Archive for March, 2009

March 7, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

BENGKEL FOTOGRAFI SEMPENA PESTA PERKAHWINAN PUTRAJAYA

posterpestaperkahwinanputrajaya600pxl

BENGKEL FOTOGRAFI – ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP)

Bengkel fotografi khas anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com, sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya.

Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya akan menaja kos utama untuk Bengkel Fotografi ini, anda cuma perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja!

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/BengkelFotografiPutrajaya.htm

March 6, 2009 Categorized under Fikiran

Rahsia Fotografi dan Pembancuh Kopi

Rahsia Fotografi dan Pembancuh Kopi
Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Rahsia perniagaan atau trade secret adalah satu cabang ilmu yang amat sukar diperolehi. Seseorang jurugambar akan menyimpan rahsia ilmu tertentu agar dirinya boleh terus bersaing dalam perniagaan fotografi yang diceburi. Walaupun ilmu ini dirahsiakan, anda tetap boleh mendapatkannya dengan cara belajar dari ramai orang jurugambar.

Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh arwah datuk saya. Kisahnya mengenai seorang pemuda bernama Ali yang ingin membuka sebuah kedai kopi. Beliau ingin belajar cara membuat kopi yang sedap. Tetapi, tidak ada sesiapa yang ingin mengajar dan mendedahkan rahsia bancuhan kopi yang sedap.

Demi untuk mendapatkan rahsia ini, Ali telah bekerja di Kedai Kopi Abu. Abu membancuh kopi dengan memasukkan mentega dan 2 bahan rahsia ke dalam kopinya. Kopi Abu memang sedap. Tapi, 2 bahan rahsia itu tetap menjadi misteri.

Setelah beberapa lama bekerja di Kedai Kopi Abu, Ali bekerja di Kedai Kopi Kasim pula. Kopi Kassim memang sedap. Ali perhatikan Kassim memasukkan kapur dan dua bahan rahsia lain dalam kopinya. Sekarang, Ali telah dapat tahu, 2 bahan penting dalam bancuhan kopi adalah mentega dan kapur!

Akhir sekali, Ali telah bekerja dengan Kedai Kopi Mamat. Mamat juga tidak mendedahkan rahsia cara membuat kopi yang sedap. Tetapi, Ali dapat melihat, Mamat memasukkan garam bersama 2 bahan rahsia di dalam kopinya. Kini, Ali telah mendapat tahu ketiga-tiga bahan rahsia dalam bancuhan kopi yang sedap!

Pengajaran dari cerita diatas? Belajarlah dari ramai guru. Setiap guru mungkin akan menyembunyikan rahsia tertentu. Namun, jika anda mempunyai ramai guru, anda akan tetap mengetahui kesemua rahsia yang ingin anda ketahui.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Untuk mengikuti kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com
Untuk mendapat artikel dan informasi percuma dari fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

March 5, 2009 Categorized under Tips

Di Mana Boleh Beli Buku Fotografi?

Di Mana Boleh Beli Buku Fotografi?
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com

Biasanya, saya akan beli buku fotografi di MPH atau Kinokuniya. Saya selalu ke MPH MId Valley kerana saya rasa mudah ke sana. Mungkin sebab dekat dengan rumah saya. Kalau buku yang saya cari tidak terdapat di MPH, saya akan ke Kinokuniya, KLCC. Bagi saya, Kinokuniya mempunyai lebih banyak pilihan buku fotografi. Buku bertajuk khusus dan buku berkualiti tinggi banyak boleh didapati di sini. Buku-buku fotografi ini terletak di tingkat atas Kinokuniya bersama buku-buku kategori seni yang lain.

Buku di Kinokuniya ini banyak yang berbalut. Tapi, anda boleh pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan dan minta petugas di situ untuk membuka balutan buku tersebut agar anda boleh melihat kandungannya terlebih dahulu sebelum membeli. Mereka memang ditugaskan untuk membuka balutan buku atas permintaan anda. Jangan buka sendiri balut buku tersebut secara sembunyi-sembunyi!

Jika buku yang saya cari masih tidak terdapat di MPH atau Kinokuniya, saya akan cuba cari di Borders. Saya akan ke Borders The Gardens, The Curve atau Times Square. Kalau masih tidak jumpa apa yang saya cari, saya akan beli buku tersebut secara online di Amazon.com. Saya pernah beberapa kali membeli buku di Amazon. Setakat ini saya berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Buku yang dipesan boleh diterima dalam tempoh sekitar 10 hari. Pembungkusan juga dibuat dengan baik, justeru, buku yang diterima juga berada dalam keadaan yang baik.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com

Untuk mendapat artikel percuma secara otomatik dari fototeacher, sila langgan newsletter percuma dari kami di – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

Sertai FOTOTEACHER GROUP di FACEBOOK – sila klik di sini

March 4, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

TIKET PERCUMA KE FOTOINSPIRASI

TIKET PERCUMA KE FOTOINSPIRASI

Kami mendapat beberapa permintaan dari individu atau organisasi tertentu yang minta kami berikan tiket percuma kepada mereka untuk hadir program FOTOINSPIRASI. Dukacita dimaklumkan di sini, peruntukan tiket percuma untuk program ini telah habis dikeluarkan. Kami telah mengeluarkan 50 tiket percuma kepada penceramah, penaja, tetamu kehormat dan pihak media. Kesemuanya bernilai RM17,500.00. Kami memohon maaf kerana tidak lagi dapat memenuhi permintaan untuk memberikan tiket percuma ini.

