Archive for November, 2009

November 28, 2009 Categorized under Report AFD

Report – Kursus Asas Fotografi Digital di Kota Kinabalu, Sabah

groupphotoafds14to15nov09small
Gambar peserta dan jurulatih untuk Kursus Asas Fotografi Digital yang telah diadakan di Beverly Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 14-15 November 2009. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas dalam saiz yang lebih besar, SILA DOWNLOAD DI SINI.

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi Digital yang akan diadakan tidak lama lagi, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran DI SINI.

PAGE FOTOTEACHER DI FACEBOOK – http://www.facebook.com/fototeacher

November 26, 2009 Categorized under Artikel Teknikal, Tips

BATERI SEBAGAI NYAWA KAMERA

BATERI SEBAGAI NYAWA KAMERA
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Berbeza dengan kamera SLR manual zaman filem, kamera digital amat bergantung kepada bateri. Ini kerana, hampir keseluruhan komponen dalam kamera digital dikawal oleh sistem elektronik yang merangkumi auto focusing, pembacaan meter dan pelepasan shutter. Tanpa bateri, kamera digital tidak boleh digunakan sama sekali.

Dengan bateri yang baru dicas, DSLR saya boleh mendapat antara 1,000 hingga 1,300 foto tanpa menggunakan flash. Jumlah yang berbeza ini bergantung kepada tempoh kamera dalam keadaan standby, kadar penggunaan autofocus dan paparan gambar yang baru sahaja dirakam. Saya mempunyai sebuah bateri simpanan yang saya bawa ke majlis penting dan juga ketika mengikuti ekspedisi ke kawasan hutan yang terpencil.

Pengetahuan tentang keupayaan bateri dan penjagaannya membolehkan kita sentiasa memiliki peratan dalam keadaan yang bersedia. Antara perkara yang paling melecehkan ialah apabila kamera kita kehabisan bateri ketika sedang rancak mengambil gambar. Bagi jurufoto profesional, ini sudah tentu mencabar imej dan menganggu daya tugas. Kehabisan kuasa bateri selalunya lebih teruk daripada kehabisan ruang simpanan dalam kad memori.

Kebanyakan DSLR menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Bateri ini datang dengan bentuk dan sambungan yang tersendiri untuk jenama dan model tertentu. Biasanya bateri sebegini amat mahal tetapi mampu membekalkan cas yang banyak. Kelemahannya ialah jika berlaku kecemasan, anda perlu menggunakan bateri simpanan yang sama jenis atau tunggu sehingga bateri anda siap dicas.

Pentax adalah satu-satunya sistem DSLR yang membolehkan bateri saiz AA digunakan pada kameranya. Kebiasaannya pemilik Pentax menggunakan bateri rechargable seperti yang digunakan pada unit flash tetapi jika dalam keadaan terdesak, beliau boleh menggunakan bateri alkaline biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Kelebihan ini lebih bermakna apabila anda terpaksa pergi ke kawasan yang tidak membolehkan anda mengecas bateri seperti hutan atau negara yang mempunyai sistem voltage berbeza.

Apabila bateri kamera semakin lemah, foto yang dihasilkan berkemungkinan kurang baik. Sistem autofocus akan lebih lembab dan noise akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana cas bateri yang kurang menyebabkan motor autofocus tidak mendapat kuasa yang mencukupi. Pada unit pemprosesan imej pula, kuasa yang kurang menyebabkan proses menghasilan imej menjadi kurang berkesan.

Jika bateri anda sudah lemah tetapi anda perlu mengambil gambar yang penting, beberapa kaedah mudah boleh membantu anda mendapatkan beberapa frame ekstra:

1.    Matikan sistem stabilizer.
2.    Matikan sistem autofocus.
3.    Matikan LCD maklumat dan live view.
4.    Matikan sistem noise reduction dalam kamera.
5.    Jangan guna built-in flash dan AF illuminator.

Yang lebih penting, pastikan anda mengecas bateri sebelum keluar dan bawa bekalan secukupnya kerana bateri adalah nyawa kamera anda.

