Archive for December, 2009

December 29, 2009 Categorized under Tips

Membawa Kamera di dalam Penerbangan

airasiaflight
Sumber foto dari – http://www.flickr.com/photos/airasia

Membawa Kamera di dalam Penerbangan
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Apabila anda ingin membawa peralatan kamera bersama-sama anda di dalam penerbangan. Sebolehnya, bawalah kamera anda secara hand-carry iaitu dibawa bersama dengan anda ke dalam kapal terbang, bukan secara checked-in luggage iaitu disimpan di tempat penyimpanan barang di dalam perut kapal terbang. Ini kerana, kamera yang dibawa melalui checked-in luggage lebih berisiko untuk rosak atau hilang.

Apabila anda memasukkan beg kamera anda melalui checked-in luggage, tiada jaminan beg kamera anda akan dikendalikan dengan cermat walaupun anda menampal sticker ‘fragile’ disekeliling beg anda. Kamera adalah barang yang mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan cermat. Jadi anda tidak harus mengambil risiko ini. Bagaimana pula jika anda letakkan kamera anda di dalam beg keras yang tahan lasak dan dimasukkan melalui checked-in luggage? Dengan cara ini, peralatan kamera anda mungkin akan selamat dari kerosakan, tetapi, ianya tetap berisiko untuk dicuri oleh pekerja yang mengendalikan bagasi anda! Memang terdapat banyak kes kecurian terhadap barang berharga milik penumpang yang dimasukkan ke checked-in luggage. Jika anda benar-benar terpaksa memasukkan beg berisi kamera melalui checked-in luggage, pastikan beg anda berkunci dan tidak mudah dipecahkan atau ditebuk.

Untuk ke sesuatu destinasi, biasanya anda akan membawa 2-3 beg bersama anda. Anda boleh masukkan beg pakaian dan lain-lain barang kurang berharga melalui checked-in luggage. Kumpulkan semua barang berharga dengan kamera anda dan bawa bersama secara hand-carry ke dalam pesawat. Tetapi, pastikan beg yang anda bawa bersama secara hand-carry tidak melebihi saiz dengan dimensi 56cm X 36cm X 23cm. Beg ini juga mestilah boleh muat dimasukkan dalam ruang penyimpanan barang di atas tempat duduk di dalam pesawat. Beg ini juga mestilah muat diletakkan di bawah tempat duduk di bahagian depan kaki anda.

Ketika artikel ini ditulis, Air Asia membenarkan satu bagasi hand-carry tidak melebihi 7kg dibawa bersama anda manakala Malaysia Airlines membenarkan satu bagasi hand-carry tidak melebihi 5kg bagi penumpang Kelas Ekonomi disamping anda dibenarkan untuk membawa aksesori lain bersama anda seperti beg tangan dan kamera yang disandang. Untuk penumpang First Class dan Business Class untuk Malaysia Airlines, penumpang dibenarkan untuk membawa 2 bagasi yang beratnya tidak lebih 5kg setiap satu. Namun, peraturan ini biasanya tidak begitu ketat bergantung kepada budi bicara petugas pada waktu itu. Adakalanya penumpang Kelas Ekonomi dibiarkan membawa 2 bagasi secara hand-carry dan tanpa menimbang berat setiap bagasi yang dibawa. Tetapi, sebaiknya, patuhilah peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat terbaru dan paling tepat, anda perlulah mendapatkan maklumat mengenai saiz dan berat bagasi hand-carry dari syarikat penerbangan yang akan anda gunakan. Tetapi, apa yang penting ialah – pastikan anda membawa peralatan kamera anda secara hand-carry ke dalam pesawat.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan!
FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too

December 26, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman, Review, Sembang, TANYA HASNUDDIN, video

Harga Diskaun untuk Kursus Fotografi Perkahwinan

portfoliohasnuddinforkfpsmall
Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) yang dinanti-nantikan akan diadakan pada 20 Februari 2010.  Kursus ini akan disampaikan oleh Hasnuddin Abu Samah, pengasas Adan Cameraworks yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun di dalam fotografi perkahwinan. Beliau bukan sahaja akan berkongsi pengalaman mengenai teknik fotografi, malah beliau akan turut mendedahkan berbagai maklumat penting mengenai cara menjana keuntungan dari bidang ini. Disebabkan keunikannya, kursus ini hanya akan diadakan 2 kali setahun. Jika anda berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

TAWARAN HARGA DISKAUN!

