Archive for January, 2009

January 28, 2009 Categorized under Fikiran

Puji, Kritik dan Kutuk

Puji, Kritik dan Kutuk
Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com

Untuk perbaiki karya fotografi kita, kita perlukan komen, malah kritikan dari individu lain. Dengan ini, barulah kita nampak kelemahan kita yang perlu diperbaiki. Dengan cara ini juga kita akan dapat input baru hasil dari pendapat, menerusi pengalaman orang yang memberikan komen kepada gambar kita.

Tapi, adakah anda ikhlas ingin belajar dengan menerima komen dari orang lain? Adakah anda akan berpuas hati dengan komen yang diberikan kepada gambar anda? Hakikatnya, kebenaran memang adakalanya pahit ditelan.

Bila dilihat dalam blog, foto blog dan sebagainya, rakan-rakan yang memberikan komen kepada gambar kita selalunya akan memberikan komen yang baik saja mengenai gambar yang kita rakam. Ini semata-mata untuk menjaga hati dan menjalinkan hubungan yang baik. Kita perlu menganggap komen ini sebagai komen sosial yang tidak membantu perkembangan fotografi kita. Kalau kita rasa bangga dan berpuas hati dengan komen sosial yang diberikan ini, alamatnya, kita takkan kemana dalam fotografi.

Masyarakat kita tidak mudah menerima kritikan. Masyarakat kita juga tidak pandai memberikan kritikan. Kritikan yang baik harus diberikan dengan cara yang berhemah. Kritikan yang baik perlu disertakan dengan fakta yang kukuh. Ianya juga sebaiknya desertakan dengan panduan atau cadangan bagi membantu orang yang dikritik itu memperbaiki hasil kerjanya.

Kita harus boleh bezakan antara mengkritik dan mengutuk. Kita harus boleh bezakan diantara kritikan membina dan cacian yang mengaibkan. Jadi, untuk kemajuan kita bersama, kita harus bijak mengkritik dan harus rasional dalam menerima kritikan. Barulah kita semua boleh maju dalam bidang fotografi.

Tidak ada sesiapa yang sempurna. Tidak ada gambar yang sempurna. Walau sehandal manapun kita dan walau secantik manapun gambar kita, sentiasa masih ada ruang untuk memperbaiki. Jadi, sentiasa akan ada ruang untuk dikritik. Untuk sentiasa maju, kita harus sentiasa boleh dikritik.

Dalam konteks untuk memperbaiki diri, bila ada orang puji gambar anda, anda kena pertimbangkan 2 perkara ini: iaitu yang pertamanya orang itu tidak cukup hebat dalam fotografi dan yang keduanya, anda adalah orang yang malang sebab anda sudah tidak ada ruang untuk belajar dan memperbaiki diri.

Namun, bila dikritik, adakalanya, anda perlu mempertahankan pendirian anda jika anda ada sebab yang kukuh. Anda tidak perlu menerima semua kritikan bulat-bulat. Sebab, kadangkala, orang yang mengkritik itu pun sebenarnya tidak layak untuk mengkritik.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com

January 22, 2009 Categorized under video

Annie Leibovitz Merakam Gambar Sean Connery

Annie Leibovitz, jurugambar selebriti yang terkenal di dunia, ketika merakam gambar Sean Connery untuk iklan Louis Vuitton. Lihat bagaimana jurugambar profesional bekerja untuk gambar iklan antarabangsa. Hasil dari penggambaran adalah seperti gambar di bawah ini:

anniesean
Bahan dari – http://strobist.blogspot.com/

January 19, 2009 Categorized under Tips

Jurufoto Event Bidan Terjun

Jurufoto Event Bidan Terjun
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Sudah menjadi tradisi di syarikat saya bekerja untuk mengadakan jamuan tahunan di awal pertengahan bulan Disember. Syarikat kami mempunyai kira-kira 300 orang pekerja di Kuala Lumpur yang mana merupakan ibu pejabat operasi kami di Asia Pasifik. Pada jamuan tahunan baru-baru ini, pengurus besar kami telah meminta agar saya mengambil beberapa keping gambar di majlis tersebut.

