posterafdk

Di atas permintaan ramai, FOTOTEACHER akan mengadakan Kursus Asas Fotografi Digital di Kuching, Sarawak (AFDK) pada 22-23 Mei 2010. Dapatkan harga diskaun istimewa jika anda membuat bayaran awal. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI.

Anda boleh menghubungi kami di 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

March 8, 2010 Categorized under Tips

HABUK DAN FOTOGRAFI

HABUK DAN FOTOGRAFI
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

figure-4a

Kesan habuk yang melekat pada sensor kamera DSLR adalah perkara yang sangat melecehkan. Dalam imej yang dirakam, habuk akan kelihatan seperti tompokan kelabu pada lokasi yang sama untuk semua imej yang dirakam. Walaupun dalam sesetengah kes kita boleh membuang tompokan tersebut daripada imej dengan menggunakan perisian seperti Photoshop, ia adalah satu kerja yang leceh. Lebih sakit hati jika kita hanya sedar sensor berhabuk selepas melengkapkan tugasan dengan ratusan imej telah dirakam.

Hampir semua model kamera DSLR yang dikeluarkan selepas tahun 2008 mempunyai sistem anti-dust yang mengurangkan risiko habuk. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan, contohnya Olympus mengguna sistem SSWF yang merupakan penyaring habuk yang bergetar pada kelajuan supersonik setiap kali kamera dihidupkan. Sebagai pelopor dalam teknologi anti-dust, SSWF diakui sebagai sistem yang paling berkesan. Sony pula menggunakan teknik lain iaitu dengan menggegarkan sensor pada frekuensi yang rendah untuk menanggalkan habuk yang terlekat. Nikon pula menggetarkan low pass filter yang terletak di hadapan sensor sebagai teknik membuang habuk.

Walaupun kamera anda mempunyai sistem anti-dust, ini bukan bermakna ia 100% kebal dari habuk. Tabiat penggunaan peralatan yang baik boleh mengurangkan risiko habuk daripada terlekat pada sensor. Sudah tentu habuk hanya masuk apabila kita menukar lensa. Berikut adalah tips yang saya cadangkan untuk mengurangkan risiko habuk.

  1. Jangan tukar lensa di dalam keadaan yang berhabuk.
  2. Gantung tali kamera di leher dan tukar lensa dalam keadaan sensor menghadap ke bawah. Dengan ini tiada habuk yang jatuh dari atas dan masuk ke dalam kamera.
  3. Tukar lensa sepantas mungkin. Pastikan penutup belakang lensa telah dilonggarkan sebelum mencabut lensa yang terpasang di kamera.
  4. Tahan nafas ketika menukar lensa dan jangan sama sekali menghisap rokok semasa menukar lensa.

Jika sensor anda sudah dicemari habuk, anda boleh mencucinya dengan kit yang boleh didapati di kedai kamera atau hantar sahaja ke pusat servis yang bertauliah.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan! Sila ke – http://www.facebook.com/fototeacher

March 7, 2010 Categorized under Report KFP

Report – Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) 21 Februari 2010

groupphotokfp21feb2010small
Gambar peserta Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) yang telah diadakan pada 21 Februari 2010. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas di dalam saiz besar, sila muat turun DI SINI

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus fotografi, sila hubungi kami di 03-91017155 atau e-mel sales@fototeacher.com

March 5, 2010 Categorized under Review, video

Video mengenai Lensbaby


Lensbaby adalah lensa unik yang boleh menjadikan foto anda lebih menarik dimana hanya sebahagian foto sahaja akan kelihatan tajam (sharp/in-focus) manakala bahagian lain akan kelihatan kabur. Anda boleh mengawal kawasan kabur dan tahap kekaburan ini mengikut citarasa dan daya kreativiti anda. Lensbaby ini boleh dibeli secara online di sini – ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Shashinki adalah ‘kedai’ menjual peralatan kamera secara online yang pertama di Malaysia. Anda boleh membuat bayaran secara online dan produk yang dipesan akan dihantar terus ke rumah anda! Kami sendiri pernah beberapa kali membeli peralatan fotografi dari Shashinki. Setakat ini, perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan.

Untuk membeli Lensbaby atau lain-lain peralatan fotografi, sila klik -ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Untuk maklumat lanjut mengenai Lensbaby, SILA KLIK DI SINI

lensbaby

March 1, 2010 Categorized under Report KFP

Report – Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) 20 Februari 2010

groupphotokfp20feb2010small
Gambar peserta Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) yang telah diadakan pada 20 Februari 2010. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas di dalam saiz besar, sila muat turun DI SINI

Kepada yang berminat untuk mengikuti program latihan anjuran FOTOTEACHER, sila klik di sini