Archive for May, 2009

May 26, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL – KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!

jimbocamera

Kursus paling popular oleh FOTOTEACHER.COM – Kursus Asas Fotografi Digital, kini dibuka untuk pendaftaran. Dapatkan harga serendah RM600 jika anda mendaftar dalam kumpulan melebihi 3 orang dan membuat bayaran sebelum 1 Jun 2009! Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila klik di sini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155

May 22, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Shamshahrin dalam Akhbar KOSMO!

kosmoshamshahrinfotoinspirasi

Berikut ini adalah penulisan mengenai Shamshahrin ketika ditemuramah oleh akhbar Kosmo! semasa program FOTOINSPIRASI yang telah dianjurkan oleh FOTOTEACHER.COM:
BAGI Shamshahrin Shamsudin, 38, setiap hari yang dilalui mempunyai keistimewaan tersendiri. Memulakan kerjaya selaku jurufoto untuk akhbar The Star, khidmatnya kini lebih besar apabila bertugas dengan agensi media antarabangsa, European Pressphoto Agency (EPA).

Mengakui pengiktirafan bertugas dengan agensi antarabangsa tidak mudah, Shamsahrin memberitahu beliau hanya mendapat peluang itu apabila foto-foto yang dimuat turun di dalam laman web flickr mendapat perhatian EPA.

“Agensi media antarabangsa memang tidak akan memaparkan tawaran jawatan kosong tetapi kita sendiri perlu berusaha.

“Karya yang saya masukkan di dalam flickr telah mendapat perhatian EPA dan dari situlah EPA menghubungi dan menawarkan peluang menjadi jurufoto mereka,” jelasnya yang juga pernah bekerja dengan AFP pada tahun 1999 sehingga 2000.

Foto persiapan menyambut 31 Ogos yang dilakukan di sekitar ibu kota ibarat foto keramat bagi Shamsahrin. Selain foto itu yang membolehkan Shamsahrin bertugas di EPA, gambar tersebut juga terpilih sebagai gambar terbaik yang disiarkan dalam majalah TIME.

Apakah perbezaan bekerja dengan akhbar tempatan dan agensi antarabangsa? Beliau menjelaskan perbezaannya memang ketara.

Ini kerana menjadi sebagai jurugambar agensi antarabangsa anda haruslah mendapatkan sendiri bahan yang memenuhi kriteria media luar negara.

Berbeza pula dengan jurugambar media tempatan, apabila segala tugasan harian mereka sebenarnya telah diberikan oleh ketua unit masing-masing.
Bersambung…

Untuk membaca artikel penuh, sila lawati laman web Akhbar Kosmo! SILA KLIK DI SINI

May 20, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Fotoinspirasi & Bustamam di TV9

nasilemakkopio
Saksikan temuramah dengan Bustamam Mokhtar mengenai tips fotografi dan program FOTOINSPIRASI dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 yang telah keudara pada 11 April 2009 yang lalu. Untuk menonton video ini, sila ke Laman Web TV9.

May 18, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman, video

FOTOINSPIRASI dalam GUA.COM.MY

guadotcomfotoinspirasi
Saksikan liputan video oleh GUA.COM.MY mengenai program FOTOINSPIRASI. Sila klik di sini.