Seperti mana kebanyakan pengguna DSLR di Malaysia, saya adalah amatur yang menjadikan fotografi hanya sebagai hobi. Bahkan saya lebih menjurus kepada teknik makro dan nature photography. Sebagai amatur yang tidak mempunyai banyak pengalaman dalam fotografi majlis, saya umpama bidan terjun sahaja namun sudah tentu saya tidak mahu menghampakan pengurus besar saya.

Pertamanya saya pastikan saya merakam gambar wajib- gambar GM, pengarah syarikat dan VVIP yang lain. Majlis tersebut tiada langsung sesi “kata-kata aluan” yang membosankan jadi tak perlu ada gambar orang berucap. Terdapat beberapa persembahan oleh staff, cabutan betuah dan pemberian anugerah yang mana perlu dirakam. Seterusnya saya pergi dari meja ke meja untuk merakamkan gambar rakan sekerja dan selebihnya untuk candid. Foto sebegitu sudah cukup untuk menggambarkan kisah yang berlaku pada malam tersebut.

10a.jpg

10b.jpg

Tanpa pengalaman khusus dalam bidang ini, saya memilih untuk mengambil gambar yang “selamat” dengan kaedah yang mudah. Disebabkan siling ballroom tidak terlalu tinggi maka saya boleh menggunakan bounced flash dan fill-in guna kad. Apa yang penting ialah saya mahu latar belakang tidak terlalu gelap. Saya acapkali berinteraksi dengan rakan sekerja sejurus sebelum mengambil gambar mereka agar saya dapat merakam ekspresi yang terbaik. Mungkin kekurangan dari segi teknikal dapat ditampung dengan ekspresi subjek yang memuaskan. Dengan ini rakan sekerja saya sudah tentu akan ternanti-nanti untuk melihat hasil foto pada malam tersebut.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

January 16, 2009 Categorized under Report Reunion Fototeacher

REPORT – REUNION FOTOTEACHER

rf00011

rf00021

rf0003

rf0004

rf0005

rf0006

rf0007

rf0008

rf0009

rf0010

rf0011

rf0013

rf0014

rf0015

rf0016

rf0017

rf00182

rf0019

Untuk download group photo dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/RFGroupPhotoLarge.jpg

Program Reunion Fototeacher ini telah diadakan pada 14 Januari 2009 di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya. Program sehari ini diadakan khas untuk bekas peserta program fototeacher.com sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan. Program santai ini, dipenuhi dengan berbagai aktiviti menarik seperti merakam gambar model, sesi praktikal merakam gambar interior, sesi kritik, sesi panduan ringkas,  perkongsian ilmu dan sesi networking.

Seramai 30 0rang peserta telah hadir ke program ini. Kesemua mereka telah dibimbing oleh 5 orang jurulatih iaitu Hasnuddin, Kaharuddin, Jaggat, Affandi dan Amin. 3 orang model profesional turut bekerjasama menjayakan sesi praktikal merakam gambar potret.

Program Reunion Fototeacher ini akan dijadikan acara tahunan sebagai satu langkah mengumpulkan semula bekas pelajar di fototeacher dan sebagai salah satu usaha fototeacher kearah memberikan bimbingan berterusan ke arah kejayaan bekas peserta yang pernah megikuti program anjuran fototeacher. Insyaallah, program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
TESTIMONI DARI PESERTA PROGRAM REUNION FOTOTEACHER:

“Saya amat berpuas hati dengan program Reunion Fototeacher ini. Semoga pada masa akan dating dapat diadakan program ini di luar Kuala Lumpur (Outstation) Penceramah-penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi tidak kedekut dalam berkongsi ilmu & pengalaman. Keep it up fototeacher!!!”
- Nor Hafizah Harun

“Tak rugi sertai program ini. Banyak perkara yang saya pelajari dari penceramah yang cukup hebat. Pendek kata, saya cukup berpuas hati kerana disamping mempelajari beberapa teknik fotografi, saya juga dapat menemui semula rakan-rakan kursus fototeacher yang lain. Program ini sangat bagus dan rugilah pada sesiapa yang tidak menyertainya.”
- Rashidah Ahmad

“Saya sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan kerana ia telah memberi pengalaman yang berharga untuk saya. Diharapkan aktiviti seperti ini akan sentiasa diadakan pada masa akan datang.”
- Nor Hisham B. Mohammad

