Archive for January, 2010

January 28, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman

Harga Diskaun untuk Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

jimbocamera.jpg
Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER akan diadakan lagi pada 3-4 April 2010.
Dapatkan harga istimewa, cuma bayar RM690 seorang (harga biasa RM850) untuk diskaun early bird jika anda membuat bayaran penuh sebelum 17 Februari 2010.

Lain-lain harga diskaun juga ditawarkan. Sila lihat maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 / 012-6020770 atau e-mel kepada fototeacher@gmail.com

Kepada yang berminat, sila buat pendaftaran dan bayaran dengan segera kerana Kursus AFD ini biasanya akan penuh dalam masa yang singkat.

Team FOTOTEACHER.COM

January 27, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman

Harga Diskaun untuk Bengkel Asas Photoshop

photoshop1.jpg
Bengkel Asas Photoshop (BAP) anjuran FOTOTEACHER akan diadakan pada 6 Mac 2010. Dapatkan harga istimewa, cuma bayar RM500 seorang (harga biasa RM600) untuk diskaun early bird jika anda membuat bayaran penuh sebelum 4 Februari 2010.

Sila lihat maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/photoshop.htm

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 / 012-6020770 atau e-mel kepada fototeacher@gmail.com

Team FOTOTEACHER.COM

January 26, 2010 Categorized under Fikiran

UPGRADE

UPGRADE
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Saya ada terpandang iklan yang mana seorang pemilik kamera DSLR ingin menjual kamera yang baru dibeli sebulan yang lalu. Katanya dia ingin menukar ke model yang lebih canggih kerana kamera yang dibeli tidak memuaskan. Ada dua persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika membaca iklan tersebut:

  1. Kenapa sebelum beli tak periksa betul-betul keperluan dan ciri-ciri kamera tersebut?
  2. Apa kurangnya kamera DSLR yang telah dimiliki?

Tentunya pada fikiran kita, sebelum mengeluarkan wang beribu ringgit untuk menceburi hobi yang baru, kajian yang mencukupi harus dilakukan supaya perbelanjaan itu tidak sia-sia. Terdapat banyak ulasan di internet tentang setiap model kamera DSLR yang ada di pasaran dan ada juga ulasan yang menunjukkan perbandingan antara beberapa model dalam kelas yang sama. Tidak kurang juga forum dan blog tempatan yang memaparkan perbincangan oleh pengguna model-model kamera DSLR terbabit yang mana kita boleh melihat sebarang kepincangan dalam model tersebut. Mungkin ada faktor yang kita terlepas pandang tetapi jika baru sebulan sudah tak puas hati, ini bukannya faktor kecil.

Perkara kedua lebih menarik minat saya kerana pada pandangan saya, semua kamera DSLR sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis fotografi terutamanya untuk mereka yang baru berjinak dengan hobi ini. Model yang paling daif pun sekurang-kurangnya mampu untuk dipasang dengan lensa telefoto, ultra wide angle dan macro. Beberapa model bawahan Nikon seperti D3000 tidak mempunyai AF motor dan ini menghadkan lensa yang boleh dimanafaatkan sepenuhnya tetapi perkara ini sewajarnya telah diambil kira dalam soalan yang pertama.

Teknologi kamera digital berkembang dengan sangat pesat. Apa yang kita guna hari ini mungkin akan ketinggalan zaman hanya dalam 3 atau 4 tahun akan datang. Jika kita membiarkan diri sendiri terpengaruh untuk mengejar setiap model baru yang dikeluarkan, kita akan terus berasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada. Jika foto yang kita rakam tidak secantik apa yang dirakam oleh rakan kita, cuba lihat jika kita boleh memperbaiki karya kita tanpa melibatkan upgrade atau penukaran sistem kamera. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti giat berlatih, mendampingi pakar, menghadiri kursus dan melakukan banyak eksperimen.

Sudah tentu model yang baru lebih baik daripada yang lama. Tetapi persoalannya adakah kemahiran kita sudah sampai ke tahap yang mana menggunakan kamera yang lebih canggih boleh membawa perubahan?

