Archive for September, 2009

September 30, 2009 Categorized under Relaks

Kuiz Sejarah Nikon

nikongame1

Ketahui sejarah menarik Nikon melalui permainan online ini. Jika anda berjaya, anda akan diberikan wall paper dan screen saver Nikon. Lihat selanjutnya, KLIK DI SINI

FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too

September 27, 2009 Categorized under Survey & Poll

Dimanakah anda sekarang?

Rakan-rakan yang dihormati sekelian, harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk memberikan vote anda di bawah ini. Terima kasih!
TEAM FOTOTEACHER.COM

Dari manakah anda layari blog fototeacher.com?
Kuala Lumpur dan Selangor
Johor Bharu
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Lain-lain negeri dalam Malaysia
Singapura
Indonesia
Brunei Darussalam
Lain-lain negara Asia
Eropah
USA
Lain-lain tempat yang tidak disebutkan di atas
pollcode.com free polls
September 24, 2009 Categorized under Artikel Kreativiti, Review, TANYA HASNUDDIN

Laman Web Menarik – PHOTOJOJO

photojojologo
Photojojo adalah sebuah laman web yang memaparkan banyak tips-tips menarik dan unik yang berkaitan dengan fotografi. Antaranya:

photojojo001
Tips menjadikan kamera anda buruk untuk menghilangkan minat pencuri dari mencuri kamera anda!

photojojo002
Berbagai idea mereka cipta business card yang unik

photojojo003
Cara merakam gambar dari sudut tinggi menggunakan belon, serta banyak lagi tips dan idea pelik ada dipaparkan dalam laman web Photojojo. Untuk melayari laman web Photojojo,  SILA KLIK DI SINI!

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

September 21, 2009 Categorized under Gambar, Inspirasi & Motivasi

Jual Gambar Untuk Bayar Hutang…

Jurufoto Melanie Bess yang telah bosan dengan beban hutangnya, telah mengambil keputusan untuk keluar dari masalah itu dengan berazam menjual gambar-gambar rakaman beliau sehingga dirinya bebas dari hutang. Berikut adalah diantara beberapa gambar rakaman beliau untuk dijual:

debtfree001
debtfree002
debtfree003
debtfree004
debtfree005
debtfree006
debtfree007

Untuk melihat atau membeli banyak lagi gambar lain oleh jurufoto ini, sila layari – http://debt-freeby30.blogspot.com/

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

September 18, 2009 Categorized under video

Studio Jurugambar Stock Photo


Inilah studio milik jurugambar stock photography terkenal – Yuri Arcurs. Lihat sendiri betapa besarnya studio beliau, penuh dengan berbagai set dan props.

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

September 15, 2009 Categorized under Report - Kursus Fotografi Khas

Report – Kursus Fotografi Khas untuk Cyber Security

groupphotoafdcybersecuritysmall

Terima kasih kepada pihak Cyber Security kerana telah memberi kepercayaan kepadaFOTOTEACHER untuk memberikan latihan asas fotografi kepada kakitangan mereka.
Kepada peserta kursus yang ingin memuat turun group photo di atas dalam saiz besar, SILA KLIK DI SINI.

Kepada yang berminat untuk menghadiri berbagai kursus fotografi anjuran FOTOTEACHER, sila layari laman web www.fototeacher.com

Jika anda ingin menjemput FOTOTEACHER mengendalikan kursus fotografi di tempat anda, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com

September 12, 2009 Categorized under Fikiran, Personal

Jurufoto BUKAN Jurugambar

Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Teringat, ketika saya menulis surat rasmi kepada Y.M. Profesor Dato’ Raja Zahabuddin, Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Industri UNISEL, beliau telah menegur saya kerana saya telah menggunakan perkataan jurugambar untuk menterjemahkan perkataan photographer. Kata Dato’ Raja, perkataan Bahasa Melayu yang tepat untuk photographer ialah jurufoto, bukannya jurugambar.

Perkataan jurugambar tidak menerangkan dengan tepat bahawa seseorang itu adalah mahir dalam fotografi dan berkarya dengan menghasilkan gambar foto. Sebaliknya, jurugambar bermaksud seseorang yang mahir menghasilkan gambar. Ia tidak menerangkan dengan spesifik media yang digunakan untuk menghasilkan gambar, samada gambar foto, gambar video, gambar lukisan dan sebagainya.

Setelah mendengar nasihat dari Dato’ Raja itu, saya terfikir:

  1. Betapa perkataan jurugambar yang selalu kita guna dan dianggap remeh ini rupanya memberikan perbezaan yang ketara dalam maknanya.
  2. Betapa kagumnya saya dengan ketelitian orang lama lagi berilmu seperti Dato’ Raja dalam hal ini. (Untuk pengetahuan anda, Dato’ Raja adalah diantara orang terpenting dalam penubuhan Kursus Diploma Fotografi ITM )

Saya sendiri memang sudah terbiasa dan selesa menggunakan perkataan jurugambar. Namun, kini kita telah tahu, perkataan paling tepat untuk makna photographer ialah jurufoto. Gunakanlah perkataan jurufoto dalam penulisan rasmi untuk maksud yang paling tepat.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Harap berikan komen anda dalam ruangan di bawah.