“Harap diteruskan lagi program seperti ini. Sangat bermanfaat untuk peserta dan menambahkan lagi pengetahuan dengan menguatkan lagi silaturrahim antara penceramah dan bekas peserta program-program fototeacher.”
- Firdaus B. Muhaiyiddin

“Program yang sangat bagus! Penceramah dan fasilitator yang ramai dapat memberi pengajaran yang sangat baik! Penceramah best + model best = fototeacher.com.”
- Ezuan B. Ibrahim

“Program ini sangat berguna kepada semua peserta terutamanya saya kerana ia banyak mendedahkan banyak teknik-teknik dari professional photographer seperti teknik foto landskap, portrait & model portrait, juga mengajar saya cara berinteraksi dengan model. Alhamdulillah, saya akan menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah diajar. Selamat maju jaya kepada fototeacher.com!”
- Mahyuddin Johari

“Reunion ini sangat memberi kesan baik yang boleh mengembangkan lagi pengetahuan peserta dalam bidang fotografi terutama bagi peserta yang telah menyertai program AFD sebelum ini.”
- Mohd. Azalan Iberahim

“Hebat! Walaupun sehari, amat mengujakan! Lebih-lebih lagi dapat bertukar-tukar dan berkongsi ilmu dengan photographer yang hebat hasil didikan fototeacher.com. Thanks fototeacher!”
- Wan Mohd. Nazif Wan Mahmud

“Banyak yang telah dipelajari dari program reunion ini. Amat kerugian jika tidak mengikuti program ini. Hari ini saya dapat berjumpa dan belajar dari ramai photographer & tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang dahsyat! TQ fototeacher!”

- Mohd. Norarfian B. Mohd. Nordin

“Terlalu banyak yang dipelajari dalam masa yang singkat. Program reunion ini boleh dikatakan sebagai kursus lanjutan daripada apa yang dipelajari sebelum ini. Program ini amat hebat!”
- Azmizan  Mohd. Ghazali

“Sesi kritikan telah membuka minda saya dalam ‘membuat’ gambar.”
- Mat Rusdi Yusof

“Dapat berjumpa dengan ‘hardcore’ dalam bidang photography.”
Mohd. Rizal B. Abd. Razak

“Program yang padat dengan pengisian. Pengalaman yang ditimba dari jurugambar profesional amat bernilai!”
- Jasripin B. Patoni

“Sangat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Team fototeacher telah menjadikan peserta ahli seperti ahli keluarga.”
- Mohd Jasni B. Mat Nayan

“Program “sensasi” yang sangat baik! Gembira dapat bertemu dangan rakan-rakan lain.”
- Zahiruddin B. Suprabto

“Details explaination was very good. Makanan sedap. Harga murah. Overall best!!!”

- Kamal Redzuan Rasyid

“Saya teramat berpuas hati dan berterima kasih pada fototeacher kerana sudi mengadakan reunion ini. Walaupun dah pernah datang program sebelum ini, tapi kali ini saya rasa banyak lagi yang dapat saya improve, lebih-lebih lagi cara shoot interior yang dibantu oleh En. Kahar.”
- Mohd. Hafidz Fadillah

“Thanks fototeacher!”

- Zanariah Odin.

Untuk melihat banyak lagi komen dan gambar-gambar semasa Reunion Fototeacher ini, sila ke – http://www.facebook.com/group.php?gid=41335238146

January 15, 2009 Categorized under Fikiran

Mengambil Risiko

Mengambil Risiko
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Memang betul kamera ni bukannya peralatan yang murah. Kebanyakan amatur menghabiskan tidak kurang daripada 3 ribu ringgit untuk peralatan termasuk lensa dan flash. Bendanya kecil semuat tapak tangan tapi harganya tinggi. Yang lebih mengerikan ialah DSLR adalah peralatan yang mudah rosak, sama seperti peralatan elektronik yang lain. Tetapi jika kamera anda hanya disimpan dah tidak digunakan, apa ertinya anda melabur sebegitu banyak untuk hobi ini?

Jika kita terlalu risau kamera akan rosak, hobi fotografi tidak akan menjadi seseronok yang sepatutnya. Semua DSLR dibina agar berupaya menghadapi keadaan yang menyukarkan. Model expert dan professional seperti Canon 50D dan Nikon D3 mempunyai kerangka logam yang tahan hentakan. Olympus mengeluarkan E3 yang tahan air dan debu hingga boleh digunakan di dalam hujan. Bagi pemilik DSLR murah yang berbadan plastik, sekurang-kurangnya ia lebih lasak berbanding kebanyakan kamera compact. Oleh itu anda tidak perlu terlalu risau – takut kamera anda menjadi rosak dengan begitu mudah.

