Archive for February, 2009

February 28, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Ikram Ismail dalam FOTOINSPIRASI

ef_fs0331

b106_4843xxxx1

ik_001xxxx

sb_728xx

sb_783x2

Ikram Ismail, salah seorang jurugambar perkahwinan terbaik di Malaysia, akan bersama-sama kita dalam program seminar FOTOINSPIRASI yang akan diadakan pada 11 April 2009 di Hotel Cititel Mid Valley. Antara perkara yang akan dikongsikan oleh Ikram dalam program tersebut ialah:

Ikram Ismail akan berkongsi gambar-gambar perkahwinan rakaman beliau dan akan memberikan anda tips bagaimana untuk mendapatkan gambar-gambar sedemikian. Ikram Ismail telah menggabungkan 5 bidang fotografi ke dalam fotografi perkahwinan, iaitu – fashion photography, interior photography, product photography, photojournalism dan fine art photography.

Ikram akan membincangkan erti sebenar fotografi perkahwinan dan salah anggap jurugambar mengenai fotografi perkahwinan. Ikram akan turut membincangkan isu salah faham wedding photojournalism.

Untuk sesuatu tugasan merakam gambar perkahwinan, Ikram membawa 5 buah beg berisi peralatan fotografi! Beliau akan mendedahkan kepada anda, apakah peralatan yang sering beliau gunakan dan teknik penggunaannya. Peralatan inilah yang membuatkan beliau berbeza berbanding jurugambar lain.

Ikram akan mendedahkan cara pemasaran berkesan dan murah melalui word of mouth. Ketika jurugambar lain sibuk mempromosikan diri di media internet dan media cetak, Ikram tetap mendapat permintaan yang tinggi dengan teknik pemasarannya yang tersendiri. Beliau akan turut membincangkan mengenai kepentingan penampilan jurugambar, portfolio presentation serta kawalan kualiti.

Ikram akan menghuraikan kesilapan yang sering dilakukan oleh jurugambar yang terlalu terikat dengan teknologi peralatan kamera. Ikram akan menjelaskan keperluan dan bukan keperluan dari segi teknologi VR/IS, Full Frame Camera, High ISO with low noise, fast lens, ultra wide angle lens, super zoom lens dan sebagainya. Jangan terpedaya dengan teknologi.

Ikram akan berkongsi cara beliau belajar fotografi, mencari idea baru, membentuk karya dengan identiti tersendiri, mencipta teknik baru, melatih mata untuk melihat subjek dan memperbaiki kualiti gambar sendiri. Proses ini perlu dilakukan oleh anda semua ke arah membawa karya fotografi anda ke tahap yang lebih jauh.

Sesi soal jawab bersama Ikram Ismail

Selain dari Ikram Ismail, program FOTOINSPIRASI akan turut menampilkan jurugambar tersohor lain seperti Din Arshad (Advertising Photography), Bustamam Mokhtar (Fashion Photography) dan Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism).

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan pembayaran bagi menyertai program FOTOINSPIRASI, sila ke – http://www.fototeacher.com/fotoinspirasi.html

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155

February 24, 2009 Categorized under Fikiran

Breaking The Rules Konon…

Breaking The Rules Konon…
Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Mat Saleh kata, “Rules are made to be broken”. Orang-orang fotografi kita pun sibuklah nak break the rules of photography sebab nak jadi lain dari yang lain. Ada yang memang tak pernah ikut rules dah. Setiap kali shoot, mesti nak break the rules. Tapi, masalahnya, apa rules yang dia break, dia pun tak tahu. Boleh ke?

OK, saya memang old school. Tapi, saya tak menolak pendapat bahawa kadang kala kita perlu break the rules sebab fotografi itu sesuatu yang kreatif. Penilaian karya fotografi juga adalah subjektif. Tapi, saya rasa, before kita break the rules, eloklah kalau kita tahu dulu apakah rules dalam fotografi. Biarlah kita break the rules secara berilmu dan bersebab.