Jika anda bercadang untuk membeli bateri kamera tambahan, saya cadangkan anda membelinya secara online dari Shashinki.com. Terdapat berbagai jenis bateri boleh dibeli dari laman web ini dan harganya juga amat berpatutan. Anda tidak perlu bersusah payah ke kedai, barang yang anda beli akan dihantar dengan selamat terus ke rumah anda! Sila klik di sini – ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

November 24, 2009 Categorized under Report FMR

Report – Kursus Fotografi Majlis Rasmi (FMR)

groupphotofmr31okt09small
Para peserta bergambar bersama jurulatih setelah tamat Kursus Fotografi Majlis Rasmi yang telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 31 Oktober 2009. Kepada para peserta yang ingin mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, SILA DOWNLOAD DI SINI

Untuk anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran DI SINI.

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan!
FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too

November 19, 2009 Categorized under Review

Produk Menarik – XSHOT

xshot001

Sekarang ini, banyak aksesori atau gadget fotografi yang pintar dan menarik dijual untuk menjadikan fotografi lebih mudah dan menyeronokkan. Salah satu produk yang dimaksudkan ialah xshot. Produk ini membolehkan anda merakam gambar sendiri tanpa menggunakan tripod. Namun, hanya kamera yang ringan sahaja sesuai digunakan dengan produk ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web – http://www.xshotpix.com

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

November 15, 2009 Categorized under Artikel Teknikal, Review

LENS COATING

Lens Coating
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHERCOM

Terdapat pelbagai jenis lensa di pasaran dan setiap satu memberikan kualiti yang berbeza. Lensa kamera dibina dengan menggabungkan beberapa elemen kaca dalam bentuk dan susunan tertentu. Antara tujuan kombinasi elemen ini adalah untuk menghindarkan kesan seperti distortion (Herotan) dan warna yang tidak seimbang. Secara umumnya, kualiti imej meningkat dengan jumlah glass element yang digunakan kerana lebih banyak kecacatan optik dapat dibuang. Sebagai contoh, penggunaan elemen ED (Extra Low-Dispersion) dapat mengurangkan kesan chromatic aberration. Tetapi dengan lebih banyak elemen, kesan pantulan cahaya adalah lebih tinggi kerana setiap elemen akan memantulkan sedikit cahaya pada permukaannya. Pantulan ini mengurangkan kualiti imej dan jumlah cahaya yang dihasilkan oleh lensa tersebut.

3a
Pantulan pada permukaan sensor

Satu masalah yang timbul dengan DSLR ialah permukaan sensor kamera digital turut memantulkan cahaya. Apabila pantulan daripada sensor dipantulkan kembali oleh lensa, kecacatan imej yang dikenali sebagai ghosting terhasil. Pada imej tersebut akan kelihatan cahaya berbentuk seakan-akan bulat atau cincin yang tidak begitu jelas. Flare pula adalah kesan apabila cahaya berpantul dan berselerak di dalam lensa lalu menyebabkan kontras tidak seimbang. Kesan sebegini biasanya berlaku apabila lensa dihadapkan ke arah punca cahaya yang kuat.

3b
Kesan pantulan dalaman mencacatkan foto seperti tompok biru di sini.

Untuk mengurangkan kesan sebegini, lensa moden diselaputi oleh satu selaput yang dinamakan lens coating yang mengurangkan pantulan. Teknologi coating adalah satu cabang penting dalam industri optik kerana coating yang sesuai memberi kesan kepada imej daripada lensa tersebut. Kesan yang lebih elok boleh diperolehi dengan menggunakan beberapa lapisan coating atau lebih dikenali sebagai multi-coating (MC). Perbezaan lapisan coating boleh dilihat jelas daripada contoh ini.

3c
Zuiko 35mm f2.8 single coat

3d
Zuiko 35mm f2.8 multi coat

Nikon membina Nano Crystal Coating yang menggunakan lapisan zarah yang amat halus supaya cahaya dalam spektrum tertentu tidak dipantulkan pada permukaan lensa. Canon pula menggunakan teknologi SWC dengan zarah coating yang tidak sekata dan mempunyai ketumpatan berbeza pada permukaan elemen. Lapisan coating bersegi pada SWC menyebabkan cahaya tidak dapat dipantulkan dengan sempurna dan ini mengurangkan kekuatan pantulan.