Kebanyakan foto terbaik dalam koleksi saya adalah yang dirakam dalam keadaan yang berisiko tinggi. Ada antaranya dirakam ketika demonstrai jalanan yang mana gas pemedih mata dilepaskan dan air disembur daripada trak FRU. Gambar nature saya banyak diambil dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan, kabus dan ada kalanya di tempat yang berdebu. Gambar seperti di bawah ini tidak mungkin dapat dirakam jika saya terlalu sayang untuk mengambil risiko.

9a.jpg

Persiapan yang sewajarnya perlu dilakukan sebelum anda pergi merakam gambar dalam suasana yang berisiko tinggi. Biasanya saya akan membawa kain untuk mengelap sebarang tompokan air atau lumpur. Saya sentiasa menggunakan filter untuk mengelakkan sebarang kotoran mencemari elemen lensa. Penggunaan lens hood dapat mengurangkan kesan calar jika lensa tersebut jatuh menjunam atau bergesel dengan objek keras. Jika tidak digantung di tengkuk, bawa kamera anda menggunakan beg yang tahan percikan air dan boleh menyerap hentakan. Dengan persiapan asas sebegini, anda sepatutnya sudah boleh untuk menikmati fotografi dalam pelbagai suasana dan di mana jua.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

January 13, 2009 Categorized under Report AVD

Report – Kursus Asas Videografi Digital (20-21 Disember 2008)

Kursus Asas Videografi Digital anjuran fototeacher ini telah diadakan pada 20-21 Disember 2008. Encik Shahirman Sahalan telah menjadi jurulatih utama untuk kursus ini. Kursus ini turut dihadiri oleh peserta dari Indonesia dan Singapura. Saya ucapkan terima kasih kepada kesemua peserta dan krew yang terlibat menjayakan program ini.

Antara testimoni dari para peserta:

"Penceramah yang berpengalaman telah memberi tunjuk ajar yang berguna dan berkesan di dalam bidang ini"
- Mohamad Amran bin Othman

"Setelah mengikuti program ini, saya baru faham bagaimana hendak membuat sebuah video dengan running order yang terancang. Saya dapat belajar teknik rakaman video secara profesional"
- Maswardi

"Sungguh berpuas hati dengan kursus ini walaupun saya terpaksa datang dari jauh. Terima kasih kepada fototeacher kerana menganjurkan program ini"
- Md. Noor B. Haji Shahri

Kursus Asas Videografi ini akan diadakan semula tidak lama lagi. Jika anda berminat untuk menyertainya, sila buat pra pendaftaran di - http://fototeacher.com/videography.htm

- Hasnuddin

January 12, 2009 Categorized under Tips

Penjagaan Peralatan

Penjagaan Peralatan
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Ketika saya mengambil gambar di satu majlis kecil di pejabat, tiba-tiba flash saya tidak menyala. Memang panik sekejap kerana ini tidak pernah lagi berlaku kepada saya sebelum ini. Setelah beberapa frame yang saya lepaskan akhirnya flash tersebut menyala juga tapi tidak konsisten. Saya telah periksa semua setting seperti shutter release priority namun masalah sama masih berulang. Memandangkan saya akan pergi bercuti, saya agak keberatan untuk menghantarnya ke pusat servis takut tak sempat siap.

Setelah berfikir sejenak, saya rasa mungkin puncanya ialah lekapan (contact) antara flash dan hotshoe yang mungkin tidak bersih. Maklum lah selama ini sudah bertahun-tahun saya menggunakannya tanpa peduli untuk mencuci bahagian yang melibatkan contact. Lagipun saya lebih banyak mengambil gambar di kawasan hutan yang mana sistem kamera saya banyak terdedah kepada debu dan kotoran.