Yuran penyertaan untuk kursus ini adalah RM600 seorang. Tetapi, jika anda membuat bayaran sebelum 7 Januari 2010, anda cuma perlu bayar RM480 sahaja! (Jimat RM120) Jangan tunggu hingga saat akhir, buat bayaran segera bagi merebut peluang ini. Tempat terhad untuk 20 orang peserta sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari http://fototeacher.com/kfp.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

p.s. – Kami juga menawarkan harga diskaun untuk pelajar, bekas peserta kursus FOTOTEACHER, peserta luar kawasan Kuala Lumpur, peserta berkumpulan, ibu tunggal, pesara dan OKU.

TEAM FOTOTEACHER.COM

December 24, 2009 Categorized under Report - Kursus Fotografi Khas, Report FMR

Kursus Fotografi Majlis Rasmi Khas untuk STRIDE

groupphotofmrforstride09small
FOTOTEACHER telah mengadakan Kursus Fotografi Majlis Rasmi khas untuk staf STRIDE pada 17 Disember 2009. Terima kasih kepada pihak STRIDE kerana sudi menjemput kami mengadakan kursus di tempat mereka. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila download di sini.

Untuk pertanyaan mengenai kursus fotografi anjuran FOTOTEACHER, sila hubungi 03-91017155 atau 012-6020770. Sila hantarkan e-mel kepada fototeacher@gmail.com atau layari laman web kami – www.fototeacher.com

December 22, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman, Report - Kursus Fotografi Khas, Report BAP

Bengkel Asas Photoshop Khas untuk Staf Petronas

groupphotobappetronas09small

Pada 9 Disember 2009 yang lalu, FOTOTEACHER telah mengendalikan Bengkel Asas Photoshop Khas untuk Staf Petronas. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Petronas kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan bengkel ini. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas di dalam saiz besar, sila download di sini.

Kepada yang berminat untuk menjemput FOTOTEACHER mengadakan kursus khas di tempat mereka, sila hubungi FOTOTEACHER di 03-91017155 atau 012-6020770. Boleh juga hantarkan e-mel pertanyaan kepada kami di – fototeacher@gmail.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus fotografi anjuran FOTOTEACHER, sila layari – http://www.fototeacher.com

December 21, 2009 Categorized under Gambar, Inspirasi & Motivasi

Kompilasi Foto-Foto ‘Fine Art’

Kepada anda yang gemarkan foto yang berunsur seni halus atau fine art, anda boleh lihat kompilasi foto-foto sebegini di blog http://sikym.blogspot.com Berikut ini adalah petikan beberapa foto dari blog berkenaan:
sikyma2

sikyma3

sikyma4

sikyma5

sikyma6

Lihat lebih banyak foto di – http://sikym.blogspot.com

December 17, 2009 Categorized under Artikel Teknikal, Review, Sembang, Tips

Lensa Yang Sesuai Untuk Anda

nikkorlens

Lensa Yang Sesuai Untuk Anda
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

“Apakah lensa yang terbaik patut saya beli?” – Ini adalah salah satu soalan yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini dengan tepat. Lensa yang terbaik untuk anda bergantung kepada bajet dan keperluan fotografi anda. Terdapat berpuluh jenis lensa di pasaran bagi setiap jenama. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Untuk mengetahui apakah lensa yang patut anda beli, pertama sekali anda perlu tahu, subjek apakah yang paling banyak anda rakam. Adakah anda banyak merakam foto pemandangan atau potret atau aksi sukan dan sebagainya.

Berikut ini saya senaraikan beberapa jenis lensa (mengikut focal length berdasarkan crop factor 1.5X) berdasarkan kesesuaian merakam subjek tertentu.