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Untuk menghadiri kursus fotografi, sila layari – http://www.fototeacher.com

January 21, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Review, TANYA HASNUDDIN

Fotografi Makro Labah-Labah dalam ntv7

amironntv7

Amir Ridhwan (salah seorang penulis blog FOTOTEACHER) bercakap mengenai fotografi makro labah-labah di ntv7. Sila tonton ‘The Breakfast Show 21 Januari 2010′ di – http://www.ntv7.com.my

January 20, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman

Kursus AFD Terakhir Dengan Harga Lama

Untuk makluman anda, Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang akan diadakan pada 23-24 Januari 2010 ini telah ditutup untuk pendaftaran kerana semua tempat telah dipenuhi sejak 2 minggu yang lalu. Namun, bagi memenuhi permintaan ramai, kami dengan sukacitanya akan mengadakan satu lagi kursus AFD pada 6-7 Februari 2010. Diharap kepada yang berminat dapat membuat pendaftaran segera.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa, kursus AFD pada 6-7 Februari 2010 ini adalah kursus AFD terakhir yang akan mengenakan harga lama. Kursus AFD seterusnya yang akan diadakan pada selepas bulan Mei akan mengenakan harga baru yang sedikit lebih tinggi.

Kursus AFD dengan harga sekarang ini telah kami kekalkan harganya sejak tahun 2007 walaupun telah berlaku beberapa kali kenaikan kos operasi. Namun, dengan kenaikan harga selepas ini nanti, kami turut akan memberikan beberapa nilai tambah kepada kursus ini bagi menjadikannya lebih berkualiti dan bagi menjamin kepuasan para peserta.

Jadi, kepada yang berminat untuk hadir kursus AFD kali ini, bertindaklah sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri kursus AFD pada 6-7 Februari 2010 sebelum harga dinaikkan selepas ini. Satu perkara lagi, jika anda tidak hadir kursus AFD pada 6-7 Februari 2010 ini, anda terpaksa menunggu lebih lama untuk kursus seterusnya yang hanya akan diadakan pada bulan Mei 2010. Tempat terhad, SILA BUAT PENDAFTARAN SEKARANG.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 atau 012-6020770 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

January 16, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Report BLF

REPORT – BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI

0011
Foto terbaik bagi kategori potret dan still life hasil karya peserta Bengkel Lanjutan Fotografi

002
Foto terbaik kategori scene dan aksi hasil karya peserta Bengkel Lanjutan Fotografi

0031
Hasil kerja peserta secara berkumpulan untuk pembelajaran pencahayaan kreatif dengan bimbingan dari jurulatih

004
Karya foto peserta menunjukkan kemajuan dibandingkan dengan foto semasa awal program dan foto semasa akhir program

0051
Antara sesi pembelajaran dan latihan praktikal di dalam dan di luar kelas

groupphotoblfdis09small
Gambar peserta, jurulatih dan pembantu jurulatih untuk  Bengkel Lanjutan Fotografi 19-21 Disember 2009. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas di dalam saiz yang lebih besar, sila muat turun di sini

REPORT – BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI

Pada 19-21 Disember 2009 yang lalu, FOTOTEACHER.COM telah mengadakan sebuah bengkel yang julung-julung kalinya diadakan yang diberi nama Bengkel Lanjutan Fotografi. Program yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ini cuma diadakan setahun sekali khas untuk peminat fotografi yang ingin mempelajari fotografi pada tahap yang lebih tinggi.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan kemahiran kepada peserta agar dapat menghasilkan foto yang berkualiti dari segi teknikal dan kreativiti. Perbagai subjek telah diajar; diantaranya ialah perancangan, perkembangan idea, mengaplikasikan elements of design, kawalan teknikal fotografi, pencahayaan, arahan kreatif, komposisi dan sebagainya.

Namun, apa yang lebih menarik mengenai bengkel ini ialah, peserta diberikan bimbingan rapat oleh jurulatih dengan 70% masa digunakan untuk sesi praktikal. Semua peserta telah terbukti menunjukkan perkembangan di dalam penghasilan foto yang berkualiti pada akhir program ini.

Selain dari itu, para peserta, jurulatih dan krew telah melalui masa yang menyeronokkan dan penuh dengan kenangan manis dengan sama-sama belajar, berkongsi idea dan menjayakan projek-projek yang ditugaskan di sepanjang program 3 hari 2 malam ini.