Apa yang saya lakukan ialah menyental logam contact pada hotshoe kamera (tempat bubuh flash) menggunakan getah pemadam. Ini adalah kaedah paling mudah untuk mencuci contact point untuk kebanyakan alat elektronik malah digunakan juga untuk menyelenggara mesin elektronik yang kompleks. Setelah daki pada hotshoe dibuang, gunakan mengepam angin untuk membuang sisa getah pemadam atau lap dengan kain yang biasa digunakan untuk mengelap lensa. Apa yang bagus tentang kain sebegini ialah ia tidak meninggalkan sisa benang pada permukaan yang dilap.

Kaedah penjagaan umum yang lain termasuklah menyimpan sistem kamera anda dalam drybox. Walaupun drybox agak mahal namun kelebihannya ialah ia boleh mengawal kadar kelembapan di dalam drybox. Ini penting kerana kelembapan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan fungus manakala coating pada lens boleh merekah jika kelembapan terlalu rendah. Jika anda tidak mampu, gunakan tong plastik kedap udara yang diisi dengan silikon penyerap air. Buka tudung tong tersebut setiap 2-3 minggu untuk pastikan udara di dalamnya tidak terlalu kering.

8a.jpg
Drybox jenama AIPO yang boleh didapati di Malaysia.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penjagaan peralatan adalah perkara yang leceh. Anda perlu melabur sedikit masa dan wang untuk memastikan peralatan fotografi anda yang bernilai ribuan ringgit selamat daripada dimakan fungus. Apa yang lebih penting ialah kamera anda sentiasa dalam keadaan elok dan bukannya meragam tiba-tiba di waktu kritikal.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

January 11, 2009 Categorized under Fikiran

Editing Melampau

Editing melampau.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Di era digital kini, kita tidak dapat lari daripada melakukuan post processing yang melibatkan manipulasi imej secara digital dalam komputer. Antara perisian yang popular di kalangan jurugambar Malaysia adalah Adobe Photoshop, Lightroom dan Picasa. Post processing atau editing adalah peringkat kedua dalam penghasilan foto dimana kecacatan dapat dikurangkan dan beberapa aspek lain dapat diolah agar menghasilkan imej yang menepati citarasa jurugambar.

Daripada teknik asas seperti curve, sharpening dan cropping hinggalah ke teknik yang lebih tinggi seperti level masking, apa yang penting ialah anda perlu tahu apakah hasil yang anda inginkan di akhir proses tersebut. Ada kalanya kita cuba edit sesebuah gambar ikut sesedap rasa sehingga gambar tersebut kelihatan cantik namun kaedah cuba jaya bukanlah cara yang efektif untuk melahirkan kreativiti. Seharusnya apabila anda melihat foto yang belum diedit, anda boleh membayangkan apa yang perlu dilakukan agar foto tersebut menjadi lebih sempurna. Cari apa yang kurang dan apa yang tidak boleh dikompromi. Dari situ anda memulakan kaedah editing sehingga foto tersebut mencapai apa yang dihasratkan.

Di kalangan jurugambar baru, mungkin kaedah editing ini sesuatu yang agak perlahan untuk dimahiri. Maklumlah untuk mahir dalam teknik fotografi pun banyak masa yang perlu dilaburkan. Ada kalanya saya melihat hasil editing yang agak keterlaluan seperti levelling yang terlalu agresif sehingga dynamic range jadi sempit dan sharpening yang terlalu tinggi sehingga kulit manusia kelihatan seperti plastik. Jika anda tidak pasti di manakan garis yang perlu diletakkan antara cukup dan keterlaluan, sila bayangkan hasil akhir sebelum anda memulakan proses editing.

Ada juga kes di mana editing melampau digunakan untuk menyelamatkan gambar yang agak teruk. Biasanya kes over/under expose, salah white balance dan noise akan menjadi mangsa editing yang berlebih-lebihan agar kecacatan tersebut dapat ditutup. Memang kesilapan teknikal sebegini boleh diselamatkan dengan editing tetapi adalah lebih baik jika jurugambar dapat menyesuaikan semua aspek ketika gambar dirakam. Bukan sahaja editing berlebihan akan memakan masa tetapi kesan sampingan seperti peningkatan noise dan kehilangan dynamic range akan menjejaskan kualiti gambar.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

January 4, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Topik dalam FOTOINSPIRASI

posterfotoinspirasisimplebanner.jpg

ANTARA SUBJEK PERBINCANGAN DALAM PROGRAM FOTOINSPIRASI:

Din Arshad (Advertising Photography)

Persembahan gambar terbaik (slide show), disusuli dengan komen jurugambar terhadap aspek teknikal, artistik dan cabaran dalam penghasilan gambar tersebut.