Beberapa model lensa yang baru di pasaran menggunakan teknologi coating terkini dan menghasilkan imej yang lebih elok berbanding model lama. Ini adalah antara ciri-ciri lensa yang kurang diberi perhatian oleh pengguna tetapi banyak mempengaruhi kualiti imej yang dihasilkan. Pengeluar seperti Nikon ada mengeluarkan lensa model lama dengan tambahan Nano Coating yang baru seperti Nikkor AF-S 60mm f2.8 macro.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHERCOM

Sekiranya anda ingin melihat atau membeli lensa baru dan terpakai, saya cadangkan anda layari laman web Shashinki.com dan dapatkan lensa pilihan anda di sini. Anda boleh buat  belian berbagai peralatan fotografi di sini secara online dan barang yang anda inginkan akan dihantar terus ke rumah anda. ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

November 11, 2009 Categorized under Report AFD

Report – Kursus Asas Fotografi Digital, 24-25 Oktober 2009

LAST CALL! KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD) AKAN DIADAKAN DI KOTA KINABALU SABAH PADA HUJUNG MINGGU INI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK DI SINI.

groupphotoafd24to25okt09editedsmall
Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang diadakan pada 24-25 Oktober 2009 di Shah Village Hotel, Petaling Jaya. Kepada peserta yang ingin download foto di atas di dalam saiz besar, SILA KLIK DI SINI.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang akan diadakan pada masa akan datang, SILA KLIK DI SINI.

TEAM FOTOTEACHER.COM

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan!
FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too

November 7, 2009 Categorized under Artikel Teknikal

Image Stabilizer (IS)

Image Stabilizer (IS)
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Bagi pengguna sistem Nikon dan Canon, faktor lensa yang mempunya stabilizer (VR untuk Nikon dan IS untuk Canon; VR bermaksud Vibration Reduction manakala IS bermaksud Image Stabilizer) selalu dipertimbangkan terutamanya apabila seseorang itu ingin membeli lensa telephoto. Pada lensa yang mempunya spesifikasi sama seperti Nikkor 70-300mm f4-5.6, terdapat versi VR dan non-VR dengan perbezaan harga antara keduanya adalah 4 kali ganda. Adakah stabilizer dalam fotografi digital begitu berharga?

1a
Sistem IS dalam lensa yang digunakan oleh Canon

1b
Sistem IS dalam badan kamera yang digunakan oleh Sony

Terdapat 2 jenis sistem stabilizer - Nikon dan Canon memasangnya di dalam lensa, manakala Sony, Pentax dan Olympus penggunakan IS pada sensor di dalam kamera. Kedua-duanya mempunya sensor pengesan gegaran dan cip khas akan melakukan pengiraan yang mana menggerakkan sebuah motor ultrasonic untuk mengurangkan kesan gegeran. Untuk sistem IS pada lensa, motor tersebut akan menggerakkan satu kumpulan elemen dalam lensa yang bertindak untuk membetulkan kesan gegaran sebelum cahaya masuk ke kamera. Oleh itu kesan IS dapat dilihat melalui viewfinder. Sistem IS dalam kamera pula tidak mempunya elemen tambahan dan hanya menggerakkan sensor supaya ‘mengejar’ imej yang bergerak disebabkan kamera yang bergegar.

Sistem IS di dalam kamera membolehkan semua jenis lensa menikmati teknologi IS, ini termasuklah lensa daripada apa jua jenama dan model asalkan boleh dipasang pada kamera tersebut. Konsep ini jelas memberikan kelebihan ekonomi dan kepelbagaian. Satu lagi kelebihannya ialah ia tidak memerlukan elemen tambahan dalam lensa oleh itu sistem IS sebegini tidak mempengaruhi kualiti imej. Kelebihan bagi sistem IS dalam lensa pula ialah setiap cip IS dan elemen IS boleh direka dan diprogram untuk mendapatkan hasil optimum untuk lensa terbabit.