Macam jugak undang-undang jalanraya. Lampu isyarat merah tanda berhenti. Saya ingat lagi cikgu sekolah memandu saya cakap, “Kalau nampak lampu isyarat warna merah, kena jalan terus kalau ada polis trafik bagi arahan untuk jalan, kalau ada kecemasan dan kalau lampu isyarat tu rosak. Selain dari itu, nampak lampu merah, wajib berhenti” Jadi, maksudnya, nak langgar peraturan tu boleh, tapi kenalah ada sebab yang kuat.

Memang ada jurugambar ternama yang melanggar peraturan fotografi dalam karyanya, tetapi hasilnya hebat. Dia break the rules dengan sebab yang kuat. Dia break the rules dan boleh jelaskan dengan panjang lebar mengapa dia break the rules.

Janganlah jadikan break the rules sebagai alasan untuk kita tidak mempelajari asas peraturan fotografi. Pastikan bila anda break the rules, gambar anda jadi lebih hebat. Kalau gambar tak jadi hebat, tak payahlah nak break the rules. Buat rosak gambar saja.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Untuk mengikuti kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com
Untuk mendapat artikel dan informasi percuma dari fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

February 23, 2009 Categorized under Review

Leica – Kamera 37 Megapixel

Bagi kebanyakan orang, jenama kamera Leica mungkin tidak sepopular jenama seperti Nikon atau Canon. Tetapi, Leica merupakan pembuat kamera yang berkualiti tinggi dari negara German sejak lama dahulu.

Selari dengan perkembangan teknologi digital, Leica kini menggemparkan dunia fotografi dengan penghasilan kamera Leica S2 dengan kemampuan 37 Megapixel! Saiz sensornya pula adalah 56% lebih besar dari saiz sensor full frame sensor.

Kamera ini direka khas untuk jurugambar profesional yang inginkan kawalan DSLR dengan kualiti ‘Medium Format Camera’ untuk kegunaan di dalam dan di luar studio. Ketika artikel ini ditulis, harga kamera ini belum diumumkan lagi. Tapi, yang pasti, harganya tidak akan kurang dari RM40,ooo!

Oleh: Hasnuddin untuk fototeacher.com

leica-s2-front

leica-s2-back1

leica-s2-grip

February 18, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Wedding Photography Exhibition by Click Couture Group

postcard

Kepada peminat fotografi perkahwinan dan bakal pengantin, anda dijemput untuk hadir ke Great Eastern Mall, Jalan Ampang pada 28 Februari dan 1 Mac 2009 untuk menyaksikan pameran fotografi perkahwinan oleh kumpulan jurugambar Click Couture.

Click Couture dianggotai oleh Adan Cameraworks, Avicenna Studio, Candid Syndrome, Ikram Ismail Photography, Images by Iskandar Ibrahim, Manggis Production, MyPhotographer, Pretty Peektures dan Wedding Diaries. Maklumat lanjut mengenai Click Couture di – http://clickcouture.com.my/ dan blog di – http://weddingsbyclickcouture.blogspot.com/

February 13, 2009 Categorized under Report AFD

Kursus Pengenalan Fotografi NAHRIM

Kursus Pengenalan Fotografi NAHRIM

Pada 3-5 Februari baru-baru ini, fototeacher telah mengadakan Kursus Pengenalan Fotografi untuk staf NAHRIM (National Hydraulic Research Institute of Malaysia). Kursus yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Port Dickson ini telah disertai oleh 24 orang peserta terdiri dari pelbagai jawatan termasuk beberapa orang pengarah jabatan.

4 orang krew fototeacher, Hasnuddin (Jurulatih utama), Aminor Azmi (Pembantu jurulatih), Affandi (Pembantu jurulatih) dan Zaly (koordinator) telah mewakili fototeacher dalam menjayakan kursus ini.

Kursus yang berteraskan latihan praktikal ini telah diisi dengan berbagai aktiviti menarik, antaranya; sesi praktikal teknik fotografi, sesi praktikal merakam gambar alam benda, sesi praktikal merakam gambar potret, beberapa demonstrasi teknik fotografi, sesi kritik dan sesi soal jawab.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta di atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang!

001

002y1

004

005

006

007

008

009

010

011

012

013

014

015

016

017

018

019

020

groupphotonahrimpd1
Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/NahrimGroupPhotoPDLarge.jpg (Sila right click dan save image as)