Pengenalan ringkas kepada fotografi pengiklanan dan komersial. Ciri-ciri gambar dan jurugambar pengiklanan. Tentang pasaran dan bagaimana langkah untuk menembusi pasaran yang dikatakan terkawal ini.

Bicara peralatan fotografi dan teknikal. Jurugambar akan mendedahkan peralatan kamera dan aksesori penting yang sering beliau gunakan dalam fotografi pengiklanan. Salah satu rahsia jurugambar yang jarang-jarang didedahkan.

Din Arshad akan berkongsi teknik berkomunikasi khas untuk jurugambar. Bagaimana menyampaikan idea kita kepada subjek dan pengarah seni, cara meyakinkan pelanggan baru, cara menangani konflik, cara ‘menyembunyikan’ masalah teknikal dan cara mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan sebagainya. Dalam kerjayanya, Din Arshad telah hidup dengan kemahiran komunikasi ini, berurusan dengan art director yang cerewet, CEO syarikat gergasi yang bengis dan pelanggan antarabangsa yang sentiasa ragu kepada jurugambar tempatan.

Melalui pengalamannya selama lebih dari 20 tahun dalam fotografi, melalui zaman analog dan digital, Din Arshad akan menjelaskan kepada anda, erti sebenar fotografi dari sudut seni dan falsafahnya. Beliau akan menjelaskan, apakah sebenarnya foto yang baik. Bagaimana cara untuk melatih diri melihat dunia dari sudut fotografi dan bagaimana cara menjadi seorang jurugambar sejati.

Jurugambar pengiklanan sememangnya mempunyai kemahiran luar biasa dalam aspek komposisi dan konsep. Din Arshad akan memberi kefahaman kepada anda tentang ilmu komposisi yang mampu membuatkan setiap pixel gambar anda kuat dan mampu menyampaikan mesej dengan jelas. Din Arshad akan mendedahkan falsafah disebalik membuat gambar (make picture), bukan sekadar merakam gambar (take picture)

Sesi soal jawab bersama Din Arshad

Bustamam Mokhtar (Fashion Photography)

Bustamam akan menayangkan kepada anda, rakaman gambar terbaik beliau yang pernah tersiar dalam berbagai media cetak berprestij. Anda akan didedahkan cerita sebenar tentang pembikinan gambar-gambar tersebut.

Bustamam akan memperkenalkan dunia fashion photography dan tips mudah dan berkesan untuk merakam gambar potret yang boleh diguna pakai oleh semua golongan jurugambar. Dalam 10 minit, anda akan mendapat ringkasan pengalaman fotografi beliau selama lebih dari 10 tahun!

Bustamam akan menunjukkan peralatan fotografi unik yang beliau gunakan seperti Beauty Dish, Studio Ring Flash, Potty, Phase One dan sebagainya. Beliau akan menerangkan kelebihan peralatan ini dan pilihan alternatif jika anda tidak memilikinya.

Bustamam pernah menggunakan lampu buatan sendiri untuk merakam gambar Siti Nurhaliza. Beliau juga turut memiliki kamera dan peralatan studio yang mencecah harga ratusan ribu ringgit. Beliau akan membincangkan adakalanya peralatan tidak perlu canggih, ada kalanya peralatan mahal menjadi kemestian. Banyak hasil gambarnya yang terbaik hanya menggunakan peralatan minimum yang turut dimiliki oleh kita semua. Apakah caranya?

Budaya kerja dan sikap – penentu kejayaan seseorang jurugambar. Bustamam akan berkongsi pengalaman beliau ketika belajar fotografi dan bekerja sebagai jurugambar dengan bangsa Jepun di Tokyo, selama 3 tahun. Beliau akan mengupas masalah sikap jurugambar di Malaysia berbanding jurugambar di negara maju yang lain. Budaya kerja yang beliau belajar di Jepun, adalah salah satu penyumbang besar kepada kejayaan beliau sekarang. Siapa kata kamera dan kemahiran saja boleh lahirkan jurugambar cemerlang?