Berbalik kepada persoalan sejauh mana keberkesanan sistem IS ini, adalah penting untuk faham fungsi IS. Saya letakkan sebegini:

  1. Fungsi utama IS ialah untuk membolehkan foto dirakam pada kelajuan shutter yang lebih rendah daripada biasa, tanpa kesan gegaran. Umumnya kelajuan shutter adalah 1/(jarak fokus pada format  35mm). Contohnya lensa 100mm untuk kamera APS-C Nikon memerlukan kelajuan shutter 1/150 saat tanpa IS. Dengan IS, kelajuan boleh dikurangkan.
  2. IS hanya membantu mengurangkan gegaran pada kamera atau lensa. Ia langsung tidak membantu untuk membekukan pergerakan subjek.
  3. IS membolehkan imej dirakam jelas pada kelajuan shutter yang lebih rendah yang mana sukar akibat kesan gegaran tangan namun ada hadnya.
  4. Kesan IS kepada pengguna adalah berbeza. Jurugambar baru biasanya mendapat lebih manafaat kerana kurang mahir dengan posisi memegang kamera. Jurugambar yang mahir boleh mengurangkan kesan gegaran dengan teknik tertentu. Oleh itu IS hanya membantu sedikit sebelum fungsinya mencecah had keberkesanan.
  5. IS lebih membantu pada jarak fokus yang tinggi pada lensa telephoto kerana kesan gegaran digandakan.
  6. IS meningkatkan penggunaan bateri.

Kesan IS adalah lebih kepada meningkatkan peratusan foto yang elok pada kelajuan shutter tertentu. Ini kerana kesan gegaran adalah rawak dan banyak dipengaruhi oleh faktor fizikal jurufoto. Jika anda mendapat 50% gambar yang tajam pada kelajuan tertentu, dengan IS peratusan mungkin meningkat kepada 70-80% dengan kelajuan yang sama. Kesan ini adalah rawak kerana ia bergantung kepada gegaran tangan anda ketika menekan shutter release button pada masa yang tertentu.

Tiada benchmark khusus untuk menilai keberkesanan IS antara berbagai jenama. Apa yang diwartakan dalam kempen pemasaran tidak seharusnya dijadikan ukuran kerana keberkesanan IS adalah relatif pada individu.  Contohnya, jika saya menggunakan lensa 100mm, saya boleh mengambil foto yang jelas pada 1/40 saat dengan bergantung kepada pengalaman dan kemahiran. Jika saya guna IS, boleh dapat 1/20 saat yang memberikan kelebihan 1EV. Individu lain yang kurang berpengalaman mungkin memerlukan 1/160 saat tanpa IS dan hanya perlu 1/40 saat dengan IS. Justeru memberikan kelebihan 2EV. Benchmark patut dilakukan oleh individu sendiri untuk menilai sejauh mana IS berkesan kepada teknik fotografi beliau.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

SERTAI KURSUS DAN BENGKEL FOTOGRAFI ANJURAN FOTOTEACHER.COM. SILA KLIK DI SINI.

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

PENGUMUMAN PENTING

FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too

Kami telah membuka PAGE FOTOTEACHER di Facebook kerana ianya mempunyai ‘features’ yang lebih baik untuk kita semua. GROUP FOTOTEACHER akan ditutup dan dibatalkan. Diharap, anda dapat sertai PAGE FOTOTEACHER dengan menjadi ‘fan’ kepada page ini.

Sila jadi ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER, KLIK DI SINI.

Sertailah PAGE FOTOTEACHER sekarang! Berbagai aktiviti menarik akan diadakan di sini. Terima kasih diatas sokongan anda.


November 6, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Pameran Fotografi Seni Halus

poster-erin
Anda semua dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri Pameran Fotografi Seni Halus bertempat di Pelita Hati House of Art dari 14-28 November 2009. Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-22848380.

November 3, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

JEMPUTAN PREVIEW DIPLOMA FOTOGRAFI SPACE UTM

poster-programme-space

Anda semua dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke Programme Preview – Executive Diploma in Creative Photography & Digital Imaging oleh SPACE UTM. Tarikh dan tempat seperti di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-55127428.

November 1, 2009 Categorized under Survey & Poll

Berapakah umur majoriti pembaca blog FOTOTEACHER?

Rakan-rakan yang dihormati sekelian,
Kami perlukan maklumat tentang majoriti umur pembaca blog FOTOTEACHER. Ini bagi membolehkan kami menyesuaikan kandungan blog ini agar menepati kehendak pembaca blog. Harap anda dapat tandakan kategori umur anda dalam ruangan di bawah:

Berapakah umur anda?
15 tahun dan ke bawah
16-20 tahun
21-25 tahun
26-30 tahun
31-35 tahun
36-40 tahun
41-45 tahun
46-50 tahun
51-55 tahun
56-60 tahun
61 tahun dan ke atas
pollcode.com free polls