Walau bagaimana pun, tiket-tiket dengan harga biasa dan harga diskaun masih lagi terus dijual untuk beberapa hari lagi.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran ke FOTOINSPIRASI, sila ke: http://www.fototeacher.com/fotoinspirasi.html

March 3, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Hadir ke FOTOINSPIRASI

poster-fotoinspirasi

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Hadir ke FOTOINSPIRASI

Pada 11 April 2009 nanti, bertempat di Hotel Cititel Mid Valley, fototeacher akan mengadakan sebuah program seminar yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia, dengan tajuk FOTOINSPIRASI. 4 orang jurugambar tersohor di Malaysia – Din Arshad, Bustamam Mokhtar, Shamshahrin Shamsudin dan Ikram Ismail akan bersama dengan anda, untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Program ini akan membuka minda anda dan memberikan anda inspirasi ke arah menjadi jurugambar yang berjaya. Anda mesti hadir ke program ini kerana:

1) Peluang sebegini amat sukar diperolehi kerana untuk mengumpul 4 orang jurugambar profesional yang sentiasa sibuk bukanlah sesuatu yang mudah. Kesudian mereka memberikan komitmen dan berkongsi pengalaman mereka dengan anda adalah sesuatu yang tidak harus dilepaskan.

2) Harga yang ditawarkan untuk anda sertai program ini amatlah berpatutan. Dengan hanya RM350 (sebelum diskaun), anda akan menimba ilmu dalam suasana selesa di hotel bertaraf 3 bintang termasuk 2 kali jamuan ringan dan makan tengahari. Terdapat lebih dari 24 subjek akan dibincangkan dalam FOTOINSPIRASI. Ini bermakna, secara purata, anda hanya membayar sekitar RM15 untuk belajar setiap subjek.

3) Kami bawakan seminar ini untuk anda agar anda dapat belajar secara langsung dari 4 orang pakar ini. Sesungguhnya, belajar dari buku dan belajar dari guru mempunyai kesan yang amat berbeza. Dalam program ini juga, anda akan berpeluang untuk bertanya soalan dan dijawab terus oleh jurugambar terbabit.

4) FOTOINSPIRASI bakal dihadiri oleh lebih dari 100 orang peminat fotografi dari seluruh Malaysia. Ini merupakan antara seminar fotografi yang terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Ini bermaksud, selain dari belajar, anda akan berpeluang untuk membina jaringan kenalan sesama jurugambar lain, baik untuk tujuan hobi ataupun perniagaan.

5) Anda boleh pastikan bahawa anda akan mendapat nilai terbaik untuk wang anda dengan menghadiri FOTOINSPIRASI. Kesemua penceramah adalah jurugambar profesional yang disegani dalam industri masing-masing dan mereka juga sering diundang memberikan ceramah fotografi di seluruh negara. fototeacher selaku penganjur program ini, adalah sebuah syarikat dinamik yang telah berpengalaman mengendalikan berbagai program fotografi yang berjaya sebelum ini dengan rangkaian pelanggan terdiri dari individu, jabatan kerajaan dan syarikat koprat.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk program FOTOINSPIRASI, sila layari – http://www.fototeacher.com/fotoinspirasi.html

March 1, 2009 Categorized under Gambar

Mattias Klum & Borneo

klum01

klum02

klum03

Mattias Klum adalah jurugambar dari Sweden yang mengkhusus dalam fotografi hidupan liar dan alam semulajadi. Beliau pernah tinggal berbulan-bulan di dalam hutan belantara negeri Sabah, merakam gambar untuk majalah National Geographic.

Keunikan alam semulajadi di Sabah memang telah lama menarik minat pengkaji barat. Mereka kagum dengan apa yang kita ada. Jurugambar antarabangsa juga telah ramai yang datang ke Sabah dan membawa balik imej-imej yang sungguh hebat. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, tidak perlulah pergi terlalu jauh mencari-cari subjek menarik. Cubalah hayati dan hargai keindahan alam di sekeliling kita.

Untuk melihat gambar-gambar oleh Mattias Klum, sila ke – http://www.klum.se/main/main.aspx