Kepentingan imaginasi dan pre-production dalam fotografi. Hasil gambar terbaik Bustamam datang dari imaginasi, melalui research yang berterusan. Gambar rakaman kita adalah satu bentuk penzahiran tentang apa yang ada dalam hati, perasaan dan minda kita. Bustamam akan membincangkan senarai kerja penting yang perlu kita lakukan sebelum klik! Inilah salah satu rahsia jurugambar hebat.

Sesi soal jawab bersama Bustamam Mokhtar

Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism)

Shamshahrin akan menghuraikan mesej dalam setiap gambar terbaik yang beliau rakam. Beliau juga akan menceritakan mengenai aspek teknikal, artistik dan cabaran dalam penghasilan gambar tersebut.

Shamshahrin akan memperkenalkan secara ringkas mengenai photojournalism dan etika jurugambar kewartawanan. Beliau akan turut menjelaskan bagaimana elemen photojournalism boleh diguna pakai dalam bidang lain seperti wedding photography, event photography, travel photography, corporate photography dan sebagainya.

Shamshahrin akan akan menjawab pertanyaan popular – apakah peralatan yang sering diguna oleh photojournalist dengan menunjukkan kepada anda segala peralatan yang terdapat dalam beg kamera beliau. Ketahui peralatan yang tidak membebankan, boleh diguna dengan cepat dan boleh dipercayai untuk tugasan yang paling mencabar.

Menaikkan martabat jurugambar di Malaysia dengan penguatkuasaan hakcipta gambar. Shamshahrin akan mendedahkan hak anda terhadap karya fotografi anda serta beberapa perkara penting serta faedah yang anda perlu tahu mengenai hakcipta gambar. Semuanya menerusi pengalaman beliau ‘menjual’ gambar sehingga ke peringkat antarabangsa.

Shamshahrin akan membuka jalan kepada anda untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan merakam gambar untuk agensi bertaraf dunia. Peluang untuk dibayar dalam US Dollar adalah tidak sesukar yang disangka. Shamsharin akan turut memperkenalkan mengenai bidang Photo Stock yang telah memberi keuntungan kepada ramai jurugambar secara senyap selama ini.

NO CAMERA! Shamshahrin akan memberikan tips bagaimana untuk menghampiri subjek yang tidak suka gambarnya dirakam. Beliau juga akan turut memberikan tips bagaimana untuk mendapatkan keyakinan untuk merakam gambar di depan khalayak ramai dan dalam suasana yang tegang.

Sesi soal jawab bersama Shamshahrin Shamsudin

Ikram Ismail (Wedding Photography)

Ikram Ismail akan berkongsi gambar-gambar perkahwinan rakaman beliau dan akan memberikan anda tips bagaimana untuk mendapatkan gambar-gambar sedemikian. Ikram Ismail telah menggabungkan 5 bidang fotografi ke dalam fotografi perkahwinan, iaitu – fashion photography, interior photography, product photography, photojournalism dan fine art photography.

Ikram akan membincangkan erti sebenar fotografi perkahwinan dan salah anggap jurugambar mengenai fotografi perkahwinan. Ikram akan turut membincangkan isu salah faham wedding photojournalism.

Untuk sesuatu tugasan merakam gambar perkahwinan, Ikram membawa 5 buah beg berisi peralatan fotografi! Beliau akan mendedahkan kepada anda, apakah peralatan yang sering beliau gunakan dan teknik penggunaannya. Peralatan inilah yang membuatkan beliau berbeza berbanding jurugambar lain.

Ikram akan mendedahkan cara pemasaran berkesan dan murah melalui word of mouth. Ketika jurugambar lain sibuk mempromosikan diri di media internet dan media cetak, Ikram tetap mendapat permintaan yang tinggi dengan teknik pemasarannya yang tersendiri. Beliau akan turut membincangkan mengenai kepentingan penampilan jurugambar, portfolio presentation serta kawalan kualiti.

Ikram akan menghuraikan kesilapan yang sering dilakukan oleh jurugambar yang terlalu terikat dengan teknologi peralatan kamera. Ikram akan menjelaskan keperluan dan bukan keperluan dari segi teknologi VR/IS, Full Frame Camera, High ISO with low noise, fast lens, ultra wide angle lens, super zoom lens dan sebagainya. Jangan terpedaya dengan teknologi.