  1. Lensa sekitar 12mm–18mm sesuai untuk merakam gambar landscape atau architechture
  2. Lensa sekitar 50mm–80mm sesuai untuk merakam gambar potret
  3. Lensa macro sekitar 60mm-105mm sesuai untuk merakam gambar bunga atau serangga dari jarak dekat
  4. Lensa sekitar 200–400mm sesuai untuk merakam foto sukan atau hidupan liar

Selain dari itu, anda perlu tetapkan berapakah bajet anda untuk membeli lensa yang anda perlukan. Jika ditanya apakah lensa apakah yang terbaik untuk dibeli, jawapan mudahnya tentulah lensa yang paling mahal adalah lensa yang paling berkualiti bagi setiap kategori lensa tertentu. Biasanya, lensa yang mahal adalah lensa yang berkebolehan memberikan bukaan aperture maksima yang besar seperti f/2.8. Lensa yang berkualiti juga biasanya ada kelebihan istimewa lain seperti VR atau IS bagi mengurangkan risiko gegaran pada foto. Jika anda tidak mampu atau rasakan kelebihan yang ditawarkan tidak begitu bermanfaat untuk anda, anda boleh beli lensa tanpa ciri-ciri ini dengan harga yang jauh lebih murah.

Sekiranya anda seorang beginners yang suka merakam subjek biasa yang ada di sekeliling anda, penggunaan kit lens sudah memadai. Anda tidak perlu terburu-buru untuk membeli lensa tambahan. Berikan sedikit masa untuk anda lihat kecenderungan anda di dalam fotografi. Selepas beberapa bulan dan setelah mengenal pasti bidang pengkhususan anda di dalam fotografi, barulah anda perlu beli lensa tambahan.

Ada orang yang lebih cenderung merakam foto potret, ada yang cenderung merakam foto pemandangan dan ada yang cenderung merakam foto objek mikro sahaja. Setelah mengenal pasti kecenderungan anda, sesuailah jika anda beli lensa berkualti (mahal) yang khusus untuk melakukan kerja mengikut kecenderungan anda. Dengan ini, pelaburan anda akan mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lensa yang dibeli digunakan sepenuhnya dan mampu membawa anda lebih jauh dalam penghasilan karya yang berkualiti.

Seseorang yang kerap merakam objek mikro misalnya perlu membeli lensa macro berkualiti tinggi yang berharga sekitar RM3,000. Manakala seseorang yang lebih minat merakam foto hidupan liar perlu membeli lensa bersesuaian yang berkualiti seperti lensa 300mm f/2.8 yang berharga sekitar RM18,000 jika dia mampu dan sanggup berbelanja.

Nasihat saya, sebelum membeli sebarang jenis lensa tambahan, buatlah pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan kawan-kawan. Adalah tidak wajar dari segi kewangan untuk membeli lensa baru sekadar untuk menunjuk-nunjuk, sekadar untuk mengikut perkembangan teknologi atau sekadar ingin kelihatan setaraf dengan rakan-rakan lain. Sebelum membeli sesuatu lensa tambahan, pastikan gambar yang bagaimanakah yang ingin anda dapatkan dan pastikan samada lensa yang bakal anda beli itu betul-betul boleh memberikan apa yang anda harapkan. Pastikan juga anda akan menggunakan lensa yang dibeli itu ke tahap maksima. Anda tidak perlu beli lensa yang berkualiti tinggi jika anda jarang-jarang menggunakan lensa tersebut. Untuk lensa yang jarang digunakan, anda boleh beli lensa yang lebih murah, lensa terpakai atau pinjam sahaja dari rakan-rakan.

Untuk lebih memahami mengenai lensa dan kaitannya dengan focal length, angle of view, perspective dan depth-of-field, saya cadangkan supaya anda hadir ke Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER.COM

Untuk melihat harga dan membeli berbagai jenis lensa yang terbaru di pasaran, saya cadangkan anda layari laman web ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

December 13, 2009 Categorized under Tips, video

Peralatan Penting untuk Jurufoto Profesional

Di dalam video ini, Greg Hren – seorang jurufoto komersial menerangkan mengenai peralatan dan aksesori kamera yang sering beliau bawa ketika bertugas. Jelas sekali, beliau adalah seorang yang teliti dan bekerja secara sistematik bagi menjamin setiap tugasan dapat dijalankan dengan baik. Sila tonton video ini (bahagian 1 dan 2), pasti anda dapat belajar sesuatu darinya. Untuk melihat laman web Greg Hren, sila layari – http://www.greghren.com

December 12, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

KL PHOTO AWARDS

klphotoaward
Pertandingan fotografi – KL Photo Awards. Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DI SINI.