SERTAI BERBAGAI KURSUS FOTOGRAFI ANJURAN FOTOTEACHER.COM. SILA KLIK DI SINI.

September 4, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Kursus FOTOTEACHER Akan Diadakan Di Sabah

afdsabahgambarhiasan
Sekadar gambar hiasan – Gunung Kinabalu dilihat dari Kundasang, Sabah.

Di atas permintaan ramai, kami bercadang untuk mengadakan Kursus Asas Fotografi Digital di Kota Kinabalu Sabah. Selain dari peminat fotografi di Kota Kinabalu, kursus ini juga sesuai dihadiri oleh peserta dari bandar lain yang berhampiran seperti dari Sandakan, Tawau, Brunei, Miri dan Bintulu.

Kepada orang-orang Sabah, Sarawak dan Brunei, jangan lepaskan peluang ini. Tambahan pula harga yang kami kenakan adalah SAMA SEPERTI HARGA DI SEMENANJUNG MALAYSIA! Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI!

TEAM FOTOTEACHER.COM

September 4, 2009 Categorized under Report - Kursus Fotografi Khas, Report AFD

Report – Kursus Fotografi di Institut Pengurusan Kesihatan

groupphotoafdkementeriankesihatansmall

Pada 27-28 Ogos 2009 lalu, FOTOTEACHER.COM sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengendalikan kursus fotografi secara eksklusif kepada kakitangan Institut Pengurusan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Amin dan dibantu oleh Encik Zaly.

Kepada peserta kursus yang ingin mendapatkan gambar di atas dalam saiz besar, SILA DOWNLOAD DI SINI.

Kepada yang berminat untuk menghadiri kursus FOTOTEACHER atau ingin menjemput kami mengendalikan kursus di tempat anda, sila hubungi eksekutif jualan kami di talian 03-91017155 atau e-mel kepada fototeacher@gmail.com. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web kami – http://www.fototeacher.com

September 1, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Jurulatih Fotografi Sambilan Diperlukan!

FOTOTEACHER.COM memerlukan individu yang berkelayakan untuk berkhidmat secara freelance sebagai JURULATIH dan PEMBANTU JURULATIH untuk mengendalikan program-program latihan fotografi untuk FOTOTEACHER.COM.

Bermula dari bulan September 2009, kami akan mengadakan 8 program latihan setiap bulan. Antara program yang akan diadakan ialah: Kursus Asas Fotografi Digital, Bengkel Lanjutan Fotografi, Bengkel Portable Flash, Bengkel Asas Photoshop, Kursus Fotografi Majlis Rasmi, Kursus Fotografi Perkahwinan, Kursus Asas Videografi Digital, Kursus Asas Kamera DSLR dan Kursus Kamera Otomatik. Dengan pertambahan program latihan ini, kami memerlukan 4 orang JURULATIH dan 8 orang PEMBANTU JURULATIH yang berkebolehan dalam pengajaran fotografi. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

JURULATIH (Memberikan latihan dan mengetuai program latihan)
(PELUANG PENDAPATAN SEHINGGA RM6,000 SEBULAN SECARA SAMBILAN)
Kelayakan: Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan atau 10 tahun pengalaman dalam fotografi
Umur: Melebihi 30 tahun

PEMBANTU JURULATIH (Membantu jurulatih dalam sesi praktikal)
(PELUANG PENDAPATAN SEHINGGA RM4,000 SEBULAN SECARA SAMBILAN)
Kelayakan: Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam fotografi
Umur: Melebihi 25 tahun

Semua pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Kemahiran berkomunikasi yang baik
  2. Penampilan dan keperibadian yang mencerminkan profesionalisme
  3. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang berkenaan
  4. Mempunyai portfolio (hasil kerja fotografi) yang baik
  5. Berdisiplin dan boleh mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak FOTOTEACHER.COM

Sila buat permohonan dengan mengikuti panduan berikut:

Hantar e-mel kepada: hasnuddin@gmail.com
Pada tajuk e-mel, tuliskan: MOHON JAWATAN JURULATIH/PEMBANTU JURULATIH
Dalam e-mel, sila sertakan:

  1. Nama penuh
  2. Nombor telefon
  3. Laman web/blog/flickr untuk rujukan portfolio
  4. Kelulusan akademik
  5. Pengalaman kerja
  6. Kursus/Bengkel/Seminar fotografi yang pernah dihadiri
  7. Pengalaman mengajar, memberi ceramah atau memberikan latihan (dalam sebarang bidang)
  8. Bayaran yang diminta untuk setiap 8 jam perkhidmatan
  9. Nyatakan lain-lain perkara yang menyokong permohonan anda untuk menjadi jurulatih/pembantu jurulatih. Contoh: “Saya pernah memenangi pertandingan fotografi anjuran….”

TEAM FOTOTEACHER.COM

P.S: Adakah blog ini bermanfaat untuk anda? Jika ya, sila beri sokongan kepada kami. Cuma klik pada iklan dibahagian atas kanan blog ini. Terima kasih.