Ikram akan berkongsi cara beliau belajar fotografi, mencari idea baru, membentuk karya dengan identiti tersendiri, mencipta teknik baru, melatih mata untuk melihat subjek dan memperbaiki kualiti gambar sendiri. Proses ini perlu dilakukan oleh anda semua ke arah membawa karya fotografi anda ke tahap yang lebih jauh.

Sesi soal jawab bersama Ikram Ismail

BUAT PENDAFTARAN SEKARANG! REBUT TAWARAN HARGA ISTIMEWA DENGAN MEMBUAT BAYARAN SEBELUM 10 JANUARI 2009.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com

January 2, 2009 Categorized under Review

Ibnu Haytam & Fotografi

7a.jpg

Ibnu Haytam & Fotografi
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Beliau adalah seorang keturunan Iraq yang lahir di Basra pada tahun 965 masihi. Beliau dikenali di zamannya sebagai cendikiawan Islam tersohor dan oleh saintis sedunia sebagai bapa optik moden.

Apa yang menarik tentang beliau ialah sumbangannya terhadap kajian optik yang mana ratusan tahun selepas itu menjadi asas kepada fotografi. Dalam kitabnya berkenaan kajian optik, Ibnu Haytam telah menggariskan beberapa teori dan eksperimen tentang sifat cahaya seperti kesan biasan dan pantulan. Ratusan tahun sebelum kelahiran saintis terkemuka Sir Isaac Newton, Ibnu Haytam telah menulis tentang sifat cahaya yang hanya bergerak dalam garis lurus dan mempunyai ciri-ciri zarah. Bahkan Kitab Optik (Al-Manazir) tulisan beliau telah diletakkan sama taraf dengan karya agung Sir Isaac Newton, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, kerana sumbangannya yang sangat besar kepada asas fizik sedunia.

Fotografi terbit daripada ciptaan kamera lubang jarum. Sesiapa yang pernah mempelajari teori berkenaan kamera lubang jarum tentu jelas tentang sifat imej yang terbentuk- lebih kecil dan terbalik secara vertikal. Ciri-ciri ini telah dijelaskan dengan kaedah saintifik  oleh Ibnu Haytam yang mana membolehkan pengiraan jitu dilakukan untuk membuat lensa yang sesuai. Walaupun kemungkinan besar beliau tidak pernah terfikir bahawa imej tersebut satu hari nanti dapat diabadikan sebagai foto, kerja asas untuk mencipta kamera telah dihuraikan dalam tulisan beliau.

Sepanjang hayat beliau dipercayai telah menulis lebih 200 buku namun kebanyakannya telah musnah. Sebahagian besar buku yang selamat hanyalah salinan yang telah dialih bahasa ke Latin dan Hebrew (Yahudi) ketika Perang Salib. Jika orang German pandai cipta lensa dan orang Jepun pandai cipta kamera, sekurang-kurangnya mereka belajar daripada kajian orang Islam juga.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

January 1, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

Lagi- sokongan untuk FOTOINSPIRASI

Ini ada 2 lagi kata sokongan dari tokoh fotografi tanahair untuk program FOTOINSPIRASI:

“Sebagai seorang koordinator dan pensyarah fotografi, saya tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan empat orang jurugambar profesional yang terkenal dalam pengkhususan masing-masing untuk berada pada satu masa dan tempat. Ini adalah kerana mereka sentiasa sibuk dengan tugasan seharian. Kini mereka telah berjaya dikumpulkan dan bersedia untuk berkongsi ilmu yang telah ditimba dari pengalaman yang bertahun-tahun lamanya dengan anda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang sebegini!”
Che’ Ahmad Azhar Che’ Fadzil
Koordinator dan Pensyarah Fotografi,
Fakulti Kreatif Multimedia,
Universiti Multimedia

“Jarang-jarang sekali para pakar dalam industri dapat duduk di bawah satu bumbung untuk program sebegini. Jangan lepaskan peluang ini. Pengalaman berharga mereka mesti dikongsi bersama, mesti didengari dan TIDAK HARUS dilepaskan!”
Bazuki Muhammad
REUTERS PICTURES

Cepat, buat pendaftaran dan pembayaran sebelum 10 Januari 2009 untuk nikmati potongan harga ‘early bird’
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari – http://fototeacher.com
/fotoinspirasi.html

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com