Bengkel Lanjutan Fotografi akan diadakan lagi pada tahun ini. Sekiranya anda berminat untuk hadir, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pra-pendaftaran DI SINI.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 atau 012-6020770.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

January 14, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman

Pameran Fotografi oleh Pensyarah Seni

pdfposterfasa
Satu pameran fotografi sedang berlangsung dari 7-21 Januari 2010 di Galeri Shah Alam yang menampilkan karya foto oleh pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM. Pameran yang diberi nama FASA 2010 ini dibuka untuk kunjungan dari jam 8.30 pagi – 5.30 petang. Anda semua dijemput hadir.

January 12, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman, Gambar

BUSTAMAM MOKHTAR – DARI PARIS

bustamamparis1

bustamamparis21

bustamamparis3
Baru-baru ini, saya sempat bertemu dengan Bustamam Mokhtar, salah seorang jurufoto fesyen yang tersohor di Malaysia. Selain dari berbincang mengenai dunia fotografi, beliau nampak begitu teruja sekali menceritakan pengalaman beliau ketika merakam foto di Paris untuk majalah GLAM dan amat berpuas hati dengan karya yang terhasil. Tambah menggembirakan lagi, beliau telah berkesempatan bertemu dengan jurufoto fesyen terkenal Patrick Dermachelier dan Mario Testino, yang telah menjadi idola beliau sejak lama dahulu. Setelah saya membelek majalah GLAM yang dimaksudkan, saya tumpang berbangga dengan pencapaian beliau yang sungguh menakjubkan.

Untuk melihat hasil karya Bustamam di Paris, sila dapatkan majalah GLAM keluaran Januari 2010!

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

January 6, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman

Siapa Anda?

Rakan-rakan peminat fotografi yang dihormati sekelian,

Kami di FOTOTEACHER telah memberikan komitmen berterusan dalam memastikan blog ini dikemaskini dengan kerap. Sejak tahun 2008, kami telah merekodkan kekerapan kemaskini blog ini dengan purata 1 entry setiap minggu. Alhamdulillah, pengunjung blog ini terus meningkat setiap hari. Mengikut statistik terbaru yang kami perolehi, secara purata, blog ini dikunjungi oleh 400 orang pelawat setiap hari. Tetapi, dari statistik ini, kami tetap tidak dapat tahu siapa anda sebenarnya!

Jadi, untuk kali ini, kami benar-benar ingin tahu:

  1. Nama anda dan dimana anda menetap
  2. Latarbelakang anda – adakah anda bekas peserta program FOTOTEACHER, peminat fotografi baru, jurufoto berpengalaman dan sebagainya
  3. Apakah yang anda suka mengenai blog ini dan apakah cadangan anda untuk memperbaiki blog ini.

Jika anda telah mendapat manfaat dari blog ini dan ingin ianya terus diperbaiki, harap anda dapat berikan maklum balas mengenai perkara seperti yang dinyatakan di atas. Sila tulis di dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.

January 2, 2010 Categorized under Artikel Kreativiti, Gambar, Inspirasi & Motivasi

Jurufoto Wanita – Amie Vitale

amivitale_about
Amy Vitale

Sekarang ini, kita lihat semakin ramai kaum wanita terlibat dalam bidang fotografi samada sebagai hobi atau kerjaya. Jurufoto wanita mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Dunia fotografi telah jadi lebih meriah dengan penyertaan dari kaum hawa ini.

Jadi, untuk kaum wanita di luar sana, saya dedikasikan entry kali ini untuk anda! Saya ingin memperkenalkan seorang jurufoto wanita yang hebat – Amie Vitale. Beliau yang telah banyak memenangi anugerah fotografi antarabangsa turut merupakan salah seorang jurufoto untuk majalah berprestij – National Geographic. Di bawah ini adalah hasil karya beliau yang diharap dapat memberikan inspirasi kepada anda, terutamanya jurufoto wanita di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Amie Vitale di – http://www.amivitale.com

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

amie1

amie2

amie3

amie4

amie5

amie6

amie7

amie8

amie9

Semua foto adalah hakcipta Ami Vitale