December 9, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman, Report - Aktiviti

Report – Mini Workshop Percuma Anjuran FOTOTEACHER.COM

Pada 22 November 2009 baru-baru ini, FOTOTEACHER.COM telah mengadakan satu mini workshop percuma dengan tajuk outdoor portrait. Aktiviti yang telah berlangsung di Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur ini diadakan khas untuk individu yang telah menjadi fan di page FOTOTEACHER di Facebook.

3 orang jurulatih, iaitu Kaharuddin, Affandi dan Hasnuddin telah berkongsi pengalaman bersama-sama dengan lebih dari 30 orang peserta yang hadir. 3 orang model telah disediakan oleh pihak FOTOTEACHER bagi membolehkan peserta melakukan praktikal tentang subjek yang diajar. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 10.30 pagi dan aktiviti diteruskan lagi di restoran berhampiran dengan sesi soal jawab santai. Selain dari menambah pengetahuan, para peserta juga telah dapat memperluaskan lagi jaringan kenalan sesama rakan yang meminati fotografi.

Dengan sambutan baik terhadap aktiviti sebegini, FOTOTEACHER sedang merancang untuk mengadakan aktiviti yang seumpamanya dalam masa yang terdekat ini. Kepada anda yang belum menjadi fan di page FOTOTEACHER di Facebook, sila berbuat demikian sekarang bagi membolehkan anda layak untuk menyertai aktiviti sebegini pada masa akan datang.

Jadilah fan di page FOTOTEACHER di Facebook sekarang! Sila ke – http://www.facebook.com/fototeacher

3modelatklo
Foto untuk asas pencahayaan potret yang dirakam oleh jurulatih – Hasnuddin, Affandi & Kaharuddin.

klo2
Taklimat awal disampaikan oleh Hasnuddin

klo3
Hasnuddin menerangkan teknik penggunaan reflector

klo4
Affandi menerangkan cara pencahayaan asas untuk potret

klo5
Para peserta sedang merakam foto dengan pencahayaan available light bersama reflector

klo6
Rumusan akhir

klo7
Minum pagi sambil membuat networking serta sesi soal jawab

klo11
Para peserta, jurulatih, koordinator dan model bergambar bersama. Semua gembira!

December 4, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

3 PENGUMUMAN PENTING

HARGA MURAH KURSUS FOTOGRAFI
Kursus paling hangat anjuran FOTOTEACHER.COM – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) akan diadakan pada 23-24 Januari 2010. Tawaran istimewa untuk anda – anda hanya perlu bayar RM650 sahaja (jimat RM150) sekiranya anda membuat bayaran awal (Early Bird Discount). Anda layak mendapat harga diskaun Early Bird ini sekiranya anda membuat bayaran penuh sebelum jam 6.00 petang, 8 Disember 2009. Selepas itu, harga biasa akan dikenakan, iaitu RM800 seorang. Maklumat lanjut di – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI (BLF)
Sebuah bengkel intensif 3 hari 2 malam dengan penginapan di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang akan diadakan pada 19-21 Disember 2009. Program ini terhad kepada 20 orang peserta sahaja dan cuma diadakan setahun sekali. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Disember 2009. Jika anda berminat untuk mempelajari fotografi dengan lebih mendalam dan ingin mengetahui rahsia mendapatkan kualiti gambar seperti seorang jurufoto profesional, anda mesti hadiri program ini! Maklumat lanjut di sini – http://fototeacher.com/blf.htm

SERTAI KAMI DI FACEBOOK UNTUK DAPATKAN BERBAGAI KELEBIHAN
Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER di FACEBOOK. Dengan menjadi ‘fan’ di sini, anda akan mendapat berbagai kelebihan seperti mengikuti workshop percuma, peluang mengikuti program eksklusif, update mengenai tips fotografi dan banyak lagi. Untuk menjadi ‘fan’, sila ke – http://www.facebook.com/fototeacher

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 atau 012-6020770 atau e-mel sales@fototeacher.com

TEAM FOTOTEACHER.COM


December 1, 2009 Categorized under Fikiran, Personal, TANYA HASNUDDIN

Kisah di Sabah

Kisah di Sabah
Oleh Hasnuddin Abu Samah

Pada 14 dan 15 November 2009 yang lalu, saya telah ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menyampaikan Kursus Asas Fotografi Digital anjuran FOTOTEACHER.COM. Kursus ini telah diadakan di Hotel Beverly yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu. Kursus fotografi di Sabah ini merupakan langkah permulaan FOTOTEACHER untuk pergi lebih rapat kepada peminat fotografi di seluruh Malaysia. Selepas ini, FOTOTEACHER akan turut menemui peminat fotografi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuching.

l10005331
Saya sedang menerangkan mengenai sistem kamera DSLR

afdsgroupphotoforblog
Para peserta bergambar selepas tamat Kursus Asas Fotografi Digital di Sabah

Secara peribadi, saya memang sukakan Sabah. Orangnya peramah, tempatnya indah dan seafoodnya pun meriah! Begitu juga dengan para peserta yang hadir kursus fotografi di Sabah ini. Kelas ini merupakan antara kelas yang paling seronok saya mengajar. Pesertanya bersemangat dan happening! Gelagat Rupinah dan kesungguhan Mike Philip membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan meriah. Saya harap para peserta mendapat manfaat yang sepenuhnya dari kursus ini. Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir terutamanya kepada peserta yang datang dari jauh seperti dari Tawau dan Brunei. Terima kasih juga kepada Puan Mimie Sanjees, jurufoto akhbar The Star yang turut merupakan rakan lama saya yang telah membantu saya mengendalikan kursus ini dan membantu dalam hal-hal lain sepanjang saya berada di Sabah.

Terlanjur berada di Kota Kinabalu, FOTOTEACHER turut menganjurkan dan menaja satu sesi merakam gambar model khas untuk peminat fotografi di sana. Aktiviti ini telah diadakan di Pantai Tanjung Aru dengan kerjasama 2 orang model jelita. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Alex Azlan dan Roy Ajin di atas bantuan mereka bagi menguruskan model berkenaan.

l1000558
Ketika sesi merakam gambar model di Pantai Tanjung Aru, Sabah

fotomodelsabahforblog
Foto yang sempat saya rakam ketika sesi merakam foto model di Pantai Tanjung Aru

Seterusnya aktiviti saya dipenuhkan dengan perjumpaan santai dengan beberapa peminat fotografi di Sabah. Kami saling bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman dalam sesi ringkas tersebut. Terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada saudara Mike Philip yang telah mengaturkan pertemuan tersebut.
l1000612
Berjumpa dengan kawan-kawan baru di Kota Kinabalu

Setelah beberapa siri tugasan ‘formal’ untuk FOTOTEACHER, saya mengambil peluang beberapa hari untuk berjalan-jalan sambil mencari subjek rakaman di sekitar Kundasang dan Tuaran. Kebanyakan foto yang saya rakam adalah foto landscape dan nature. Sudah agak lama sebenarnya saya tidak merakam foto sebegini. Merakam foto landscape dan nature sememangnya memberikan ketenangan dan kepuasan. Sungguh seronok berada di tempat yang indah sambil menunggu cahaya yang sesuai sebelum foto dirakam. Aktiviti begini lebih relaks berbanding merakam foto potret atau foto perkahwinan yang memerlukan kepantasan dan bekerja dalam tekanan. Kenangan manis merakam foto di Sabah membuatkan saya bertekad untuk meluangkan lebih banyak masa untuk merakam foto untuk tujuan peribadi.

2mountkinabalu
Gambar Gunung Kinabalu dirakam dari Tuaran

1kundasangtree
Gambar dirakam di Kundasang

dairyfarm
Dirakam berhampiran dengan ladang lembu tenusu di Kundasang

Oleh Hasnuddin Abu Samah
FOTOTEACHER.COM

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan!
FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too